CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang 'Mati' Bukan Sebab Covid-19 Tapi Sebab Lockdown" - Harith Iskander

23-8-2021 02:35 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5375| Komen: 25|Original author: Oleh: LilRose

Harith Iskander di Instagram berpandangan orang ramai kini dalam keadaan nazak bukan disebabkan Covid-19 saja.


Kredit foto: IG

"Rakyat 'mati' disebabkan lockdown, perniagaan ditutup kesan daripada penularan wabak itu.

"Malaysia bergelut dengan pandemik ini selama hampir dua tahun dan kita mungkin akan menghadapinya lebih lama.

"Dan rakyat paling menderita terutama mereka yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan," katanya.

Katanya, orang ramai tidak nampak apa yang sebenanya sedang berlaku di sebalik keadaan semasa Covid-19 yang dilaporkan dalam bentuk graf berwarna-warni oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

"Apa yang kita tak nampak setiap hari adalah jumlah mereka yang kehilangan pekerjaan, kemurungan dan bunuh diri kerana tidak mampu bertahan dengan tekanan hidup tanpa pendapatan," ujarnya.

Pelawak itu bagaimanapun menegaskan dia hanya meluahkan pandangannya terhadap apa yang sedang berlaku di Malaysia.



Katanya, wabak ini bukan lagi di peringkat pandemik sebaliknya ia sudah menjadi endemik.

"Saya rasa kita perlu melakukan sesuatu yang berbeza. Kita kena belajar hidup dengan Covid-19 kerana ia tidak akan hilang," katanya.

Pendapatnya itu menerima reaksi pelbagai daripada orang ramai.


Kredit foto: IG

Ada yang berpendapat perubahan wajar dilakukan untuk kita hidup dengan penularan Covid-19 dengan mengamalkan SOP ditetapkan kerajaan dan menjaga keselamatan diri sendiri.

Ada cadangan bernas untuk menyokong pendapat Harith? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 23-8-2021 02:52 PM
bagi la 'bukti,fakta,statistik' yg sahih untuk menyokong hujah anda.
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 03:21 PM
iyolahhhh harihhhh
Quote anony-mous 23-8-2021 03:22 PM
So? Apa sumbangan ko buat? Pongpang jah?
Quote raxief 23-8-2021 03:25 PM
yg aku tau sekeliling aku makin ramai mati sbb kena covid kat tempat kerja
Quote cheezel 23-8-2021 03:37 PM
bila bukak sektor ekonomi pn korang menyalak. tu nk tolong sikit2 la tu sbb tu bagi bukak. kau xnk pegi xyhla pegi.. contohnya aby abadi gemok kuat menyalak tu. dah tu nak apa sebenarnya? yg gaji sentiasa jalan macam gomen ke mmgla xterkesan. tapi yg bawahan ni mmg mengharap leh buka kedai
Quote cheezel 23-8-2021 03:38 PM
terimala hakikat mmg dah kena hidup dgn covid. sektor ekonomi nk buka tu xyhla pertikai. kami pn nk cari rezeki gak. jagala sop masing2
Quote Kurex 23-8-2021 04:24 PM
Pemdapat artis tak payah la dibuat gosip.. lain la harith iskandar ada bela banyak babi dalam rumah tu ganti anjing dia yg dah mati
Quote duri_durians 23-8-2021 05:12 PM
kadang orang yg banyak bunyi ni pandai cakap
"we need to do somethign differently"

tapi bila tanya how. diam pulak tak berkutik. dia akan cakap

"the gov should think about it"

orang macam ni layak je dimaki.
Quote cmf_jeangrey 23-8-2021 05:36 PM
Nothing new la harith...dah lama org berckp pasal benda ni that we have to live with it, that ramai terkesan sbb hilang kerja bla bla...do something different tu mcm mana? Copy what other countries have done ke? If so then just say copy what other countries have done la..mmg itu je caranya
Quote msdummy.2018 23-8-2021 05:39 PM
Yg aku tau tempat aku charity sgt aktif even sekolah pun hulur bntuan pd murid2 terkesan....yg makin meroket jumlah org mati n jangjitan cobid..suka ker idok tuh kena hadap..jgn plak nti dh mati cobid ko nk tribute mcm2...nk ckp ohh pentongnya vaksin ni..br nk sedar...
Quote Burong_Hantuk 23-8-2021 05:51 PM
Si badut botak kepam nih lapar perhatian...
Quote midori_katana 23-8-2021 06:34 PM
buat lawak ker?
Quote mama_neko 23-8-2021 11:25 PM
laparrrrrr attention... dok compare ngan eu sana... hang tau dak eu, amareka tu dok hoarding vaksin sampai negara cm kita ni lambat dpt bekalan..
Quote mohdcrow 24-8-2021 01:07 AM
'kerja' dia 'bercakap', so yang dia pandai cuma bercakap jerla
Quote HoneyManjer 24-8-2021 12:55 PM
stay in comedy lane harith
don play with fire
Quote hanahani 24-8-2021 01:03 PM
cheezel replied at 23-8-2021 03:38 PM
terimala hakikat mmg dah kena hidup dgn covid. sektor ekonomi nk buka tu xyhla pertikai. kami pn nk  ...

Betul tuu. Rakyat marhaen kena pikir cari duit, anak bini nak kena bagi makan. Artis mmg sedia ada duit byk. Diam2 je laa.
Quote abadi84 24-8-2021 01:34 PM
Yer...ai tahu kita kena hidup dgn covid.
Skrg zmn survival.
Hati2 lah jgn smp terjangkit.
Kerja tetap kena kerja
Klu hospital penuh dan tak mampu nak bg rawatan dah..
Anggap jer lah kurang nasib baik..gitu.
Quote phonon 24-8-2021 02:15 PM
kenyataan yg betul tp kurang tepat.....

yg sebenarnya ramai yg mati disebabkan oleh kesan langsung dr Covid tuh sendiri dan juga kesan tidak lansung seperti lockdown dan sebagainya...

lockdown tuh penting cuma implementasi di malaysia adalah sgt tidak effective sebagaimana pemimpin2 nya.....
Quote nononcrux 24-8-2021 04:45 PM
anony-mous replied at 23-8-2021 03:22 PM
So? Apa sumbangan ko buat? Pongpang jah?

hahah itu la sumbangan beliau.. 1 nak tnye dia ni islam ke?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.102659 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top