CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditikam,Leher Dikelar, Dia Mampu Berjalan Cari Bantuan!

13-1-2014 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6669| Komen: 22

Keadaan mangsa yang tidak bermaya ketika ditemui, namun kini keadaannya stabil


BESUT – Seorang buruh binaan warga Myanmar dikatakan masih mampu berjalan meminta pertolongan selepas lehernya dikelar dan ditikam di bahagian belakang badan di Jalan Tembila, Kampung Pangkalan Kubur dekat Kampung Raja, malam kelmarin.
       
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa, Usal Hamod, 31, ditemui orang awam terbaring di hadapan sebuah sekolah menengah berhampiran rumah sewanya sebelum bertindak menghubungi polis.
       
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa yang masih sedarkan diri, tetapi tidak bermaya di hadapan sebuah rumah tidak bernombor bersebelahan rumah sewa mangsa.
       
Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan di bahagian kiri leher dipercayai akibat dikelar, selain bahagian belakang badan disyaki ditikam dengan senjata tajam.
       
Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai buruh tapak pembinaan di kawasan berdekatan berada dalam keadaan stabil, namun tidak bermaya akibat kecederaan dialaminya itu,” katanya.
       
Kamaruddin berkata lagi, mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
       
Menurutnya, siasatan awal mendapati tidak ada jiran yang menyedari kejadian berlaku dan polis tidak menemui sebarang senjata di kawasan kejadian.
       
Kata beliau lagi, pemeriksaan di rumah mangsa sejurus selepas kejadian itu mendapati tidak ada sesiapa di dalam rumah tersebut dan suspek dipercayai melarikan diri.
       
Polis sedang menyiasat suspek dan motif kejadian, namun keterangan daripada mangsa masih belum diperoleh kerana keadaan mangsa tidak bermaya,” katanya.

7

Bagus
4

Marah
18

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 12-1-2014 05:58 PM

Keadaan mangsa yang tidak bermaya ketika ditemui, namun kini keadaannya stabil.
Quote shahx 12-1-2014 06:02 PM
wah... boleh duduk bertongkat pipi lagi tu...
Quote mikasa 12-1-2014 06:08 PM
termenung sebab pkir besok tak dapat gi kerja....dah laa gaji hari


Quote kucingTomey 12-1-2014 06:39 PM
tips saya beri pada sape2 yang kene tikam ke.....ikat ketat2 tempat kena tikam tu dengan kain basah....jerut kuat2.......kalau tak larat nak jalan...bila dah lali tu jangan tido....kalau tertido...bahaya tu
Quote siti_kus 12-1-2014 06:56 PM
Berpantang maut seblm ajal
Quote zorrro_03 12-1-2014 07:00 PM
kucingTomey posted on 12-1-2014 06:39 PM
tips saya beri pada sape2 yang kene tikam ke.....ikat ketat2 tempat kena tikam tu dengan kain basah. ...

Mesti penat sgt hilang darah byk gitu.
Quote lady_rara 12-1-2014 07:31 PM
Besut
Kat mana2 pun da tak selamat..
Quote Czaziq 12-1-2014 07:37 PM
Skang ni anak jiran aku main kat depan umah pun aku suh dorg hati2 kalo nampk moto benti cecepat masuk pagar n kunci pagar. Mcm2 bole jadi skang ni
Quote Vokuro 12-1-2014 07:38 PM
akak syak penagih dadah kaum melayu ugama sunni dtg merompak rumah beliay
Quote HannahMontana 12-1-2014 07:55 PM
xhabis2 dgn masalah pendatang

kalau mrk x rompak rogol org ,mrk yg dirompak,dirogol x dnegar lg
Quote pakwetizzaqyah 12-1-2014 08:07 PM
rohingya la ni?? kene pedajal ngn geng ganu..padan muka
Quote Zamzari 13-1-2014 10:38 PM
semoga beliau segera sembuh ...
Quote aderaderker 13-1-2014 10:53 PM
Kesiannye pulak tengok dia cenggitu..
Bertabahlah..
Last edited by aderaderker on 13-1-2014 10:54 PM

Quote BotakChinPeng 13-1-2014 11:24 PM
Etnik Rohingya
Quote batmana 13-1-2014 11:30 PM
myanmar ni byk kes bunuh kt malaysia, org ckp psl politik/etnik sana pn gaduh
dibawa2 ke malaysia.

klu kt indon, dlm penjara pun etnik dari myanmar tu gaduh smpai mati2..

Quote tomatome 13-1-2014 11:55 PM
banyak puak ni kat selayang.. depa je control pasar borong tu duk niaga.. konpius muka cam bangla pun ada
Quote mommymonster82 14-1-2014 02:35 AM
Skrg me percayalh citer tamil n hindustan...Dulu selalu kta dorg tpu sbb tgk hero da kena belasah tembak tikam berlumuran darah boleh lg bangun lawan dan menang..hidup plak tu
Quote munchkin 14-1-2014 02:39 AM
kuatnya dia
Quote rdzaccess 14-1-2014 02:51 AM
kucingTomey posted on 12-1-2014 06:39 PM
tips saya beri pada sape2 yang kene tikam ke.....ikat ketat2 tempat kena tikam tu dengan kain basah. ...

kena tikaman kat leher, jerut leher kuat kuat... dengan nafas pun takleh kluar...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.255185 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top