CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tak Semua Artis Berada, Kalau Ya Pun Takat Separa Kayangan Je' - Bell Ngasri

15-7-2021 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4771| Komen: 12

Pelakon, Bell Ngasri tidak menafikan industri seni tanah air merupakan antara bidang profesi yang teruk terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.


Kredit foto: IG Bell


Larangan aktiviti kesenian dan penggambaran sepanjang tempoh ini nyata memberi tamparan hebat buat para penggiat seni termasuklah buat mereka yang bekerja di belakang tabir.

Lantaran itu, Bell merupakan antara selebriti yang turut tidak terkecuali untuk menyokong penuh kempen #ApaKhabarAnakSeni sebagai tanda solidariti buat para pemain industri yang kini mengharungi detik-detik sukar.

Menurut Bell, bukan semua anak seni hidup dalam keadaan serba mewah sebaliknya ada juga yang meratapi nasib sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Katanya lagi, kebanyakkan daripada mereka kini hanya bergantung harap kepada duit simpanan untuk meneruskan kehidupan sehingga keadaan negara kembali pulih nanti.


Dalam pada itu, Bell turut berharap agar pihak berwajib dapat mendengar luahan mereka ini memandangkan anak seni juga merupakan antara penyumbang kepada hasil cukai negara.




“Tanpa bekerja dan kini mengerah segala simpanan, ini kan pula dikerah membayar juga sgala macam jenis cukai..jadi di situlah keluarnya gambar sejenis buah oren ni,” ulasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut melauahkan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan negara dapat kembali pulih dalam masa yang terdekat.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MarioKarts 15-7-2021 05:47 PM
hmmm memang pun
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 05:55 PM
Edited by nakkomenjugak at 15-7-2021 05:56 PM

kalau pekerja2 belakang tabir yaa
pelukis, buskers etc

kalau retis ni mungkin yang sendurinas
Quote doubleharmonic 15-7-2021 06:19 PM
banyak yang retis2 lama lah yang betul2 penuhi tuntutan kerja sebagai anak seni tapi dipandang sendu jah tu sebab payah nak jadi kayo. ko tengok jah jalil hamid haritu tergamak ada yang bagi bayaran ciput 150 hengget jah? pelakon tempelan extra yang super kayu pon entah2 dapat lebih sikit dari tu soooo?
Quote Skuau 15-7-2021 06:29 PM
doubleharmonic replied at 15-7-2021 06:19 PM
banyak yang retis2 lama lah yang betul2 penuhi tuntutan kerja sebagai anak seni tapi dipandang sendu ...


sb tu kena #BoikotCiterKul7..............
Quote fealefea 15-7-2021 06:51 PM
Seniman pon la. Pk kan simpanan hari tua ahli ko tu. Ade kwsp, insurans, tabung rumah. Adakan skim pinjaman, skim kesihatan ke. Jaga la kebajikan staf tu. Contoh cam Janna yg asyuk job je tu, pastikan semua die mencarom ikut peratusan yg berkadaran payment die.
Quote Meiizu 15-7-2021 07:27 PM
dia ni ada je muka kat tv kan
Jenis anggap acting tu job dia bukan sethn muncul 5th hilang
Quote LadyCarefree 15-7-2021 07:42 PM
Ko buat kutip dana la. Tubuh ngo.

Tengok ct pon buat.

https://www.instagram.com/p/CREDc29HfLs/?utm_medium=copy_link

iols tertanya pulak barang apa yg dibeli dgn duit kutipan tu ya?

Barang jualan yg dia tag tu ke? Pastu ada ke beli boct juga untuk diagihkan?
Quote ellejo 15-7-2021 09:45 PM
dia ni banyak job juga bukanla sendu
Quote inspektoremos21 15-7-2021 09:59 PM
Bell tak nak buat kelas lakonan ke? Heols dgn adik2 dia kan berbakat. Baru ni iols tengok lakonan dia yg lama2 terus fikir bila la bell nak berlakon cerita serious sedih2 lagi. Ke ada je skrg ni dia berlakon pegang watak serious tapi iols terlepas pandang?
Quote mohdcrow 16-7-2021 03:06 PM
Kayangan bukan sebab duit jer bell, kabel besar/orang dalam/berpengaruh pun layak jadi kayangan dah
Quote ImpianSeroja 17-7-2021 12:08 PM
Bell banyak job kot..bagus beliyau dr kecik sampai dah umur sebegini masih bertahan dlm industry.. rezeki beliyau
Quote fadzyjemi 17-7-2021 11:49 PM
Rasa bell n wife x terjejas. Yg terjejas pekerja belakang tabir ni. Sbbnya ramai krew yg niaga skang utk survive. Ada yg jual udang galah.. jual kuih muih.. jual frozenfood. Depa ni gaji sehari ada yg rm100 je masa jd krew. Dr zmn tok kaduk sampai skang tu jela thp gajinya. Sedih kalo tgk industri punye payment. Yg payment sedap ni retis2 je.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.251574 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top