CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kata Hadiah Tapi Suruh Review Macam-Macam, Diana Danielle Bengang Dengan Peniaga

9-8-2021 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13331| Komen: 87

Baru-baru ini pelakon Diana Danielle telah menegur beberapa golongan peniaga melalui hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi laman Instagramnya, Diana Danielle telah menegur golongan peniaga yang menggunakan alasan ‘hadiah’ sebagai salah satu cara untuk tujuan marketing mereka.



Foto: IG
 
"Nak hantar ‘hadiah’ boleh. Pastikan tiada udang disebalik ‘hadiah’ itu boleh tak? Bila barang sampai diletaknya harapan untuk kita buat itu ini, maksudnya itu bukanlah hadiah tapi komitmen yang dia letak pada kita tanpa bertanya kalu kita betul-betul sudi atau tidak."

Dalam penulisan lainnya, Diana Danielle turut menjelaskan ada sesetengan pihak yang mendekatinya pada mulanya dengan alasan sebagai peminat tetapi pada akhirnya peniaga ini seolah-olah meletakkan harapan supaya Diana Danielle dapat membantu bisness mereka.




"Akak saya sudah lama minat akak, teringin sangat nak bagi kaftan, jangan risau pemberian saya ikhlas’. Bila ‘hadiah ikhlas’ itu sampai, dia (peniaga) pun "Nanti ambil gambar banyak-banyak hantar dekat saya tau. Postlah dekat feed dan buat Tiktok sekali dan tag bisnes saya.

Diana Danielle juga turut menegur kepada peniaga supaya mereka dapat menjelaskan niat sebenar ‘hadiah’ yang dihantar tanpa ada sebarang memanipulasi selepas barang itu diterima.




"Ini yang saya maksudkan tidak jelas niat dan manipulasi. Dia menggunakan perkataan hadiah supaya kita rasa alah sweetnya, tetapi dia nak kita kerja pula." tulisnya di IG Story.



Diharapkan teguran yang dibuat oleh Diana Danielle dapat diambil iktibar kepada para peniaga supaya mereka jelas dengan apa yang mereka mahukan daripada para influencer. -CARI

Sumber: Murai.my
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fly_over 9-8-2021 04:01 PM
diam ah..



Quote meah_kelabu 9-8-2021 04:09 PM
susah sngt ke nk berterima kasih?
datang angin weng dia ni mcm mcm2 hal kan
taknak ckp je xnak dr awal
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 04:10 PM
kalau dia ni cas review bape rate nya?
Quote Buritan 9-8-2021 04:13 PM
meah_kelabu replied at 9-8-2021 04:09 PM
susah sngt ke nk berterima kasih?
datang angin weng dia ni mcm mcm2 hal kan
taknak ckp je xnak dr  ...

Aku ni peniaga online jugak.. dan bis aku pun dah libgkup.. adekala aku salahkan peniaga jugak.. terlalu berharap sgtt pd retis utk naikan produk.. ujung ujung di .maki diretis jahh..
Quote Buritan 9-8-2021 04:14 PM
nakkomenjugak replied at 9-8-2021 04:10 PM
kalau dia ni cas review bape rate nya?

Ribulaa sis.. aku pernah dm dia tp no balasan.. bz kot..
Quote fadz84 9-8-2021 04:15 PM
Dah org yg beri tu ckp hadiah.. so jgnlah harap artis tu nk buat mcm2..
Quote harkktuih 9-8-2021 04:19 PM
alah...sama jugak mcm retis buat album, buat filem..pastu bgtau ni hadiah utk peminat yg ternanti2..tapi peminat kena kuar duit gak..
Quote Fly_over 9-8-2021 04:25 PM
retis serba free. dari kawan retis dpt free. dr pniaga dpt free. tp kalau dr retis lain on the spot la post. dr pniaga sempat mroyan dulu
Quote _blackbird 9-8-2021 04:31 PM
tapi betul lah apa dia ckp tu, peniaga ni (profitable organization) kalau declare hadiah biasa utk kurangkan cukai bukan utk marketing naikkan sales. boleh juga gunakan marketing tapi jgn la susahkan atau push org yg dia bg hadiah tu mcm2. peniaga la sendiri berusaha hantar ke artis face to face pastu gi la ambil gambar ke video ke post kat socmed bisness dan tag artis tu bukan suruh artis yg buat a to z. hadiah ko bagi tu pon takda nilai pon dimata artis. peniaga sangkak je buat mcm tu ckp nak bg hadiah pastu sebenarnya nak suruh buat review. kalau nak suruh buat review diskus je lah dengan artis tu nak buat review. kalau dia tamau carilah artis yg ok terima free product utk review
Quote La_Quica07 9-8-2021 04:31 PM
Benda betul, nk suruh review ckp la suruh review. Main kias2 pastu orang tak paham nk maki pulak
Quote Molecularmass 9-8-2021 04:35 PM
_blackbird replied at 9-8-2021 04:31 PM
tapi betul lah apa dia ckp tu, peniaga ni (profitable organization) kalau declare hadiah biasa utk k ...

