CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bengang Pengantin Tak Bagi Makan, Jurufoto Kelaparan Padam Gambar Kahwin

4-10-2021 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3820| Komen: 24

Description: Gara-gara bengang kerana tidak diberi makanan ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan, seorang jurugambar bertindak nekad memadam kesemua foto pengantin yang juga merupakan rakannya.
Gara-gara bengang kerana tidak diberi makanan ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan, seorang jurugambar bertindak nekad memadam kesemua foto pengantin yang juga merupakan rakannya.


Jurugambar yang enggan dikenali itu berkongsi kisah yang dialaminya di platform Reddit.

Menurutnya itu, dia bersetuju untuk menjadi jurugambar sewaktu majlis perkahwinan rakannya itu dengan mengenakan caj $250 (RM1,046) bermula pukul 11 ​​pagi hingga 7.30 malam.

Gambar Hiasan

"Sekitar pukul 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu tidak boleh berhenti makan kerana saya perlu menjadi jurugambar.

"Saya beritahu pengantin lelaki bahawa saya nak berehat seketika 20 minit untuk makan dan minum. Tiada bar terbuka atau apa-apa, saya bahkan langsung tidak dapat minum air. Dia kemudian beri pilihan sama ada saya menjadi jurugambarnya atau boleh balik tanpa dapat bayaran," tulisnya.


Kecewa dengan sikap rakannya, jurugambar itu berkata dia bertindak memadamkan kesemua gambar yang dirakamnya sebelum itu dan berlalu pergi meninggalkan majlis.

Coretan tersebut menjadi viral di Reddit dengan rata-rata netizen menyokongnya sambil mengecam sikap kurang ajar pengantin tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online/India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottombikini 4-10-2021 08:47 AM
ha rasa engko ..
Quote imransulaiman 4-10-2021 09:16 AM
Padan muka! Siapa suruh zalim kedekut! {:good{:good{:good
Quote edayildiz 4-10-2021 09:21 AM
Reddit lagi
kalau x citer yindon..cedok citer reddit..itew jer la yg mampu khenzz
Quote JohnyEnglish 4-10-2021 09:38 AM
Hasanahnya cerita kau
Quote naina 4-10-2021 09:41 AM
Haha. Hilang momen kawen begitu sahaja. Takkan sorang je jurugambar. Kan ada partner. Gila kejamm tak bagi makan. Jurugambar pun letih weh
Quote TOPwind 4-10-2021 09:59 AM
imransulaiman replied at 4-10-2021 09:16 AM
Padan muka! Siapa suruh zalim kedekut! {:good{:good{:good

perangai mcm bontot kual or tongkang mali
Quote aHoi83 4-10-2021 10:51 AM
Info2 di CI ni tak reddit , wiki . Itula source yg terpaling katanya
Quote musangbodoh 4-10-2021 11:06 AM
pengantin tu balas blk kt dia lah...kwn pun xkan nk cas...
yg kwn tu dh bisness minded...business is business katanya...

aku sokong si pengantin...
Quote ally9970 4-10-2021 12:03 PM
Memang kedekutlah kalau tuan rumah tak bagi photog makan, tp itu tak bermakna tanggung jawab tuan rumah untuk sediakan makanan utk photog, unless mmg dah tertera dlm kontrak.
Quote ilacantik 4-10-2021 12:08 PM
Kalau dah namanya kawan jadi photog, ni mesti budget wedding lah ni. Harapkan kawan ke hulur ke hilir petik gambar. Padan muka. OT, ada je wedding yg kedekut yer, tak bagi kumpulan kompang makan dll. Konsepnya, dah kena bayar, apesal nak invite makan pulak.
Quote hasniey 4-10-2021 12:11 PM
11pg smpai 7:30 mlm xkan xde waktu rehat
Keji nau pengantin..padan muka gmbr semua hilang.
Quote KamikuP 4-10-2021 12:36 PM
Kawan is kawan bisnes is bisnes kenot mix yaach
.. nnti gaduh mcm ni ler.. hahah padan muka pengantin kedekut pahit habis takde momen kawin
Quote matamata 4-10-2021 12:41 PM
USD250 untuk jangkamasa mcm tu mmg sangat murahlah... Mmg dia bagi harga kos je... Harga sahabat
Gila kejam pengantin
Quote kuchenta_81 4-10-2021 12:44 PM
Org melayu kawen pasti suruh kameraman makan dulu sementara dia bersiap. Takdenya luak takat 10-15minit dia makan.
Quote Supersirap 4-10-2021 01:47 PM
Hahahaha, ini kes sangat unik, memang cari penyakit kalau cari pasal dengan fotographer
Quote stingerzouks 4-10-2021 04:52 PM
hasniey replied at 4-10-2021 12:11 PM
11pg smpai 7:30 mlm xkan xde waktu rehat
Keji nau pengantin..padan muka gmbr semua hilang.

kerja setakat 8 jam lebih sedikit...masih tuntut sitting done meal?

Kerja of this nature...bila kau dibayar on an hourly basis...you should be on standby all the time...macam budak baru dapat assignmemt pulak...sedangkan boleh saja munch tidbits or some finger food that you have already pre pack....yg diletak bersama all your equipments...sesambil...



Quote nakkomenjugak 4-10-2021 04:54 PM
Heheheehhe
Memang kena click2 setiap moment keee?
Kesiannn abe photographer
Quote Fortiori02 4-10-2021 05:17 PM
ilacantik replied at 4-10-2021 12:08 PM
Kalau dah namanya kawan jadi photog, ni mesti budget wedding lah ni. Harapkan kawan ke hulur ke hili ...

Adeh, bab makan pun nak berkira ya. Anggap je la sedekah kat budak2 kompang, photog sume tu.
Quote I.K.A888990 4-10-2021 05:32 PM
bongok punya org
benda kecil je pn. padan muka

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.078617 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top