Seorang lelaki mendedahkan dia tidak menyangka bahawa hubungan erat antara isteri dan saudara kembarnya rupa-rupanya menjadi petunjuk bahawa mereka sebenarnya menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuannya, lapor Daily Star.
Menerusi satu pengakuan yang dimuat naik di laman perkongsian Reddit, lelaki tersebut memberitahu bahawa hubungan sulit itu bermula sejak tiga tahun lalu. “Saya tidak pernah menyangka bahawa dua individu yang paling rapat dengan saya di dunia ini akan melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. “Enam ahli keluarga telah berpecah-belah akibat perkara ini termasuk ibu dan adik beradik saya yang lain yang tersepit di tengah-tengah keadaan,” katanya.
Tambah lelaki itu, sepanjang tiga tahun lepas, dia tidak pernah mengesyaki sebarang perkara mencurigakan antara isteri dan saudara kembarnya, termasuk isteri kembarnya itu. “Kembar dan isteri saya amat rapat dan saya tidak pernah mengesyaki mereka. “Mereka sering bermain permainan video bersama dan saya tidak mempunyai sebarang isu melihatkan perkara itu,” ujarnya. Tambah lelaki tersebut, meskipun isteri dan kembarnya telah meminta maaf, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana sedar bahawa perkara itu akan mengubah kehidupannya dan keluarganya selepas ini. “Kami (bersama saudara kembar) tidak akan bercuti bersama lagi dan ulang tahun kelahiran kami berdua yang ke-40 juga akan tiba tidak lama lagi,” katanya. Perkongsian lelaki itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang menyelar tindakan isteri dan saudara kembarnya. Sumber: Kosmo
|
uori replied at 3-10-2021 01:54 PM
macam mana leh kantoi?
si bini tersilap terpeluk kembar ke apa?
noor2 replied at 3-10-2021 02:29 PM
Mcm pernah baca ayat ni...hehe
KIM.K replied at 3-10-2021 02:01 PM
Muka sama kan. So apa yg dia nak taste lain sikit
KIM.K replied at 3-10-2021 02:01 PM
Muka sama kan. So apa yg dia nak taste lain sikit
jazaa100 replied at 3-10-2021 03:56 PM
Aku ada kenal sorang pompuan ni.....nk kata bodoh pun blh.....selalu kuar dgn kembar laki dia. Pi ...
ADVERTISEMENT