CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Campur Racun Ikan Dalam Jamu Sebab Panik Kekasih 14 Tahun Hamil

28-9-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3150| Komen: 11

Kerana panik, seorang lelaki tergamak meracun teman wanitanya hingga maut setelah mangsa memberitahu dia hamil.

Menurut laporan, dia memasukkan racun ikan ke dalam jamu lalu memberi minum kepada mangsa.

Kejadian diketahui apabila mayat mangsa ditemui di Desa Tiru Lor, Kecamatan Gurah, Kabupaten Kediri, Jawa Timur, Jumaat lalu.

Mangsa berusia 14 tahun itu ditemui jirannya dikenali sebagai Samsuri, 50, ketika mahu memberi makan kepada ternakannya.



Samsuri bergegas meminta pertolongan seorang lagi jiran bernama Sampan sebaik melihat mayat mangsa sebelum melaporkan kejadian ke perangkat desa lalu disampaikan kepada pihak polis.


Hasil siasatan polis mendapati telefon bimbit mangsa mempunyai perbualan mencurigakan dengan teman lelakinya.

Dari maklumat tersebut polis menahan remaja lelaki berusia 15 tahun.

Daripada soal siasat polis, motif kejadian disebabkan pelaku kebingungan setelah mengetahui mangsa hamil.

Kehamilan itu diketahuinya dari aduan mangsa yang melakukan pemeriksaan sendiri menggunakan alat ujian kehamilan.

Keadaan itu lantas membuat suspek yang juga jiran mangsa panik lalu meracun gadis malang itu.

Dari pengakuan suspek kepada polis usia kehamilan mangsa diperkirakan memasuki minggu keempat.

Polis memberitahu, selepas mengetahui mangsa hamil, suspek mengambil inisiatif membuatkan jamu untuk menggugurkan kandungan tersebut.

Namun, suspek sebaliknya mencampur jamu tersebut dengan racun tanpa pengetahuan mangsa.

Korban yang tidak merasa curiga meminum jamu mengandungi beracun tersebut yang meragut nyawanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 28-9-2021 01:42 PM
Ya Allah....

Makin banyak cerita dari indon sekarang ni..
Quote edayildiz 28-9-2021 01:45 PM
tengok la sapa yg bukak
Quote Thunderclouds 28-9-2021 01:46 PM
Waktu korg mgesek tu xbingung pulak. Dh bunting baru nk bingung??
Quote grouper 28-9-2021 01:53 PM
Jamu untuk mengugurkan janin..hebat indon blh buat sendiri jamu mcm tu
Quote nononcrux 28-9-2021 02:11 PM
racun ikan tu tuba ka?
Quote Suchi 28-9-2021 02:56 PM
Hukuman tuk jantan2 yg rosakkan anak dara org, pastu tak tanggungjawab ni.
Patut dibuang benih dia. Toksah membiak. Nanti bila dia semakin matang dia baru serius nk bercinta dan cari isteri.
Pastu dia kawen n buleh anak.Elok je post gambar kat fb dan kelihatan bahagia.
Post hadis2 bagai eiiiiiii pdahal ko tu masa bbnu jahat nak mampus.
Bercinta ngn pmpuan tak serius keje nk punahkan hati org je.
Jantan2 camni taklayak membiak dan tak layak bahagia walau ko dah insap ke dah tobat.
Quote jas7512 28-9-2021 03:09 PM
Knplah x pakai protection waktu buat projek..dah krg bkn nak anak pun dan xde rasa tanggungjwb
Quote lattehazelnut 28-9-2021 05:57 PM
jas7512 replied at 28-9-2021 03:09 PM
Knplah x pakai protection waktu buat projek..dah krg bkn nak anak pun dan xde rasa tanggungjwb


Xde education
Bila nak diajar, mak pak bising galakkan sex
Quote bondeh 28-9-2021 05:59 PM
Nampak tajuk nih cepat2 mata meolls melilau nama tempat. Memang sah! Huhu
Quote Fortiori02 28-9-2021 06:46 PM
Kesiannya dak perempuan tu... Dah termengandung biarkan je je la baby tu dik, serah pd orang yg nak jaga nnt, ramai je yg tak ada rezeki nak dpt zuriat.
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 01:53 AM
Editor mal leluhur yendon kah?

Hamboiiii ko budakkk
Ko pikir baby datang dari mana?
Burung bawak dari basket?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.087462 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top