CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Terkilan Diboikot Hollywood, Johny Depp Syukur Dapat Sokongan Padu Peminat

16-8-2021 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3470| Komen: 11

Aktor Johnny Depp, 58, mendedahkan dia kini diboikot di Hollywood sejak kes kekalahannya terhadap bekas isteri Amber Heard sebelum ini.

Selepas namanya digugurkan daripada filem Fantastic Beasts, terbaharu filem Minamata lakonannya dilaporkan tidak akan ditayangkan di Amerika Syarikat (AS).



Kredit foto: Blackpool Gazette

Depp mengakui terkilan kerana tindakan itu benar-benar memberi kesan kepada keseluruhan produksi Minamata. Dia kecewa situasi semasanya dijadikan alasan dalam hal itu.

"Apa yang saya lalui, biar saya saja lalui. Tapi, paling utama bahagian tertentu dalam hidup saya ini memang tidak masuk akal.

"Mereka yang dalam Minamata pula berdepan apa? Ada orang menderita Covid-19? Ramai orang kehilangan nyawa mereka.

"Ini memberi kesan kepada semua dalam Minamata, kepada yang berdepan pengalaman sama, atau apa-apa saja. 


"Saya diboikot Hollywood? Seorang diri, aktor yang terperangkap dalam situasi kacau-bilau, sejak beberapa tahun kebelakangan ini?" katanya dalam sebuah temubual baru-baru ini.

Meskipun kariernya semakin terjejas, Depp bagaimanapun bersyukur terus mendapat sokongan padu daripada peminatnya. Lebih menyentuh hati, dia tahu peminat juga tahu kebenaran kisahnya.


Kredit foto: IMDb

"Merekalah (peminat) majikan saya selama ini. Saya sangat bangga dengan mereka kerana sentiasa cuba berkata mengenai kebenaran," katanya.

Terdahulu, Depp kalah dalam perbicaraan kes dia mengasari bekas isterinya di Mahkamah Tinggi London pada November tahun lalu. Menurut mahkamah, laporan akhbar The Sun yang mendakwanya melakukan keganasan hakikatnya adalah benar.

 
Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-8-2021 02:47 PM
Fmil marah?

Quote Tinot7 16-8-2021 05:53 PM
[youtube]iX63Sqkr8sE[/youtube]
Quote alesandra 16-8-2021 06:26 PM
bodoh hipokrit laknatullah punya hollywood.sayang je..citer neh nampak mcm oscar material.satu lagi ..city of lies.psl tupac shakur.nampak mcm best ..tapi belum tgk lagilah
Quote helicornia 16-8-2021 09:36 PM
iols penyokong abam johnny selamanya
Quote minahgempal 16-8-2021 11:00 PM
Hebat btol feminism dkt negara luar nie kan..smpai abg johnny yg dh berbelas tahun berlakon mcm tu jek kena boikot dsbbkn sekor perempuan kaki pusing..smpai ke jejantanz pn dok sokong amber nie..apa lah yg hebat sgt blondie nie..apa lah yg dia ada..berlakon pon tk bnyk mna..hbis sume dboikot yer..sadis btol..
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 10:07 AM
berani betul yachhhh holly boikot bam johnny??
fuhhhh kat sana perempuan memang tak boleh dikacau langsung
child support, feminism, false allegations, etc system deme memang akan tetap side fomfuan
Quote midori_katana 18-8-2021 07:26 PM
abam depp salah ke tak? kalau dulu iols pun mungkin akan sokong heols sepenuh hati tak kisahlah heols salah ke tak sbb iols peminat.. tapi skrg minda iols dah terbuka  sikit; toksah dok taasub! tapi kalau filem baru heols kuar iols nak jer tgk.
Quote Freezfrozen 19-8-2021 08:39 AM
midori_katana replied at 18-8-2021 07:26 PM
abam depp salah ke tak? kalau dulu iols pun mungkin akan sokong heols sepenuh hati tak kisahlah heol ...

Hihi.. sis balance disitu..
Quote nsmy 19-8-2021 08:24 PM
It's ok JD...I'm with youuuuuuuu....
Quote iolss 23-8-2021 03:13 PM
i ingt kpop industry je kuat main banned boikot2 ni. ingtkan amerika open minded sgt..rupanya sama jela   apapon, i team JD.
Quote xAthenax 24-8-2021 03:36 PM
kaka never like Amber  blardi Heard..
team abam Johnny

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047669 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top