CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Diikat, Diheret Kerana Culik Kanak-Kanak

22-8-2021 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2165| Komen: 5

Seorang warga emas diikat tangan, diheret dan diherdik penduduk tempatan kerana dituduh menculik kanak-kanak, lapor Suara.com.

Menerusi rakaman tular di media sosial, kejadian dipercayai berlaku di Pasar Limboto, wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi, baru-baru ini.


Kredit foto: Kronologi id

Wanita berpangkat nenek itu kelihatan sugul dan membisu saat diheret, malah tudung yang dipakainya juga ditarik orang ramai yang kedengaran memaki hamun dirinya menerusi rakaman tersebut.

Ketua Polis Bahagian Hubungan Masyarakat Gorontalo, Inspektor Mohammad Nauval Seno mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu suspek sudah berada dalam tahanan mereka.


“Ada penduduk yang mendakwa wanita itu mengalami gangguan jiwa dan bertindak menculik anak-anak kecil milik penduduk tempatan.

“Bagaimanapun, setakat siasatan awal, tiada bukti yang menunjukkan suspek melakukan perbuatan itu,” jelas Mohammad Nauval.

Tambahnya, identiti wanita itu belum diketahui dan pihak polis sedang menunggu ahli keluarganya untuk datang dan mengesahkan keadaan sebenarnya. 


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • bebba


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 22-8-2021 06:11 PM
"....setakat siasatan awal, tiada bukti yang menunjukkan suspek melakukan perbuatan itu,”

Takut betul duduk kawasan masyarakat emo dan jadi hakim sendiri.
Quote syaz_lina 22-8-2021 06:33 PM
Gila indon ni..sesuka hati ikat belasah org
Quote I.K.A888990 23-8-2021 01:31 AM
kalau ye pun la dia buat jgn la smpai ikat heret mcm gitu
Quote dani-rox 23-8-2021 02:14 AM
Kesian acik tuh

“Ada penduduk yang mendakwa wanita itu mengalami gangguan jiwa dan bertindak menculik anak-anak kecil milik penduduk tempatan.


ingat2 lupa... fitnah yg sama pernah berlaku ke atas perempuan di Papua dan Nepal. Tapi nasib kedua2nya lebih teruk - dibakar hidup2. Modern witch hunting and femicide.
Quote angelofish 23-8-2021 06:52 AM
teringat atok cina kena tendang dalam kereta oleh emak celaka tak reti jaga anak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056402 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top