CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koma Dipukul Suami, Jahidah Dah Separa Sedar

14-7-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4854| Komen: 20

Seremban: "Walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku pada kakak, tapi sudah ada petanda positif apabila bola matanya bergerak dan jari tangannya sudah boleh menggenggam objek," kata Fazariah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang parah disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.


Fazariah, 38, berkata, bagaimanapun Jahidah masih belum boleh mengeluarkan suara sekali gus tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.

Menurutnya, Jahidah kini dijaga rapi adiknya, Fauziah Nordin, 40, di rumah di Bandar Seri Sendayan, dekat sini.


Kredit foto: Harian Metro

"Kakak masih di tahap separuh sedar di mana kedua-dua matanya yang terbuka mula berkelip-kelip berbanding sebelum ini ia hanya statik.


"Tidak banyak perubahan dari segi kesihatannya namun ada pergerakan pada jari di kedua-dua tangannya dan kami memberikan bola kertas untuk dia menggenggam.

"Anggota badan yang lain tidak menunjukkan perubahan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fazariah berkata, kakak sulung daripada tujuh beradik itu kini hanya bergantung kepada bubur dan susu khas yang diberikan melalui saluran tiub.

Katanya, doktor dan kakitangan Pusat Kesihatan Daerah masih terus merawatnya bagi memastikan tahap kesihatannya bertambah baik termasuk keadaan anak sulung yang sedang dikandungnya.

"Daripada maklumat yang diberikan doktor, keadaan anak yang dikandung dalam keadaan baik dan sudah memasuki minggu ke-18.

"Kami sekeluarga akan terus mendoakannya agar kesihatan dia pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sebelum ini," katanya yang berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menyalurkan bantuan RM500 sebulan untuk urusan penjagaan kakaknya itu.

Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma akibat mengalami kecederaan serius di kepala dan tengkorak disyaki akibat dipukul suami, Rosmaini Abd Raof, 38, di rumah mereka pada 4 Mei lalu.

Suaminya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduhan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 14-7-2021 02:28 PM
harap sheols cepat sihat. salah pilih laki, nyawa hampir melayang
Quote None68 14-7-2021 02:36 PM
Lakinya lepas bebas x duduk dlm penjara pun
Quote Friska 14-7-2021 02:40 PM
Aduh kasiannya, sampai koma digebuk suami
Quote primarikey 14-7-2021 02:49 PM
Menyirap je kt laki dia bila baca berita pasal dia ni..
Harap laki dia dilanggar kete dan cacat kekal
Pastu terlantar kt katil jgk cm wifenye
Quote mclaren 14-7-2021 02:58 PM
Edited by mclaren at 14-7-2021 03:42 PM
None68 replied at 14-7-2021 02:36 PM
Lakinya lepas bebas x duduk dlm penjara pun


Kita doa moga akak ni pulih dan tak hilang ingatan agar dapat beri keterangan sabitkan suami dia.

Sekarang walaupun pada kita dah terang suami dia yang buat dia sampai koma, bukti untuk polis caj kat mahkamah tak cukup kot rasanya.

Kita doa cepat dia sembuh, amin.
Quote None68 14-7-2021 03:40 PM
mclaren replied at 14-7-2021 02:58 PM
Kita doa moga akak ni pulih dan tak hilang ingatan agar dapat beri keterangan sabitkan suami dia.
...

Semoga sembuh seperti sediakala, Amin.
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 04:37 PM
tak berbaloinya..
mesti laki tu pandai betul mengayat..
Quote Fortiori02 14-7-2021 05:05 PM
[quote]None68: Lakinya lepas bebas x duduk dlm penjara pun[/quote

Aritu ada terbaca mahkamah bagi jamin 7 ribu kan.

Ada gak orang nak jamin jantan tak guna ni ya.
Quote any42 14-7-2021 05:14 PM
semoga beransur pulih. simpati sgt2 dah la mngsa tgh mngndung.
Quote black_handbag 14-7-2021 05:52 PM
kesiannya..

anak yg dikandung tu semoga jadi anak berguna. 18minggu dah besar tu. jaga mak kamu esok2 ye
Quote naina 14-7-2021 06:05 PM
Aku berharap dan berdoa semoga akak ni cepat sihat semula dan sedar untuk bela nasibnya..geram betol dgn manusia mcmni. Eeiii
Quote Ciktiekus 14-7-2021 08:21 PM
Fortiori02 replied at 14-7-2021 05:05 PM
[quote]None68: Lakinya lepas bebas x duduk dlm penjara pun[/quote

Aritu ada terbaca mahkamah bagi ...

Nak kena sara 3 lagi bini you katanya..tu pasal ikat jamin..
Quote theotherfriend 14-7-2021 08:25 PM
Cepat sihat kak
Quote Fortiori02 15-7-2021 09:42 AM
Ciktiekus replied at 14-7-2021 08:21 PM
Nak kena sara 3 lagi bini you katanya..tu pasal ikat jamin..

Kaka speku 3 bini lg tu pun slalu kena beduk cuma x report je
Quote duri_durians 15-7-2021 11:26 AM
umur 43 ngandung anak sulung.
kesiannya
Quote Reira77 16-7-2021 06:09 AM
Moga lakinya mati slow-slow terseksa dan dimakan gagak. Apa la tibai sampai tinggal separuh nyawa. Moga ada keadilan utk akak ni.
Quote supernaturalee 16-7-2021 07:48 AM
Ape yg mrh sgt smpi bantai separuh mati bininya
Jgn nk kata msk sayur asam x masuk belacan plk ye
Quote xpdckelate 16-7-2021 07:54 AM
kalu tak suka lepaskan la elok2..pi bantai sampai nak mati tu dh kira kes cubaan membunuh....jamin 7k je lahai..malaysia oh malaysiaku
Quote xpdckelate 16-7-2021 07:56 AM
supernaturalee replied at 16-7-2021 07:48 AM
Ape yg mrh sgt smpi bantai separuh mati bininya
Jgn nk kata msk sayur asam x masuk belacan plk ye  ...

kadang2 alasan tak logik pun boleh jadi

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.237240 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top