CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Mahu Putus Hubungan, Wanita Parah Ditikam Teman Lelaki

6-6-2017 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7153| Komen: 44

Description: Seorang wanita parah ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata tajam selepas dipercayai timbul perselisihan faham mengenai perhubungan antara mereka.

sumber: www.thereporter.my


Seorang wanita parah ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata tajam selepas dipercayai timbul perselisihan faham mengenai perhubungan antara mereka.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam kelmarin di Taman Serindit, dekat Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Memetik laporan Bernama, mangsa berusia 23 tahun dari Kampung Alor Gandas telah bertemu dengan teman yang sebaya dengannya untuk membincangkan soal hubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang ingin memutuskan hubungan cinta telah bertindak menikam mangsa.

“Akibat tidak dapat menerima hasrat mangsa, suspek bertindak ganas dengan menikam perut mangsa beberapa kali dan mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lutut dan jari akibat berlaku pergelutan.” 


Beliau berkata mangsa yang mengalami pendarahan teruk di bahagan perut telah  dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan berada dalam keadaan stabil setelah diberikan rawatan.

Mohd Rozi berkata polis sedang mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- CARI


22

Bagus
12

Marah
30

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 6-6-2017 04:59 PM
harap polis dpt tangkap psycho ni..
Quote RatuDunia94 6-6-2017 05:02 PM
Syukur kena tikam sebelum buat laki.. Kalau dh jd laki..
Quote intanumbrella 6-6-2017 05:02 PM
Cilakak punya jantan
Quote babydoll 6-6-2017 05:07 PM
giler la..nak break je pon sampai bertikam2
Quote msxx 6-6-2017 05:11 PM
Gila jantan ni, x blh trima hakikat org reject die kotnya
Quote matchstick 6-6-2017 05:13 PM
Takut lah jumpa jantan psiko ni..mcm mana ko bole buat bf dek..
Akak rela mengandartu smpi reput drpd jumpa jantan gini
Quote JeepersCreepers 6-6-2017 06:07 PM
Sekarang ni..sikit2 menikam membunuh...pasal laptop pun sanggup seterika anak orang
Quote idakamaruddin 6-6-2017 06:12 PM
hakikat nye ramai gila laki mental zaman skg ni

saiko pn kira penyakit mental gak

Quote MisXoXo 6-6-2017 06:13 PM
psiko sgtlahhhh
Quote NekNgah 6-6-2017 08:17 PM
Berani perempuan ni melawan.  Bagus dik, tinggalkan. Jantan ni ikut panas baran dia aje.  
Quote akusukaq 6-6-2017 08:23 PM
[youtube]-bk3FkWiWu0[/youtube]
saspek lari..
Quote Potpouri 6-6-2017 08:37 PM
Laki sekarang ramai panas baran.. ni maybe contohnya... bila pompuan tu nak larikan diri dgn putuskan hubungan dengan laki spesis baran ni, jadi plk kes tikam menikam.. bahaya betull
Quote mirandanicky1 6-6-2017 08:58 PM
Mujur tak sempat jd laki ko dik oii
Quote ChildrenOfBodom 6-6-2017 09:13 PM
pompuan dh takmau tu  berambus ja la. kenapa nak terhegeh lg? tak malu ka wey. haprak punya jantan,
Quote exclusive_vvip 6-6-2017 09:18 PM
dayusnyer jantan:...semoga mereput....yg pompuan2 pun,klu nak putuskan hubungan,takyah jumpa2 kenkonon nak bincang...bg kata pemutus dalam fon je sudah...dah byk kes i tgk,pompuan gi jumpa bf sbb katanya bincang pasal nak break off...bullshit je...dtg angin gila jantan tu,abis la...
Quote Changa 6-6-2017 09:26 PM
terroris sunni ke sis??
Quote aku_best 6-6-2017 09:39 PM
Jantan ni  mcm standby dah pisau...mmg ada niat  la tu nak cederakan pompuan tu...
Quote hanasensei 6-6-2017 09:40 PM
Dlm fb rmai jntan meroyan ckp prmpuan ni msti dh permainkn suspek sedangkn suspek cinta mati n berhabisan. Apa hal ntah jntan fb..memandai jer wat ksimpulan sbb pmpuan tu mnta ptus.. ni msti perangai spesies budak2 yg bunuh zulfarhan tu. Klau dh kena tggal tu move on la.. silap skit nk serang n bunuh org.. mana lah org x ckp prgai serupa terrorist.
Quote Elle_mujigae 6-6-2017 09:53 PM
Pemikiran orang lelaki ni sgt misteri la..tak faham kita...ada yg gila.wanita sampai berscandal mendel..ada yg sayang sgt seorang wanita,taknak lepaskan sampai tikam menikam..lelaki ni soo complicated...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.122077 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top