CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Maut Terbakar, Isteri Melecur Di Muka Dan Badan

28-9-2021 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2118| Komen: 2

Description: Penampang: Seorang lelaki warga emas rentung, manakala isterinya melecur selepas kediaman mereka di Kampung Gunsing Novunsu, di sini, terbakar, awal pagi hari ini.
Penampang: Seorang lelaki warga emas rentung, manakala isterinya melecur selepas kediaman mereka di Kampung Gunsing Novunsu, di sini, terbakar, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa maut, Godfrey Tozuu Moligan, 90.

Isterinya yang berusia 89 tahun dilaporkan melecur di muka dan badan.

Bagaimanapun, empat lagi ahli keluarga yang berusia 33 hingga 68 tahun dan tinggal di rumah sama, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kredit foto: Harian Metro


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.16 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan lori tangki.

"Operasi turut dibantu pasukan BBP Kota Kinabalu dan Lintas.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sudah membakar lebih separuh daripada rumah berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zainal berkata, api dapat dikawal pada 4.24 pagi sebelum berjaya dipadamkan beberapa minit selepas itu.

"Sebaik api berjaya dipadamkan, pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa rentung dari sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.

"Wanita yang parah pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut," katanya.

Zainal berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 5.56 pagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 28-9-2021 01:43 PM
Salam takziah
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 01:51 AM
Takziah diucapkan...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.202202 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top