CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut, Tengah Makan Di Restoran Tiba-tiba Kena Tikam

18-8-2017 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6346| Komen: 27

Description: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika mangsa sedang makan di sebuah premis makanan segera di Rantau Panjang kelmarin.

sumber : Harian Metro


"Suspek yang membawa beg galas menghampiri mangsa dan sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa."

Demikian kata Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berhubung kematian seorang lelaki berusia 33 tahun akibat ditikam oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika mangsa, Lee Boon Guan sedang menjamu selera bersama rakan wanitanya di sebuah premis makanan segera di Rantau Panjang pada kira kira 5.45 petang kelmarin.

“Selepas ditikam di bahagian dada dan belakang badan, mangsa yang berusia 35 tahun itu terus berlari turun ke tingkat bawah premis  tersebut  untuk  mendapatkan bantuan sebelum rebah di atas tangga."


"Manakala suspek melarikan diri melalui pintu belakang premis berkenaan."

Tambah ACP Ibrahim Saad, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut telah diambil oleh pihak polis untuk bantuan siasatan dan mangsa disahkan mati di tempat kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini bolehlah menghubungi polis atau terus ke balai berhampiran anda.

Sementara itu, difahamkan polis kini sedang giat memburu suspek dengan membuat sekatan jalan raya di Cabang Empat Salam dan di Lalang Pepuyu, Pasir Mas.- CARI

22

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
31

Sedih
13

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 18-8-2017 04:03 PM
Scary nya
Quote wanitajelita 18-8-2017 04:29 PM
Masih sempat berjuang utk dptkan bantuan even dah nyawa2 ikan...
Quote idakamaruddin 18-8-2017 04:33 PM
adoiii scary sungguh la

kt kelantan plak tu

Quote SecretLuv 18-8-2017 04:37 PM
Wow. Kes dendam ke ni.
Quote detikhati 18-8-2017 04:49 PM
Ngeri gila siot ==
Quote jazaa100 18-8-2017 04:50 PM
Kongsi gelap ke....
Quote bawalputih 18-8-2017 04:51 PM
Uihhh...senangnya nak membunuh. Scarynya. X tenang hidup sekarang ni
Quote Artemesiaa 18-8-2017 04:53 PM
Mengerikan yang tak terlibat pun jadi takut dibuatnya
Quote tembikai 18-8-2017 04:58 PM
kesiannya....
apela kes dia  smpai kena bunuh mcm tu..
Quote prettyuglybabe 18-8-2017 05:05 PM
aku pun tengah rasa nak tikam orang ni
Quote taji2906 18-8-2017 05:17 PM
umur mangsa 33 ke 35?
mungkin assasin dari siam..
Quote DivaMJ 18-8-2017 05:28 PM
kacau binik orang kot...sekarang pembunuh upahan harga nya murah. Kasi 5k boleh selesai semua.
Quote CrowneGlory 18-8-2017 05:31 PM
bahayanya utk pelanggan2 lain...dlm restoran mcm ni pun boleh membunuh
Quote CiliPadiSedap 18-8-2017 05:52 PM
Pembunuh hipster ni masih gunakan senjata pisau.. urban killer dh guna pistol
Quote raradhia 18-8-2017 06:27 PM
ya allah
Quote giyomi 18-8-2017 06:57 PM
Scary, sb umor dia kejap 33, kejap 35.
Quote CikPuanTaurus 18-8-2017 07:21 PM
Senang bonarrrr nk bunuh ore sekarang nie erkkk
Quote makita 18-8-2017 07:44 PM
La kesian nya.bagi la dia menjamu selera utk kali terakhir dulu.
Quote moonbug 18-8-2017 11:06 PM
Senang je bunuh org sekarang ni Tp baguslah ada cctv, senang sikit kerja polis

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.345274 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top