CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Kereta Sumbat 42 Pendatang

2-12-2014 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4036| Komen: 18

Description: “Kes Disiasat Mengikut Seksyen 26a Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Pindaan 2010) Dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 Kerana Menjalankan Kegiatan Menyelu ...
3 Kereta Sumbat 42 Pendatang

Kangar: Seorang lelaki tempatan yang mengetuai konvoi tiga kereta sarat dengan muatan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk dibawa masuk ke negara ini gagal selepas mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di kawasan Kampung Titi Tinggi Ulu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan ketika memandu satu daripada tiga kenderaan terbabit, sementara dua kereta lagi dipandu PATI kumpulan sama.

Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron berkata,  polis menahan konvoi terbabit berdasarkan maklumat risikan beberapa jam sebelum penahanan suspek dan PATI pada malam terbabit.

“Ketika ditahan, ketiga-tiga kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan itu didapati membawa lebihan penumpang dipercayai PATI.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 14 PATI dalam  kereta Perodua Myvi iaitu  12 lelaki dan dua wanita.

“Turut ditahan Toyota Avanza yang memuatkan 17 lelaki dipercayai PATI termasuk pemandunya. Sementara satu lagi kereta Proton Persona dipandu warga tempatan membawa  11 PATI.

“Ketika diperiksa, suspek yang dipercayai warga tempatan gagal menunjukkan dokumen perjalanan .sah bagi 42 PATI iaitu 28 lelaki dan dua wanita warga Myanmar dan 12 lelaki warga Bangladesh berusia antara 19 hingga 30 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelantikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Narkotik Perlis yang baru di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, semalam.

Menurut Zull Aznam, siasatan mendapati semua PATI terbabit dipercayai diuruskan  sindiket dan  dihantar ke Pulau Pinang mencari pekerjaan selepas dijanjikan tawaran gaji lumayan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Pindaan 2010) dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana menjalankan kegiatan menyeludup migran dan kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah.

“Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada majlis itu, Deputi Superintendan Azizan Said dilantik  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis menggantikan Asisten Superintendan Meor Azmi Meor Shamsudin.

ANTARA pendatang yang ditahan dalam sekatan jalan raya.


6

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeed 2-12-2014 11:21 AM
ala.. yang lepas kat imigresen Johor berapa banyak.. bayar je maaa.. sebab tu PATI ni berulat-ulat di Malaysia ni..
Quote dita85 2-12-2014 11:26 AM
uihhh..camne leh sumbat gitu tu??
Quote leylapple 2-12-2014 11:27 AM
"Pemeriksaan lanjut mendapati 14 PATI dalam  kereta Perodua Myvi iaitu  12 lelaki dan dua wanita.

“Turut ditahan Toyota Avanza yang memuatkan 17 lelaki dipercayai PATI termasuk pemandunya. Sementara satu lagi kereta Proton Persona dipandu warga tempatan membawa  11 PATI.


cayalah myvi! keta kecik blh muat 14 org...

agak2nya mcm mana diorang muat dalam tu?
Quote GhostWalking 2-12-2014 11:29 AM
leylapple posted on 2-12-2014 03:27 AM
cayalah myvi! keta kecik blh muat 14 org...

agak2nya mcm mana diorang muat dalam tu?

pelik bin ajaib betul.Mau semua badan melekat kat tingkap
Quote chinta89 2-12-2014 12:07 PM
leylapple posted on 2-12-2014 11:27 AM
cayalah myvi! keta kecik blh muat 14 org...

agak2nya mcm mana diorang muat dalam tu?

myvi... yakin boleh!
Quote awanearisu 2-12-2014 12:37 PM
myvi dasat betul
Quote BotakChinPeng 2-12-2014 12:43 PM
Hok aloh !!
Quote scorpionkiki 2-12-2014 12:51 PM
Apahal la nak masuk Malaysia...tak tau ka currency kita dah jatuh..
Quote Mary_jane 2-12-2014 12:54 PM
Yg sumbat dlm kreta tu smua sado2 atau cekeding je smp muat 14org? Hendak seribu daya
Quote Al-Patih 3-12-2014 05:51 AM
“Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.


[Tempatan] Berita biasa, Jabatan Imigresen catat indeks rasuah tertinggi
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843944
Quote mak_wa95 3-12-2014 06:47 AM
leylapple posted on 2-12-2014 11:27 AM
cayalah myvi! keta kecik blh muat 14 org...

agak2nya mcm mana diorang muat dalam tu?

agak2nya buang semua kerusi,kecuali kerusi pemandu..



Quote noor2 3-12-2014 07:06 AM
zeed posted on 2-12-2014 11:21 AM
ala.. yang lepas kat imigresen Johor berapa banyak.. bayar je maaa.. sebab tu PATI ni berulat-ulat d ...

Ni kes...bak.kata bos i selalu bagi pepatah....harapkan pagar...pagar makan padi..
hehe
Quote liton 3-12-2014 07:19 AM
Jgn salahkan Imigeresen, sbb ketiga2 kenderaan tersebut ikut jalan tikus..
Quote stinger_attack 3-12-2014 07:21 AM
noor2 posted on 3-12-2014 07:06 AM
Ni kes...bak.kata bos i selalu bagi pepatah....harapkan pagar...pagar makan padi..
hehe

Bos tak pegi sekolah ka atau kau yang harbam....? Pagar ada mulut nak makan padi? Atau pegar?



Quote noor2 3-12-2014 07:23 AM
stinger_attack posted on 3-12-2014 07:21 AM
Bos tak pegi sekolah ka atau kau yang harbam....? Pagar ada mulut nak makan padi? Atau pegar?


...

Bos i cina...
Quote noor2 3-12-2014 07:24 AM
Nila nak menyerang orang tp x paham apa org nak sampaikan...
Quote stinger_attack 3-12-2014 07:25 AM
noor2 posted on 3-12-2014 07:23 AM
Bos i cina...

So bukan Cina yang tak pegi sekolah tapi kau yang harbam tak tahu membetulkan......Kan?

On second thought....... nak membetulkan camno kalau dah harbam kan?

Quote noor2 3-12-2014 07:26 AM
Aiii mamat ni....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.138223 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top