CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teluk Intan Diasaskan Pendatang Bangsa Mandailing

19-5-2014 02:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12842| Komen: 97

Description: Teluk Mak Intan Kemudian Diubah Kepada Teluk Anson Sempena Dengan Nama Pemangku Gabenor Negeri Selat, General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925) Ketika British Menjajah Tanah Melayu.


TELUK INTAN - Teluk Intan adalah sebuah bandar lama di daerah Hilir Perak yang kini semakin pesat membangun.

Sinonim dengan sejarah Malaysia terutama zaman ketika pasca merdeka, bandar tersebut merupakan bandar pelabuhan utama bagi Negeri Perak pada zaman dahulu.

Berkeluasan 126.9 kilometer persegi dengan kepadatan seramai 100,000 penduduk, Teluk Intan dahulunya dikenali sebagai Teluk Mak Intan bagi mengenang sejarah awal penerokaan Teluk Intan oleh seorang janda cantik kaum Mandahiling yang bernama Mak Intan. ( Bukan Melayu)

Teluk Mak Intan kemudian diubah kepada Teluk Anson sempena dengan nama pemangku Gabenor Negeri Selat, General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925) ketika British menjajah Tanah Melayu.

Atas cadangan dan perkenan DYMM Almarhum Sultan Idris II pada 1982, nama Teluk Anson dimansuhkan dan diganti dengan nama Teluk Intan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir orang lama terutama nya di Kampung Gajah masih menggunakan nama Teluk Ensen (Anson).

Secara geografi, kota itu didirikan di tebing Sungai Perak yang membentuk tasik ladam dan sering dilanda banjir meskipun terdapat pintu air dan sistem perparitan sejak dahulu

Sudah tentu tempat yang menjadi tarikan utama di Teluk Intan ialah menara jam condongnya.

Menara itu sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong dan menjadi mercu tanda di Teluk Intan sejak sekian lama.

Menara dibina pada 1885 tersebut, telah berusia lebih 100 tahun dan  mendapat jolokan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali kerana reka bentuknya yang hampir sama.

Selain menara jam condong, Batu Bertenggek juga adalah tarikan pelancong untuk ke Teluk Intan.

Terletak di empat persimpangan jalan menuju ke Bandar Teluk Intan, Batu Bertenggek adalah tugu peringatan bagi perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.

Antara tarikan lain di Teluk Intan adalah Beting Beras Basah dan Jeti Bagan Datoh yang menjadi tempat tumpuan istirehat pada setiap hujung minggu.

Beting Beras Basah mempunyai keunikan  tersendiri kerana dikaitkan dengan sultan pertama yang menjejakkan kaki ke Perak dan ia merupakan kawasan pantai pasir yang kadangkala timbul serta tenggelam apabila air pasang berlaku.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 11:52 AM
ko baru tau ke perak ni penuh jawa?? yang kulit hitam2 cakap lohghat utagha di taiping lak baka keleng..tp masing2 tk nk mengaku... lagi serious ada yang mengaku siam...
Quote annehuda 19-5-2014 11:54 AM
mandailing tu celah mane plak jawa?  nk jd racist tp ilmu tak cukup lg.
Quote nreezt 19-5-2014 11:56 AM
pakwetizzaqyah posted on 19-5-2014 11:52 AM
ko baru tau ke perak ni penuh jawa?? yang kulit hitam2 cakap lohghat utagha di taiping lak baka kele ...

aku rasa ko maksudkan banjar kuttt
Quote Hessa 19-5-2014 11:58 AM
annehuda posted on 19-5-2014 11:54 AM
mandailing tu celah mane plak jawa?  nk jd racist tp ilmu tak cukup lg.

tula..pelik pulak iols membacanya..
Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 11:58 AM
nreezt posted on 19-5-2014 11:56 AM
aku rasa ko maksudkan banjar kuttt

nope..ini orang taiping sndiri cakap...bukan2 budak ok...orang tua.....perak ni mcm selangor jugak..mcm2 etnik ada..aku tau la..aku punya lineage pun asal perak...hahahahhaa... sbb tu selangor dan perak ni tk de banyak isu berbanding johor ngn kelantan...masing2 mengaku supreme...ala2 pizza chicken supreme...aaaaaah.lapar..nak makan pizza
Quote the_killer 19-5-2014 11:59 AM
annehuda posted on 19-5-2014 11:54 AM
mandailing tu celah mane plak jawa?  nk jd racist tp ilmu tak cukup lg.

mandailing ni dari sumatera utara...depa di tak mahu digelar orang batak...


Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 11:59 AM
annehuda posted on 19-5-2014 11:54 AM
mandailing tu celah mane plak jawa?  nk jd racist tp ilmu tak cukup lg.

banyak2 la baca buku anthropologi kak...si tompel tu contohnya mandailing...anak dia si adlin aman ramli tu sndiri cakap mandailing ni pun spisis2 jawa...ko penah dengar mandailing ni punya bahasa tk???
Quote Hessa 19-5-2014 12:01 PM
nreezt posted on 19-5-2014 11:56 AM
aku rasa ko maksudkan banjar kuttt

org banjar ni..bukan berkulit putih ker?....
Quote nreezt 19-5-2014 12:03 PM
pakwetizzaqyah posted on 19-5-2014 11:59 AM
banyak2 la baca buku anthropologi kak...si tompel tu contohnya mandailing...anak dia si adlin aman ...

akak maksud kan...kat teluk intan la ni lagi byk banjar dr jawa...
Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 12:03 PM
nreezt posted on 19-5-2014 12:03 PM
akak maksud kan...kat teluk intan la ni lagi byk banjar dr jawa...

oooooh...my mistake
Quote the_killer 19-5-2014 12:04 PM
contoh pantun mandailing

Pangidoan sugari ma adong batu bata nagiot obanon baya tu gasgas sugari adongma na hu cinta huoban doi lakka marbagas sugari bolas parinc

Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 12:04 PM
Hessa posted on 19-5-2014 12:01 PM
org banjar ni..bukan berkulit putih ker?....

alah kalau dah kata orang asia ni...siam pun ada je yg hitam..wakakakkaa..tu belum aku sebut kelantan dan johor..kihkihkih
Quote nreezt 19-5-2014 12:04 PM
Hessa posted on 19-5-2014 12:01 PM
org banjar ni..bukan berkulit putih ker?....

bukan...akak bukan citer pasal org tepeng kulit gelap ke putih ka..akak kata kat perak ni akak rasa org banjar lagi ramia kut dr org jawa...especially area teluk intan...
Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 12:05 PM
the_killer posted on 19-5-2014 12:04 PM
contoh pantun mandailing

Pangidoan sugari ma adong batu bata nagiot obanon baya tu gasgas sugari  ...

ko mendiling! hahahaha
Quote pakwetizzaqyah 19-5-2014 12:05 PM
the_killer posted on 19-5-2014 11:59 AM
mandailing ni dari sumatera utara...depa di tak mahu digelar orang batak...

adlin aman ramli penah cakap...mendiling = jawa campur batak...bukan manusia.... gelak aku dengar.. hahahah
Quote the_killer 19-5-2014 12:06 PM
pakwetizzaqyah posted on 19-5-2014 12:05 PM
ko mendiling! hahahaha

itu dari blog la

http://syukurkhalilns.blogspot.c ... asa-mandailing.html

aku suku melayu kedah
Quote annehuda 19-5-2014 12:06 PM
pakwetizzaqyah posted on 19-5-2014 11:59 AM
banyak2 la baca buku anthropologi kak...si tompel tu contohnya mandailing...anak dia si adlin aman ...

oh ye, ape tajuk buku anthropologi yg ko baca tu dik non? bak mai jap akak nk bc gak.

Quote Muntz 19-5-2014 12:06 PM
Kenapa ramai org malu nak ngaku kalau dia asal Indon, asal India ek? Mcm Mahathir, mmg betul2 dia denounce dia punya ethnicity. Berbanggalah walaupun berasal dari Kerala ker, Bangla ker, so what. Sama jah makhluk Allah kan.
Quote nreezt 19-5-2014 12:07 PM
pakwetizzaqyah posted on 19-5-2014 12:03 PM
oooooh...my mistake

no harm.. dik...akak cuma cuma cakap base on observation akak sbg anak teluk intan, perak...hehehe

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.060392 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top