CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Penuntut Universiti Ini Berjaya Hasilkan Krim Jerawat Dari Kulit Durian!

11-10-2021 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4343| Komen: 12

Siapa yang tidak suka dengan durian, bukan? Tetapi kulitnya yang tajam biasanya akan dibuang selepas isinya dimakan.

Namun siapa sangka, kulit durian yang dianggap tidak bermanfaat itu sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat termasuk sebagai bahan kecantikan wajah.



Kredit foto: TribunNews

Buktinya, lima penuntut Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Nur Khasanah, Putri Ayu, Annindea Erza, Dzurrotin Qurrota dan Dita Rahmaningtyas menggunakan kulit durian yang dijadikan sebagai krim mencegah jerawat.

Nur Khasanah yang juga penuntut Fakulti Matematik dan Sains universiti itu berkata, kulit durian kaya dengan antibakteria seperti flavonoid, saponin, tannin, terpenoid, dan alkaloid.



Kandungan ini membuat kulit durian lebih efektif mencegah jerawat berbanding tea tree oil yang banyak digunakan sebagai bahan krim jerawat ini.

Krim jerawat ini kata Nur Khasanah, dibuat dengan mengambil ekstrak kulit durian.

"Pertama sekali kulit durian akan dipotong dan dibersihkan. Kemudian ia dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 60 darjah celcius selama 24 jam.

"Selepas itu, kulit durian ini akan dikisar, diayak dan dijadikan ekstrak," katanya.



Jelasnya, krim pencegahan jerawat ini menggunakan teknologi nanoemulsi yang mampu mengurangkan risiko keradangan pada jerawat.

Meskipun masih dalam peringkat percubaan, Nur Khasanah dan rakan-rakannya berharap krim itu nanti dapat memberi manfaat kepada golongan yang mempunyai masalah jerawat.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 11-10-2021 02:30 PM
Sental dgn kulit durian lg cepat hilang nipple ops pimple
Quote heythere123 11-10-2021 10:55 PM
kulit durian ni pon function jugak sebagai penapis. Ada pernah budak sekolah buat projek, tapi tak tahu dikembangkan ke tidak idea tu
Quote miszclassique 11-10-2021 11:19 PM
heythere123 replied at 11-10-2021 10:55 PM
kulit durian ni pon function jugak sebagai penapis. Ada pernah budak sekolah buat projek, tapi tak t ...

Budak sekolah okay lagi kalau takat sekolah je... Academician kita ni haa kadang2 grant habis takat research level je, takde perkembangan
Quote miszclassique 11-10-2021 11:24 PM
Nice one, tapi bila musim durian je boleh buat production la kan... Tapi kulit durian pun waktu musim, beribu bakul boleh dapat so tak pelik la if dia nak commercialise
Quote spankee_fili 12-10-2021 07:17 AM
Kalau jerawat iols sangat setia dengan masker Queen Helene mint julep
Kadang ada jerawat yang taknak keluar tapi bila kena rasa memang ada biji kecil dan sakit, pakai Mint Julep pasti berkesan
#random-ads
Quote makton 12-10-2021 07:23 AM
klu durian musang king kira boleh buat krim level2 La Mer la ni.
klu durian kg kawin level2 Safi jahhh
Quote anakkerengga 12-10-2021 07:30 AM
Kulit i sgt sesuai dgn aloe vera bila naik jerawak. Skjp je kecut dan hilang parut
Quote Guccibamboo 12-10-2021 07:34 AM
Boleh la extract durian essential oil...kene check GCMS brape terpenoid nye tu
Quote Guccibamboo 12-10-2021 07:37 AM
miszclassique replied at 11-10-2021 11:19 PM
Budak sekolah okay lagi kalau takat sekolah je... Academician kita ni haa kadang2 grant habis taka ...

Aah... grant ratus2 ribu...tp selalu hasilnye sepi. Xde pihak nak invest utk hasil research tu, ikutlah...kalau grant bawah mane2 kementerian..mungkin lpstu hasil research tu akan implemented jugak
Quote Guccibamboo 12-10-2021 07:42 AM
Iols kalau ade jerawat manja2 time nak period....iols sapu la Roche posay effaclar duo...., Nnt kecut lah papules tu ....kalau rasa mcm pores besar bawah dagu...iols akan sapu adapalene waktu malam sbelum tido nipis2.

Pastikan jgn malas pakai moisturizer (yg less irritant ingredients) & cuci dgn mild cleanser ..insyaAllah kulit bersih & lembut
Quote KamikuP 12-10-2021 12:48 PM
At last ada juga kegunaan kulit doyan nih. Tapi yindon dah claim dulu berputih mata le komer
Quote kakikuDibibirmu 16-10-2021 08:31 PM
Nanti kulit muka pun berduri-duri macam durian

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.129867 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top