Panas membara-bara pengguna di laman Twitter membincangkan isu 215 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian terkemuka di United Kingdom. Menerusi ciapannya, pengguna akaun Fairuz mempersoalkan status kelayakan penuntut terbabit. Berkongsi pengalamannya ketika menuntut di bumi Australia pada 2014/2015, Fairus mendedahkan dia bertemu ramai anak VIP dan staf MARA sendiri yang menerima tajaan.
"'Jangan bagitahu orang tau', kata anak-anak mereka di bumi Australia ketika itu." Dia begitu kesal apabila ramai yang ditaja datang dari keluarga kaya yang terlebih dari mampu untuk menanggung yuran pengajian sendiri dan kos sara hidup. Malah, dia turut mengecam tahap kebolehan mereka menguasai bahasa Inggeris yang terlalu rendah. "Waktu kenalkan diri masa mula-mula jumpa kat Sydney tu masing-masing tak nak kalah ya. Siap tanya bapak masing-masing bawak kereta apa. "Seriously! Ada yang dapat tajaan tapi upload gambar VW dengan caption 'Thank you daddy!' Beli VW kat UK, kau mampu?" luahnya terkilan. Dia juga mempertikaikan tindakan majikan yang cenderung memilih graduan luar negara. "Jadi, yang ditindas dari dulu makin tercungap," ujarnya. Agak menyakitkan hati juga apabila ada yang menasihatinya supaya tidak bitter dengan 'rezeki' orang lain. Masalahnya sekarang melibatkan kezaliman golongan kayangan yang merampas hak yang lebih layak dan menindas orang lain. Beberapa warganet tampil menjelaskan ia bukan isu hak dinafikan, sebaliknya saluran untuk B40 mendapatkan biasiswa terhad berbanding T20 yang banyak 'kabel'. "Kebanyakan anak2 T20 score exam. "Kebanyakan tak fikir sangat pasal score. Orang kesah pasal kemampuan. Kalau dah T20, kenapa tetap nak mohon biasiswa sedangkan awak dah layak? "Kalau nak cakap T20 score exam, B40 LAGI RAMAI yang score, malangnya hak mereka dinafikan," antara komen netizen. Jika berterusan begini, apakah nasib jawatan tertinggi Putrajaya akan datang? - CARI
|
MisXoXo replied at 1-10-2021 12:09 AM
Ermmmm...mcm pernh baca dlm forum yg anak kepada penerbit xxxxx xxxxx ..dan mmg sah2 anak VVIP pun d ...
Mystery0410 replied at 1-10-2021 12:22 AM
Aku tgk fb member aritu hantar anak ke airport nak ke London. Member aku tu mmg sendiri dulu US grad ...
green~tea replied at 1-10-2021 12:49 AM
Skali mak pak t20 wei pakat hantar anak2 oversea hahahahahhhaa.. ingat budak2 je ke fly sorang2 ...
Mystery0410 replied at 1-10-2021 12:56 AM
Kuang ajaq kan. Sesia jek aku bersangka baik.
Tahap2 anak2 aku ni nanti gamaknya harus bersyukur ...
tobobon replied at 1-10-2021 01:16 AM
Gitulah nasib chuols...mak bapak t20 sbb apa..depa bernasib baik dpt melanjutkan pelajaran ke univ ...
ADVERTISEMENT