CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Suka Orang Label Saya Hero Tua" - Fikry Ibrahim

13-7-2021 02:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6110| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Andai masih berkecimpung dalam industri lakonan meski lanjut usia, Fikry Ibrahim enggan dilabel sebagai hero tua.


Kredit foto: IG


Berkata kepada Kosmo, dia yang berusia 27 tahun akui sedar akan berusia sama seperti barisan pelakon senior lain.

"Saya tertanya-tanya juga kerana isu hero tua ini berkait dengan saya. Andai suatu hari saya akan sampai ke tahap itu (berusia), saya tidak suka orang melabel saya sebagai hero tua.

"Hero adalah hero dan usia adalah usia. Jika kita tidak menghargai bakat orang lama bagaimana industri lakonan tempatan mahu berkembang.

"Nanti apabila usia sudah mencapai angka 60 tahun maknanya sudah cukup, pencen dan tidak perlu berlakon? Sebagai pelakon saya bimbang akan kedudukan saya pada masa depan," katanya.


Kredit foto: IG


Tegasnya, tidak wajar pelakon senior dipandang sebelah mata, sebaliknya mereka harus dihormati kerana pengalaman diperoleh mereka.

"Saya tahu dan sedar, memang tidak boleh menjadi jutawan jika bekerja sebagai pelakon melainan mereka memiliki perniagaan atau kerjaya lain

"Rata-rata mereka yang terus kekal dalam industri hanyalah kerana minat dan mahu lakonan mereka memberi manfaat kepada orang lain," ujarnya.




Siapa pelakon kita hari ini yang digelar hero atau heroin tua? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 13-7-2021 03:14 PM
tua akan sentiasa kita dekati
Quote tupaiterbang 13-7-2021 03:35 PM

Ko siapa dikkk?
Tak penah tgk ko berlakon jadi hero pun hatta sebagai tempelan


Quote makneng 13-7-2021 04:38 PM
Jangan in denial dek.. Embrace it wpun kau hakikatnya muda lagi.. Old is gold.
Quote rospinki 13-7-2021 04:48 PM
Dont feel old or young my boy ..just live your life as what it is. Let them wonder how old are you and why you run like a cheetah and fly like an eagle..a ke an? Present past tense?
Quote lavendernovella 13-7-2021 05:25 PM
Fikry Ibrahim : How he became the most famous actor in Malaysia

Ni dik, tajuk ni yang patut jadi cita2 ko satu hari nanti. Patut jadi tajuk artikel utk ko.
Quote Minami2013 13-7-2021 05:49 PM
Omg.. i suka novel ayahanda tu.. begitu masuk kejiwa masa baca. Looking fwd nak tgk cerita ni sambil2 mengimbau memori i pasal novel tu.

Anyway, fikri ibrahim byk berlakon drama mike ang. So tak tau level cabaran watak yg dia boleh bawak. Knowing mike ang kayu kayan pun boleh berlakon asal ada rupa.

Quote LadyCarefree 13-7-2021 06:52 PM
Hero kertu kepam
Quote hyie 13-7-2021 07:12 PM
heshe wangi dan hemsem. Cuma iols rasa heshe ni jenis panas baran, berdasarkan susur galur jugak...
Quote slyfynx 13-7-2021 07:58 PM
Rata-rata mereka yang terus kekal dalam industri hanyalah kerana minat dan mahu lakonan mereka memberi manfaat kepada orang lain


Confuse aku jap. Maybe lakonan boleh jadi contoh kat orang lain kot. Or menghiburkan penonton.
But frasa memberi manfaat tu mcm x berapa kena
Quote ElizabedahTan 13-7-2021 08:14 PM
who r yius.
Quote ashilalat 13-7-2021 08:25 PM
Ingatkan dia nak ulas org mengata dia nampak tua dari usia lantas digelar hero tua..
Quote cicicumel 13-7-2021 08:26 PM
Dia ni bukan ke menang show pelawak.. Dah x jd pelawak ke?
Quote edayildiz 13-7-2021 08:34 PM
dia muda lg kan awat nampak tua..xfhm..
kesian jgk org yg nmpk tua dr umo ni..genetik kot
Quote totokreturn. 13-7-2021 08:49 PM
dia ni mesti ada bulu dada
Quote akuHavocczz 13-7-2021 10:05 PM
Baru 27 pun dah sendu. Berangan lah kalau masih diterima di usia tua nanti.
Quote jiwakacau06 13-7-2021 10:17 PM
hyie replied at 13-7-2021 07:12 PM
heshe wangi dan hemsem. Cuma iols rasa heshe ni jenis panas baran, berdasarkan susur galur jugak...

btl...nmpk dia pns baran...dh ada kes ckp xserupa bikin... Michael ang rsa dh blacklist nama dia dlm production
Quote samshik 13-7-2021 11:10 PM
Minami2013 replied at 13-7-2021 05:49 PM
Omg.. i suka novel ayahanda tu.. begitu masuk kejiwa masa baca. Looking fwd nak tgk cerita ni sambil ...

Bkn baru ni die ada gaduh ngn mikel ka??
Quote bintangct 14-7-2021 12:28 AM
Minami2013 replied at 13-7-2021 05:49 PM
Omg.. i suka novel ayahanda tu.. begitu masuk kejiwa masa baca. Looking fwd nak tgk cerita ni sambil ...

hari tu iols tertengok kejap drama ni.. mcm kelakar plak sb jalil hamid tak ckp loghat utara tp anak2 semua ckp utara Depa dok gaduh dlm rumah sekali dgn si fikry ni
Quote Minami2013 14-7-2021 07:06 AM
samshik replied at 13-7-2021 03:10 PM
Bkn baru ni die ada gaduh ngn mikel ka??

Ya, ada baca bergaduh. Sbb tu agaknya lepas tu dia sunyi sepi kan tak de berlakon. Ni baru muncul balik.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.107003 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top