CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Tahu Masak Nasi, Tak Pandai Masak Lauk- Lelaki Cerai Isteri Periuk Nasi

4-10-2021 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6827| Komen: 63

Seorang lelaki yang tular baru-baru ini kerana tindakannya yang mengahwini sebuah periuk nasi akhirnya bercerai dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari, lapor laman Suara.com.


Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina itu ternyata tidak bertahan lama selepas dia memilih untuk menceraikan ‘isterinya’ itu.

Foto: FB

Alasannya adalah kerana si ‘isteri’ itu hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.

Kisah tersebut yang turut dikongsi oleh laman Instagram @kl.foodie mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

Foto: FB

“Apa lagi yang dia (Khoirul) harapkan boleh dimasak oleh sebuah periuk nasi?” soal seorang netizen.

“Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya ya dia bertengkar dengan ‘isterinya’ itu sebelum memutuskan untuk bercerai,” kata seorang netizen lain.

Khoirul pada 20 September lalu membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebuah periuk nasi dan memberitahu dia memilih perkakas itu kerana ia berwarna putih, senyap dan bijak memasak nasi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 4-10-2021 08:09 AM
lawak ngang apakah ini,
Quote ninja boy 4-10-2021 08:26 AM
Aiyo macam2 zaman skrg
Quote FOTHER-MUCKER 4-10-2021 08:42 AM
Jadi sekarang periok nasi dia sudah menjanda lah!
Quote cik_sssara 4-10-2021 08:44 AM
GIgihnya manusia zaman sekarang buat content untuk viral.
Quote bottombikini 4-10-2021 08:49 AM
ramai sangat yg sakit skrg ni
Quote Carcosa 4-10-2021 08:49 AM
Sekeping bodoh yg batak like.
Quote princessmiang 4-10-2021 08:54 AM
indon dan bodoh berpisah tiada...negara iq di bawah paras beku
Quote harkktuih 4-10-2021 09:01 AM
pesal tak poligami ngan thermomix?mcm2 boleh buat...
Quote Cece1234 4-10-2021 09:50 AM
Bodo ke apa ni?
Quote hareeeesah 4-10-2021 10:06 AM
harkktuih: pesal tak poligami ngan thermomix?mcm2 boleh buat...


periuk nasik paling up dah tu.. temomix advisor tak sampai lagi area dia hheheh
Quote twins 4-10-2021 10:09 AM
Yang tok imam tu pun satu jenis "kecerdikan"... apsal gi layan orang mental mcm ni ?
Kalau kat obersi tu memang ramai je mental kawin ngan patung ngan gambar  ngan abu mayat...
omputeh mmg ramai yg mental kronik..... ni kat indon ni gi layan sama apsal.....
Quote edayildiz 4-10-2021 10:11 AM
duda berhias la ni khenzzz..kesiannn
Quote Guli 4-10-2021 10:20 AM
Pelik pelik la zaman skrg ni
Quote bettyboops 4-10-2021 10:21 AM
adoyaiii adoyaii..

baru je baca dia ni nikah dengan rice cooker, ni cerai sudah..

hahahahhaaahaaahhaaaahaaa..!!!
Quote Normabaru 4-10-2021 10:28 AM
kenapa kenapa …

kan laki blh bmadu..kawen la dgn tm6 airfyer dan microwave..confirm melegkapi..
Quote nellyberry 4-10-2021 10:29 AM
Patut hari tu kawen ngan Thermomix. Baru boleh mcm-mcm.
Quote naina 4-10-2021 10:31 AM
Sapa la ngek yang pergi layan dia tu
Nampak sangat demi content
Quote nolya 4-10-2021 10:33 AM
Sendiri yg bodoh. Boleh je masak mcm2 jenis nasi berlaku sekali, boleh buat bubur, sop malah membakar kek. Sendiri yg bangang to the maximum tapi memang sehabis lawak lah.
Quote kakikuDibibirmu 4-10-2021 10:37 AM
Wah, kah, kah, kah! Tak pasti nak ketawa ke nak gelak

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.151166 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top