CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Dihantar Ibu Bapa Ke Pulau Terpencil Kerana Degil, Selalu Melawan Cakap

14-7-2021 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4835| Komen: 35

Sepasang suami isteri di China sanggup membawa anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun ke sebuah pulau terpencil untuk `memberi pengajaran’ kepada anaknya yang didakwa suka melawan cakap mereka.


Lapor Oddity Central, polis di bandar Weihai berkata, pihaknya dimaklumkan oleh sekumpulan nelayan mengenai kehadiran seorang remaja perempuan di pulau tersebut.



Menurut polis, remaja itu ditemukan di pulau terpencil, kira-kira satu kilometer dari pantai berdekatan.

Katanya, remaja itu meminta bantuan daripada nelayan tersebut dengan mendakwa ibu bapanya telah memaksa dan membawanya ke pulau berkenaan.

Remaja itu juga mendakwa telah merayu beberapa kali kepada ibu bapanya untuk membawanya pulang semula ke pantai.

Jelas polis, selepas tiba di pulau itu, mereka menemukan remaja tersebut bersama ibu bapanya.

Menurut polis, pihaknya mendapati ibu bapa membawa remaja tersebut ke pulau terpencil kerana mahu mendidik anak mereka mengenai kesukaran hidup.


“Ibu bapa remaja itu menyatakan anak perempuan mereka mempunyai tabiat suka melawan, mudah marah, enggan mematuhi arah dan tidak mahu pergi ke sekolah.

“Sudah banyak kali ibu bapanya cuba menasihati remaja perempuan itu tetapi dia tetap degil. Mereka merasakan anaknya mensia-siakan kehidupannya.

“Jadi, mereka terpaksa mengambil langkah drastik dengan melakukan demikian,” katanya. 


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-7-2021 02:44 PM
Tipikal Chinese parenting?
Quote Friska 14-7-2021 02:46 PM
Ndak benar ini, banyak sekali risiko jelek bisa terjadi. Masih bocah lagi, bisa trauma. Ntar udah tua, giliran si anak kirim orang tuanya ke pulau terpencil!
Quote Kurex 14-7-2021 03:00 PM
Dekat atas ni bila nak berhenti berpura2 jadi org indon?
Btw mak bapak dia tak risau ke kalau jadi apa2 dekat anak dia? Tapi kalau nak hantar, hantar sekali jizklongklong. Kalau boleh hantar dekat pulau yg ada gunung berapi aktif
Quote ellejo 14-7-2021 03:01 PM
jap meols nak print kasi anak meols baca.
biasa ugut hantar estet saja.
Quote Skuau 14-7-2021 03:02 PM
balik nanti..dia jadi..'THE GREEN ARROW'....la....
Quote Supersirap 14-7-2021 03:18 PM
Bagus kisah ni, boleh jadikan teladan buat anak-anak kita
Quote Skuau 14-7-2021 03:22 PM
Supersirap replied at 14-7-2021 03:18 PM
Bagus kisah ni, boleh jadikan teladan buat anak-anak kita

lain la kt Msia..kena tegur...terus nak bunuh diri.
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 03:28 PM
ha kooo sampai ke pulau terus.
Quote sfrnna 14-7-2021 03:49 PM
Okayla. Kat Malaysia diorg hantar sekolah tahfiz jahh
Quote pasa 14-7-2021 03:58 PM
dekat china anak tak lebih 1 org pun tak boleh handle..


lain la anak 10 org mcm pakcik kat kelantan keje nelayan tu.

Ummah sana kalau dia buat jalan short cut anjing pun dia makan.
Quote eyansss 14-7-2021 04:06 PM
sfrnna replied at 14-7-2021 03:49 PM
Okayla. Kat Malaysia diorg hantar sekolah tahfiz jahh

pastu bila buat masalah, tahfiz kena kecam...  islam kena kecam...
Quote my_irina 14-7-2021 04:16 PM
Daring parenting skills..harap anak tu sedor parents bebel utk kebaikan masa depan dia juga...elok gak dia buat gitu x spoilt the only child...sebaliknya tegas
Quote pxlbb 14-7-2021 04:26 PM
Dek ko tukar tempat ngan akak dek. Ko ambek laki dan anak2 akak pakej lengkap. Akak runsing ni haa lockdown wfh bagai nak tercabut akal.
Quote nononcrux 14-7-2021 05:22 PM
Skuau replied at 14-7-2021 03:02 PM
balik nanti..dia jadi..'THE GREEN ARROW'....la....

bagus jadi DORA tu ddk bandar pon masih cultivated cara duduk hutan dgn monkeynya hahah
Quote nononcrux 14-7-2021 05:23 PM
Kurex replied at 14-7-2021 03:00 PM
Dekat atas ni bila nak berhenti berpura2 jadi org indon?
Btw mak bapak dia tak risau ke kalau jadi  ...

tu indon ke sabahan? mcm sabah je
Quote nononcrux 14-7-2021 05:25 PM
Supersirap replied at 14-7-2021 03:18 PM
Bagus kisah ni, boleh jadikan teladan buat anak-anak kita

sebenarnya kena jauhkan sosial budak mcm ni, mmg btl la kena ddk tempat terpencil sama-sama ngn parents dia sekali survive hidup tanpa electronic air etc..buat mcm zmn tarzan tu baru tahu nikmat tu mcm mana..nyesal tak nyesal
Quote Megikari 14-7-2021 05:26 PM
Aku tunjuk kat anak aku umur 8 thn artikel ni. Aku cakap kalau malas2 buat kerja sekolah mommy hantar gi pulau macam budak ni. Dia boleh menjawab ni kan pkp, mana ada orang boleh gi pulau. Hampeh
Quote ninja boy 14-7-2021 05:28 PM
Edited by ninja boy at 14-7-2021 05:30 PM

Anak tunggal x bagus, mereka menjadi selfish tamak dan tiada empati kerana tiada sibling utk gaduh berbual tiada tolak ansur kongsi kek
Serupa perangai china mainland yg ai jumpa
Quote Tinot7 14-7-2021 05:48 PM
Megikari replied at 14-7-2021 05:26 PM
Aku tunjuk kat anak aku umur 8 thn artikel ni. Aku cakap kalau malas2 buat kerja sekolah mommy hanta ...

pakcik makcik iols dolu2 gertak sepupu iols.. depa bawak dia pi ke tmpt buang sampah masa tukang angkut sampah tuh mai.. pastu habaq, kalau tak stadi rajin2, nnt end up cenggini.. giteww...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.123546 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top