Kerajaan tidak boleh membiarkan aktiviti penyebaran maklumat dan berita palsu berleluasa kerana perbuatan itu mengancam kestabilan negara, keselamatan masyarakat dan perpaduan kaum. Ini dijelaskan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang memandang serius perbuatan itu yang menimbulkan kekeliruan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
“Peningkatan dalam penyebaran maklumat atau berita palsu melalui pelbagai platform media kebelakangan ini telah menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan masyarakat. “Penyebaran ini membabitkan maklumat mengenai pandemik Covid-19, vaksinasi, kesihatan, Proklamasi Darurat, Institusi Diraja, sosial, politik termasuk Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Ketika berhadapan episod pandemik Covid-19, wujud pula lambakan berita palsu tersebar di media sosial. Banyak fakta salah dan sengaja disebarkan terutama mengenai vaksin hingga mencetuskan keraguan, kebimbangan serta salah faham masyarakat,” katanya dalam sidang media secara atas talian, hari ini. Turut bersama, Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek; Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dev Kumar; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek; dan Ketua Pendakwaan / Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Rusdi Mohd. Isa. Menurut Saifuddin, penyebaran berita palsu selalunya dilakukan dengan sengaja oleh individu atau pihak tertentu bagi mencetuskan kecelaruan dan memecah belahkan masyarakat. Sebagai kerajaan, kata beliau, pihaknya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku dan komited mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung daripada terus berulang. “Ketika pihak berkuasa terutama barisan hadapan bertungkus lumus mencegah dan menangani kes pandemik, wujud pula maklumat boleh mencemaskan serta menyebabkan tekanan emosi. “Begitu juga dengan berita palsu dan komen berniat jahat kepada Institusi Diraja, perkauman dan agama yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini perlu dibendung sebelum berleluasa dan menggugat kestabilan masyarakat dan negara. “Hampir setiap minit kita menerima terlalu banyak maklumat berkaitan Covid-19, tetapi tidak pasti kebenaran dan kesahihan berita atau maklumat berkenaan,” katanya. Beliau berkata, kesedaran sivik masyarakat penting supaya tidak menyebarkan berita palsu dan kes itu tidak boleh diselesaikan hanya menggunakan undang-undang atau hukuman semata-mata. Orang ramai juga, kata Menteri itu, perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat yang diterima dengan memastikan kesahihannya menerusi pihak berkuasa seperti Pasukan Respon Pantas (PRP) dan portal Sebenarnya.my. Katanya, kerjasama antara pihak berkuasa dan media juga penting untuk menangkis penularan berita palsu dalam kalangan masyarakat supaya mereka sedar perbuatan itu adalah salah. “KKMM komited dalam menyampaikan maklumat terkini dan benar kepada rakyat supaya tiada yang keciciran dalam mendapatkan sebarang maklumat sepanjang pandemik ini. “Setiap rakyat bertanggungjawab memastikan negara pulih daripada pandemik Covid-19 dan tindakan yang mengeruhkan keadaan melalui penyebaran maklumat tidak sahih menyebabkan usaha dan tenaga semua orang dibazirkan bagi melawan tindakan yang tidak bermanafaat ini. “Saya yakin terhadap kematangan pemikiran masyarakat dalam membuat penilaian berita palsu dan marilah bersama-sama mencegah berita palsu,” katanya. Sumber: MalaysiaGazette
|
Mulotkoyak replied at 22-7-2021 05:03 PM
Kerajaan pun cakap pusing2... Lpas tu nk salah kan media dan orang lain. Haktuihhhh
mbhcsf replied at 22-7-2021 06:21 PM
sebenarnya banyak dah yg tak kisah pasal politik la , semua kisah pasal hal hal kewangan and ekonomi ...
ADVERTISEMENT