jgnkan retis aku ni pun selalu kena dgn member yg jual2 barang. kata nak bagi lipstick. ingatkan ke dia saja rasa pemurah nak bagi. tak lama lepas tu mintak gambar ckp nak post kat group fb dia. bila aku ckp aku tak nak dia boleh sound balik ckp dia dah bagi tu hargai sikit pun tak boleh aikkk -.-

org bisnes ni mcm2. kadang tu kuat ambik kesempatan. kalau awal2 ckp nak bagi hadiah tapi nak gambar, baru adil kita nak jWp mcm mana
Quote apedehal 9-8-2021 04:37 PM
harkktuih replied at 9-8-2021 04:19 PM
alah...sama jugak mcm retis buat album, buat filem..pastu bgtau ni hadiah utk peminat yg ternanti2.. ...

Yg ni plg korek!sy suka
Quote Molecularmass 9-8-2021 04:38 PM
Fly_over replied at 9-8-2021 04:25 PM
retis serba free. dari kawan retis dpt free. dr pniaga dpt free. tp kalau dr retis lain on the spot  ...

artis dapat free tapi peniaga guna artis tu utk promo. igt dia nak bGi kat org. biasa mcm kita? jgn harap sbb kita tak boleh bagi sumbangan balik kat bisnes dia
Quote fadz84 9-8-2021 04:38 PM
Molecularmass replied at 9-8-2021 04:35 PM
jgnkan retis aku ni pun selalu kena dgn member yg jual2 barang. kata nak bagi lipstick. ingatkan k ...

Sama cm jenis kawan yg lama x jumpa/lost contact.. tuptup msg ckp nk jumpa lepak.. last2 sibuk promote MLM.. hahaha
Quote Molecularmass 9-8-2021 04:42 PM
fadz84 replied at 9-8-2021 04:38 PM
Sama cm jenis kawan yg lama x jumpa/lost contact.. tuptup msg ckp nk jumpa lepak.. last2 sibuk pro ...

halamak  mlm tu yg rimas
Quote fadz84 9-8-2021 04:44 PM
Molecularmass replied at 9-8-2021 04:42 PM
halamak  mlm tu yg rimas

Terus xde mood masa lpk tu.. hahaha
Quote _blackbird 9-8-2021 04:50 PM
Molecularmass replied at 9-8-2021 04:35 PM
jgnkan retis aku ni pun selalu kena dgn member yg jual2 barang. kata nak bagi lipstick. ingatkan k ...

lagi 1 yg jenis peniaga ham sap, sama2 bisnes org beli dengan dia takda pon minta diskaun. tapi dia lak kalau beli dengan org lain manjang nak diskaun sampai harga modal.
Quote 311gurl 9-8-2021 04:54 PM
dia ni jenis artis suka minta benda free

someone told me that she went to this famous resto dekat t20 area, owner resto tu celebrity la juga n bila waitress bagi bill, dia mcm buat muka pelik

so the waitress bagitau dia manager who then called the owner lah, so terus si DD ni nak bayar.. n owner celebrity tu pun kasi discount

so i mmg rengsa dgn dia ni.. jenis hadap free je
Quote Fly_over 9-8-2021 04:56 PM
Molecularmass replied at 9-8-2021 04:38 PM
artis dapat free tapi peniaga guna artis tu utk promo. igt dia nak bGi kat org. biasa mcm kita? jg ...

ye awak kte paham je konsep tu. cuma kte nak #dengkije dgn retis

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.108968 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top