CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dendam Diejek Pendatang,Wanita Kelar Mangsa

17-11-2014 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5973| Komen: 55

Description: Dalam Kejadian Jam 5.20 Petang, Mangsa Yang Dikenali Sebagai Emalin Al, Ditemui Terbaring Berlumuran Darah Di Dalam Bilik Tidurnya Dan Disahkan Meninggal Dunia Ketika Dirawat Di Hospital Duchess Of Ke ...
Dendam Diejek Pendatang,Wanita Kelar Mangsa


Sandakan: Berang diejek sebagai pelarian, seorang wanita hilang pertimbangan apabila mengelar leher seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menggunakan pisau pemotong daging sehingga maut dalam kejadian di Flat Golden Gate, Jalan Batu Sapi, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang, mangsa yang dikenali sebagai Emalin Al, ditemui terbaring berlumuran darah di dalam bilik tidurnya dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Difahamkan, suspek berusia 27 tahun berdendam dengan keluarga mangsa akibat sering diejek sebagai pendatang.

Suspek kemudian mengambil kesempatan ke rumah mangsa yang juga jirannya, apabila mendapati gadis terbabit tinggal seorang diri.


Sejurus bertemu, suspek dikatakan sempat menasihati mangsa supaya berhenti mengejeknya, namun tidak diendahkan.

Suspek yang mulai berang melibas pisau dibawanya sebanyak dua kali dan mengenai leher mangsa.

Ibu mangsa yang pulang ke rumah terkejut apabila mendapati anaknya berlumuran darah di dalam bilik lalu dibawa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas melakukan perbuatan itu.

“Siasatan awal mendapati, motif kejadian disebabkan dendam apabila sering menjadi mangsa ejekan keluarga mangsa.

“Suspek dikatakan sempat menasihati mangsa supaya tidak lagi mengejeknya sebelum membunuhnya,” katanya.

Zabidi berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui cap jari suspek dan akhirnya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Polis turut berjaya merampas pisau pemotong daging sepanjang 14 sentimeter dipercayai digunakan dalam kejadian ini.

“Suspek kini masih ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

ZABIDI (kanan) menunjukkan senjata digunakan suspek untuk membunuh mangsa dalam kejadian di Jalan Batu Sapi.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sashin 16-11-2014 12:20 PM
"kerana mulut...badan binasa"
Quote ajie2000 16-11-2014 12:24 PM
ni semua kerja syaitoon..
Quote noor2 16-11-2014 12:28 PM
suka lagi mengejek org....asyik mengejek org pendatang entah2 sendiri pun pendatang tanpa dia tahu sejarah family...
Quote Changa 16-11-2014 12:31 PM
Rasain loh, sekarang rasakan sedap atau tidak. Ujung ujung mati katak macam tu jah. Selayak nya lah dik. Elohim itu maha adil dan bijaksana
Quote Esmiria 16-11-2014 12:35 PM
terketar2 aku baca news ni.
Quote Badut.Sarkas 16-11-2014 12:35 PM
Umur 15 tahun dah perangai cam purkasa.. padan muka la kena semelih
Quote mommymonster82 16-11-2014 12:39 PM
mulut..mulut..tajam lg lidah tu dr mata pisau ko tau x?
x pasal2 arwah..
Quote chinta89 16-11-2014 12:43 PM
mati tak pasal2...
Quote rospinki 16-11-2014 01:02 PM
kt sini ada dua org pompuan bgaduh pasal taraf rakyat..sorg kutuk dia tu org filipin yg sorg lagi kutuk dia tu org indon..2x5 je dua ekor tu..menyemakkk je
Quote saden 16-11-2014 01:04 PM
freedom of speech gittew. Aku boleh pakai words menyakitkan kau, asal aku tak sentuh kau physically. Tu nama dia pondan takut bergasak, tapi nak jugak tunjuk berani.
Quote biosfree 16-11-2014 01:11 PM
Betapa kuasanya lidah...
Quote famri7 16-11-2014 01:12 PM
Selayaknya cash la..ummah mulut puaka dan personal verbal abuser seharusnya mampus saja....nanti mampus la dua2 di padng mahsyar kelak.
Quote enchikfitz 16-11-2014 01:15 PM
Kerana mulut, badan binasa. Padan muka
Quote LENS2U 16-11-2014 01:15 PM
Kalau tak suka diam2 sudah,ingat lidah tu lebih tajam dari mata pedang.
Quote lavatennis 16-11-2014 01:16 PM
famri7 posted on 16-11-2014 01:12 PM
Selayaknya cash la..ummah mulut puaka dan personal verbal abuser seharusnya mampus saja....nanti mam ...

Kat padang masyar semua dah mampos la pendatang haram goblok oiii

Quote LENS2U 16-11-2014 01:19 PM
boleh sakit jiwa taw klu sering di ejek...tapi yg bunuh tu pun dah kena tangkap,tggu giliran utk mati di tali gantung....sambung gaduh di hari pengadilan..masyhar.
Quote ibnuyusop 16-11-2014 01:26 PM
Kerana mulut badan binasa.
Quote Suchi 16-11-2014 01:31 PM
dalam hidup nih kita ada 2 pilihan sama ada nak tinggalkan kenangan pahit atau manis pada hidup orang lain..

orang yang suka menyakitkan hati orang lain dan yang suka peras ugut orang biasanya menemui ajal dlm keadaan yg tidak berapa nk molek..

kesabaran setiap orang ada hadnya..

Quote Decaffeinated 16-11-2014 01:32 PM
dalam porum ni pun ada yang sanggup berbunuhan sebab jari menaip.....

cuma bezanya boleh hidup balik sebagai hantu yang lebih jahat sahaja....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.226532 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top