CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menghitung Hari, Nourul Depp Mula Sayu Nak Tinggalkan Malaysia

5-8-2021 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11585| Komen: 80

Hati penyanyi Nourul Depp mula diselimuti rasa sayu apabila bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Kerana Terluka itu berkongsi pemandangan harian dari unit kondominium miliknya yang menghadap pemandangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower).



Kredit foto:


Dalam perkongsian tersebut, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, meluahkan rasa sedih apabila tidak lagi dapat menikmati pemandangan KL Tower yang dilihatnya setiap hari dari kediamannya.

“Saya akan merindui pemandangan ini (KL Tower). Sedih pula nak tinggalkan unit ini (rumahnya).


“Ini belum lagi pindah negara (Bali). Insha-Allah minggu depan,” tulisnya.

Pada masa sama, Nourul turut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada tanah air dan berharap dapat berbakti pada negara.

“Sayang Kuala Lumpur, sayang Malaysia. Saya harap dapat berbakti kepada negara. Semoga anda semua dirahmati Allah SWT,” katanya.

Mengintai dalam ruangan komen, hantaran penyanyi itu turut mendapat respons daripada rakan artis antaranya penyanyi, Ning Baizura.

” Salam sayang. Semoga perjalanannya selamat. Sayang awak. Nanti kalau ada berkesempatan, saya akan melawat awak walaupun tidak tahu waktunya,” tulis Ning Baizura.

Terdahulu, Nourul mendedahkan bahawa dia bakal berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama keluarganya.

penghijrahan tersebut awalnya dirancang pada tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.



“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak.

“Kami berhasrat untuk masukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran,” katanya.

Katanya lagi, memang impian suaminya untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap selama dua tahun di sana.


Kredit foto: IG Nourul

Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ieqa140388 5-8-2021 03:52 PM
Halahh halahh halahhh yg ni pon {:nose
Quote ilacantik 5-8-2021 03:52 PM
Nanti bila dah di Bali, bolehlah jadi Youtuber pulak. Banyak yg boleh dijadikan content. Jangan acik Nourul meratip tak dapat makanan malaysia pulak, eh tapi acik nourul kan makan western almost hari2.
Quote DayangKirana 5-8-2021 04:07 PM
beso dh anak nye ngan si ajai.
sekali pandang macam muka tok parit pakai wig plak..
Quote midori_katana 5-8-2021 04:08 PM
Iols skrg alergic kalau dengar perkataan sayu, pilu, sebak, menangis semua ni!
Quote Jemahjemah1988 5-8-2021 04:09 PM
Lama-lama okay lah tu.. Rindu balik malaysia sekali sekala
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 04:09 PM
pergi jeleee
bali kottt
cantik tempat nyaaa
dah kat sana, ko akan terasa kaya yaamat
pergi laaa moga semua bahagia

Quote likilu 5-8-2021 04:23 PM
Haritu packing packing kok belum naik sampan pergi pulau tu?
Quote MontanaHannah 5-8-2021 04:25 PM
ko pun kahwin dgn  jantan perancis sengkek xberduit
Quote woven11 5-8-2021 04:25 PM
Lahhh tak pergi2 lagi ke
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:33 PM
sonoknya pergi bali.. hari2 boleh liburan ngan sunbathing
Quote OyenLemas 5-8-2021 04:37 PM
time2 cobid nak pindah. ape2 pun semoga selamat la ye.

kt malaysia ni. walau kes tgh mencanak naik. ok jgk la kalau nak terima rawatan sbg warganegara. indon tuu. moga2 tak kene la ye cobid. terkontang kanting laa hai. kalau duduk sana buat masa sekarang nii. uiii seram uiii
Quote uori 5-8-2021 04:38 PM
aritu bukan beria-ria tak nak sebut dah pasai pindah ke? kekonon nak pindah diam2? dok meratib apalagi
Quote orkidorkido 5-8-2021 04:42 PM
Selamat jalan, semoga bahagia dan tercapai apa dicita
Quote Carcosa 5-8-2021 04:44 PM
Semak, kerak, boyak, berambus lah kak!
Quote Ayda89 5-8-2021 04:59 PM
Best ya berhijrah dok negara lain. Kalau i ada peluang nak jugak. Tapi apa2 pun malaysia tetap di hati gituh
Quote salmon-suki 5-8-2021 05:16 PM
Y pmpuan seksi mcm muka Alicia amin dlm gmbr last tu sapa?
Baidewei,ai tot dia ni dah pindah keluar msia daa .rupenye belum lg yee..sila lah pindah,jgn plak jd mcm retis lain,kemain pindah merata,tup2 negara sendiri jugak dikutuk..
Quote slyfynx 5-8-2021 05:16 PM
Eh, gosip ke mende ni?
Quote djzara81 5-8-2021 05:16 PM
Curious jap. Kat Bali ade sekolah kemahiran apa yg bagus tu? Anak2 dia kecik2 lagi. Kat Msia pon ada good schools…or is it too expensive kat sini compared to Bali? Papepon, good luck acik Nurul. Semoga dpt ketenangan yg dicari tu.
Quote salmon-suki 5-8-2021 05:18 PM
Y pmpuan seksi mcm muka Alicia amin dlm gmbr last tu sapa?
Baidewei,ai tot dia ni dah pindah keluar msia daa .rupenye belum lg yee..sila lah pindah,jgn plak jd mcm retis lain,kemain pindah merata,tup2 negara sendiri jugak dikutuk..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040539 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top