CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti,"Fedtri Yahya

12-8-2021 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2223| Komen: 12

“Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti.”

Demikian teguran pengacara dan penyampai radio Ahmad Fedtri Yahya susulan kontroversi melibatkan seorang YouTuber yang memuat naik video melawat tempat pengebumian penyanyi Siti Sarah Raissuddin sebagai kandungan dalam laman YouTubenya semalam.


Kata Fedtri, sebagai umat Islam, kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur.

Terdapat enam adab yang perlu dititikberatkan ketika melawat tanah perkuburan antaranya disunatkan berwuduk, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.


Foto: Kosmo

“Kedua, apabila sampai ke tanah perkuburan, disunatkan memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa.


“Ketiga, tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan,” katanya.

Tambah Fedtri yang juga merupakan penulis lirik, perkara keempat yang perlu dilakukan ketika menziarah kubur adalah diharamkan melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah.

“Contohnya seperti mencium kubur mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.

“Kelima, sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci al-Quran seperti membaca surah al-Ikhlas atau surah Yasin serta menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.

“Sementara yang terakhir, sunat menghadap kiblat ketika berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur,” jelasnya.

Perkongsian Fedtri mendapat maklum balas daripada pengikutnya yang berterima kasih atas perkongsian dan peringatan indah sebegitu.

Semalam, tular dalam media sosial tindakan seorang YouTuber dikenali sebagar Aisar Khaled yang dikecam kerana menjadikan kematian dan lokasi pengebumian Siti Sarah sebagai kandungan untuk saluran YouTube miliknya.

Selepas beberapa jam video tersebut dikecam netizen, YouTuber berkenaan tampil membuat permohonan maaf menerusi media sosial atas tindakannya yang tidak menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.

Tinjauan terkini bagaimanapun mendapati, video berkenaan sudah pun dipadamkan daripada saluran YouTubenya. -CARI

Sumber: Kosmo
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 12-8-2021 12:14 PM
harap aisar babi air buat challenge tido dlm kubo 14 hari pulak
Quote syidasaleh 12-8-2021 12:26 PM
Dia dpt masuk ke eh. Tak tgk video. Iols nak tgk kubuar ayah tak dpt2 okay.
Quote Ayda89 12-8-2021 12:32 PM
Mak kau dah la ibu tunggal. Jaga la sikit kelakuan tu aisar oi jgn bg malu mak tu
Quote nurshima 12-8-2021 12:54 PM
Rasanya teguran ni apply juga kat shuib,  cukup2 lah mensensasikan cerita kematian isteri.
Quote sabundettol 12-8-2021 01:36 PM
Sapa Aisar ni. Aku je ke yang x kenal
Quote Adrif 12-8-2021 02:07 PM
Kelima, sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci al-Quran seperti membaca surah al-Ikhlas atau surah Yasin serta menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.
aku selalu confuse tang point ni.
dulu2 orang kampung selalu bacakan yasin kat kubur, dengan niat pahala untuk si mati,
pastu ada pulak ustaz kata tak boleh, memadai menadah tangan dan berdoa untuk ahli kubur sahaja.

dia macam, ustaz-ustaz ni bercanggah, mana satu nak ikut ntah.
sampai sekarang aku tak tau boleh ke tak baca yasin kat kubur ni
Quote nakkomenjugak 12-8-2021 02:13 PM
mesti akan buat lagi punya.
balik2 modal maaf sampai ajm.
Quote pukulrata 12-8-2021 02:17 PM
brsama lg kita dlm segmen 'Gi mampos kecaman,asal ada content'
Quote LadyCarefree 12-8-2021 03:07 PM
iols tgk post abangnya membela adiknya sbb lalu kt explore.

Kemain abangnya sombong gila. Rupa dahlah tadok. Ooopppssss. Diorang ni kaya sgt ke ada gambar konon pakai merc.
Quote Whitepinkrider 12-8-2021 03:18 PM
tu la.. sengal sgt nak buat challenge bagai sebab nk create stupid content. cuba lah jadi manusia sikit
Quote Fortiori02 12-8-2021 09:39 PM
Nak cari glemer x sudah2 mamat ni.
Quote edayildiz 12-8-2021 09:57 PM
xhbs lg
btw pesanan tu pun blh abg soib ikuti..dah2 la share memacam sblm kena carut ngn acik bwg..bkn awk sorg kematian isteri.i baca ada 70 kes jgk..sehari dua ok la..ada benda kena share..ada benda kena sorok.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034277 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top