CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Catuan Bekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Berulang

10-6-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8190| Komen: 62



KUALA LUMPUR: Catuan bekalan air di Lembah Klang dijangka berulang jika paras air di Empangan Sungai Selangor merosot ke tahap membimbangkan akibat fenomena El Nino.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun musim kering dijangka melanda negara mulai bulan ini namun kesannya hanya dirasai pada Julai.      

      "Buat masa ini, paras air di Empangan Sungai Selangor hanya meningkat tujuh peratus kepada 43 peratus berbanding 36 peratus pada dua bulan lalu ketika catuan bekalan air dilakukan.      
      
"Jika musim kering menyebabkan paras tersebut kembali menurun, maka catuan terpaksa dilakukan kerana 60 peratus bekalan air di Lembah Klang datang daripada empangan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan Teknologi Hijau bersempena Minggu Teknologi Hijau 2014 di sini hari ini.

Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan antara Februari dan April ekoran kekurangan bekalan semasa musim panas baru-baru ini.

Mahdzir berkata ketika catuan dilakukan, kadar pengeluaran air di Lembah Klang diturunkan kepada 1,700 juta liter sehari berbanding kadar biasa 2,700 juta liter sehari.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor akan melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan paras air di empangan tersebut, termasuk mengepam air dari kolam takungan dan menggunakan air bawah tanah selain kaedah pembenihan awan oleh Jabatan Meteorologi," katanya.      
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini mengeluarkan garis panduan untuk kegunaan operator air di seluruh negara sepanjang tempoh Malaysia dilanda fenomena El Nino atau cuaca kering.

Garis panduan itu, antara lain, mengarahkan operator air memantau rapi paras sungai dan empangan yang membekalkan air mentah kepada loji rawatan di negeri masing-masing; mengaktifkan Pelan Kontingensi Bekalan Air sekiranya paras air menyusut pada paras waspada dan menyediakan keperluan logistik bagi menghantar bekalan air bantuan.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara mengalami musim kering bermula bulan ini hingga September manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia menjangkakan fenomena El Nino berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.

10

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 9-6-2014 10:37 PM
.. tak reti nak mengurus air ...........
Quote MissNigga 9-6-2014 10:41 PM
Inilah Malaysia! Sumber air banyak... tak perlu melalui proses penapisan yang terlalu kompleks untuk dapatkan air yang benar-benar bersih sepertimana negara-negara Afrika ataupun negara lain. Tapi dalam rendahnya kos pengurusan air itu.. Air sampai kepada rakyat tetap mahal.



cilok dari FB Lepak lepak malaysia
Quote revolusi_30 9-6-2014 10:41 PM
Npe yg cakap kerajaan persekutuan... Bukan kerajaan negeri ... ?
Quote gusikuberdarah 9-6-2014 10:42 PM
brpe kali nk catu..susah oi xde air..
Quote mizahanan 9-6-2014 10:42 PM
Selamat bercatu-catuan
Quote mizahanan 9-6-2014 10:45 PM
Kt jb ais 0 60sen... 12thn lepas.
Quote pittjie 9-6-2014 10:45 PM
again?? udah la kat opis aku ni ...manjang asyik ada gangguan bekalan air walau bkn dimusim catuan! susahkan iols nak vera je!
Quote jengkoil 9-6-2014 10:47 PM
Panas ek semenjak beberapa hari ni?
Quote xy_daen 9-6-2014 10:55 PM
Dah MB Selangor lg syok main badminton drpd uruskan masalah air nih...nk wat camne...:lol
Quote AbukRokok 9-6-2014 11:06 PM
Musim Luruh dah nak tiba.... memang luruh la daun daun pokok
Quote AbukRokok 9-6-2014 11:07 PM
boleh maki khalid ibrahim secara berjamaah sekali lagi....syok oooo
Quote pakwetizzaqyah 9-6-2014 11:07 PM
aik..selama ni hujan lebat makin surut plak air...hmmm..apa sudah jadi...itu bumi ada bocor juga ka??? ni mesti bala ramai sangat bangsat2 yg wechat bini orang..wei taubat lah..tk bermoral dowh..dosa wei... bala lah bala
Quote pakwetizzaqyah 9-6-2014 11:08 PM
xy_daen posted on 9-6-2014 10:55 PM
Dah MB Selangor lg syok main badminton drpd uruskan masalah air nih...nk wat camne...:lol

main badminton pakai sampin lak tu..kah kah kah
Quote lavendernovella 10-6-2014 01:36 AM
Sila buat pembenihan awal cepat2, jgn tunggu dh kritikal baru nk buat.
Quote slippergombak 10-6-2014 02:24 AM
revolusi_30 posted on 9-6-2014 10:41 PM
Npe yg cakap kerajaan persekutuan... Bukan kerajaan negeri ... ?

yg umum2, kerajaan persekutuan... yg urus kerajaan persekutuan... yg jaga kerajaan persekutuan.... yg salah kerajaan negeri... harap mak long...
Quote Kittie 10-6-2014 02:31 AM
Panas ah skrg...
Quote makton 10-6-2014 07:35 AM
nyampah betul laaa..

bln lps masa nk bgtau musim el nino bakal tiba, kemain lagi orang2 tu ckp mndongak langit kata bekalan air kat empangan mencukupi. rakyat2 marhaen selangor tak perlu risau konon2.. nah, sekarang nak guna alasan hmpir 60% pnduduk selangor yg guna air kat empangan tu & air hanya naik 7% je kat kwsn tadahan air tu.

skrg, orang2 yg ckp mendongak langit tu sila letak jawatan sekarang!
langsung tak belajar dr masa lepas.

yang kata nak belajar teknologi pembenihan awan kat thai ke hape ntah aritu.
jadi ke???
Quote Athrun.Zalaa 10-6-2014 08:23 AM
Biar xde letrik tp jgn xde air...

Tp xde letrik cmne nak main PS?!

Adeehhh...
Quote haryatie 10-6-2014 08:25 AM
lagikkkkk...
aduhai....sengsara laaa...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045275 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top