CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Catuan Air Peringkat Pertama Di Selangor & Wilayah Persekutuan Berakhir

20-3-2014 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8537| Komen: 42

Description: Kawasan-Kawasan Yang Terlibat Dengan Program Peringkat Pertama Pengagihan Air Berjadual Di Selangor Dan Kuala Lumpur Kini Telah Menerima Bekalan Air Berterusan Setelah Dua Loji Rawatan Air (Lra) Yang ...

Catuan Air Peringkat Pertama Di Selangor & Wilayah Persekutuan Berakhir


KUALA LUMPUR: Kawasan-kawasan yang terlibat dengan program peringkat pertama pengagihan air berjadual di Selangor dan Kuala Lumpur kini telah menerima bekalan air berterusan setelah dua loji rawatan air (LRA) yang dihentikan operasi akibat pencemaran ammonia Sungai  Langat beroperasi semula.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) lewat petang ini, catuan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Februari lalu ekoran penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kini berakhir.

"Berikutan hujan yang turun sejak dua hari lepas di sekitar Lembah Klang, paras ammonia dalam air mentah di Sungai Langat  telah didapati menurun.

"Sehubungan itu, operator loji iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) telah mengoperasikan semula kedua-dua LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masing-masing pada 17 Mac 2014 dan 19 Mac 2014.

"Untuk makluman, LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masing-masing mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 22 Juta Liter Sehari (JLH) dan 34 JLH memberikan jumlah besar sebanyak 56 JLH," kenyataan itu dipetik.

Menurut SPAN, sehingga kini paras ammonia di dalam air terawat di kedua-dua loji tersebut adalah kurang daripada piawaian yang disyaratkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehubungan itu, SYABAS telah membekalkan air secara berterusan ke kawasan-kawasan yang terlibat di bawah Pengagihan Air Berjadual Peringkat Pertama.  

Walau bagaimanapun, SPAN mengingatkan bahawa pengoperasian kedua-dua loji ini adalah bergantung kepada paras ammonia di dalam air mentah di Sungai Langat.

"Sekiranya paras ammonia ini meningkat semula, pengoperasian loji-loji ini akan dihentikan semula dan pengagihan air berjadual akan dilaksanakan semula seperti jadual yang telah ditetapkan terdahulu," kenyataan media itu dipetik.

4

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 19-3-2014 07:57 PM
syukurlah...syukurlah....walaupun kawasan kami tak terlibat. sebab kesian sangat tengok orang angkut air naik ke flat.
Quote bfemmamaembong 19-3-2014 08:01 PM
ada orng tu mengadu air paip rumah dia kuning...tk bersih...kira2 dia spsiss2 kelantan la tk mandi sbb air nya kutur
Quote Peya 19-3-2014 08:10 PM
Ada list tak??.
Quote sup@rm@n 19-3-2014 09:32 PM
Apakes ammonia tuari ni? Sape yg buang ammonia ni ke dalam sungai?
Quote spiderman80 19-3-2014 09:38 PM
Aritu saya pergi ke sebuah rumah urut B2B kat Sri Petaling. Dahlah tak ada bekalan air jadi saya tak dapat mandi bersama China Doll. Akhirnya tauke tu berikan kami beberapa botol air mineral untuk bersihkan badan. Sial betul!!
Quote BelovedTaeyeon 19-3-2014 09:42 PM
spiderman80 posted on 19-3-2014 09:38 PM
Aritu saya pergi ke sebuah rumah urut B2B kat Sri Petaling. Dahlah tak ada bekalan air jadi saya tak ...

Lampin kan ada

Rendam, perah dan lap



Quote shernazz 19-3-2014 09:46 PM
puchong hujan dh ni..
syukurr...syukurr.......
Quote mycute 19-3-2014 09:51 PM
syukur...
boleh pulangkn balik  tong air yg dipinjam dr ofis..
Quote slippergombak 19-3-2014 10:06 PM
Syukur air dah ada,, ini semua sebab pakatan rakyat .....
Quote Artemesiaa 19-3-2014 10:11 PM
Syukur Alhamdullilah
Quote kazaraf 19-3-2014 10:15 PM
sup@rm@n posted on 19-3-2014 09:32 PM
Apakes ammonia tuari ni? Sape yg buang ammonia ni ke dalam sungai?

ammonia tu bukan org buang dr tong.. tp hasil tindakbalas kimia daripada tanah & sisa2 sampah yg ada.. lebih kurang cmtu la
kira turun hujan tu membantu mengurangkan kesan ammonia tu

Quote MissNigga 19-3-2014 10:36 PM
ingat lepas ujan turun, catuan air dah berakhir.. tgk2 hari ni, bekalan air kat sect 7 kena catu balik
Quote lavacall 19-3-2014 10:38 PM
tak bayar bill kata kena catu...

budusss....

Quote sup@rm@n 20-3-2014 12:19 AM
kazaraf posted on 19-3-2014 10:15 PM
ammonia tu bukan org buang dr tong.. tp hasil tindakbalas kimia daripada tanah & sisa2 sampah yg a ...

Terima kasih atas pencerahan
Quote oni313 20-3-2014 12:34 AM
bfemmamaembong posted on 19-3-2014 08:01 PM
ada orng tu mengadu air paip rumah dia kuning...tk bersih...kira2 dia spsiss2 kelantan la tk mandi s ...

kuning kotor, pasal paip yg salurkan air tu dah berkarat kotor kat dalam tu...
Quote kgdangar 20-3-2014 12:48 AM
Alhamdulillah..

pasni pakai air tu biar cermat....mentang2 dh ader air balik kannn...

beragak la sket time amik wuduk tu.....kadang tgk ala2 mandi wajib pun ade gak gaya bukak paip nye....
ingt time susah xder air dulu mcm mana....

tolong lah berubah wahai rakyat2 malaysia sekalian.... Last edited by kgdangar on 20-3-2014 12:49 AM

Quote kgdangar 20-3-2014 12:50 AM
kazaraf posted on 19-3-2014 10:15 PM
ammonia tu bukan org buang dr tong.. tp hasil tindakbalas kimia daripada tanah & sisa2 sampah yg a ...

tq atas pencerahan
Quote berancuk 20-3-2014 01:37 AM
kgdangar posted on 20-3-2014 12:48 AM
Alhamdulillah..

pasni pakai air tu biar cermat....mentang2 dh ader air balik kannn...

mana tahu kalu-kalu urang itu sememangnya mahu mandi wajib
Quote brownstone 20-3-2014 01:51 AM
Berkat doa paderi, Tuhan turunkan hujan

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065800 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top