Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab, melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media sosial. KKM menjelaskan petikan video tular yang dimaksudkan merupakan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lepas yang berdurasi selama satu minit serta telah disunting dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai. Kementerian itu menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasminya untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.
Sumber: BERNAMA
|
hyie replied at 22-7-2021 05:14 PM
yang gomen kata nak umum pasal kelonggaran untuk yang dah lengkap 2 dos vaksin tu, dah umum ke chuol ...
delia3003 replied at 22-7-2021 06:13 PM
Laki bini PJJ yg lengkap 2 dos vaksin je boleh rentas negeri setakat ni.
delia3003 replied at 22-7-2021 06:13 PM
Laki bini PJJ yg lengkap 2 dos vaksin je boleh rentas negeri setakat ni.
nasbab86 replied at 22-7-2021 06:20 PM
yg ni semua negeri pn boleh ke? or fasa 2 & 3 je?
TomyamPuteh replied at 22-7-2021 06:23 PM
Is there any black and white? Not yet kan.
ADVERTISEMENT