CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 Kali Kecundang, Fiza Halim Tergamam Dilamar Duda VIP

4-7-2021 11:19 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 133111| Komen: 741|Original author: Oleh: LilRose

"Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima."

Tiga kali gagal dalam perkahwinan, Fiza Halim mengakui belum memikirkan soal kahwin dalam tempoh terdekat kerana masih serik.


Kredit foto: IG

"Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan," katanya kepada BH Online.

Bekas anggota kumpulan Elite itu bagaimanapun mendedahkan dia tergamam apabila dilamar seorang jejak VIP.

Bingung dengan situasi itu, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim berkata, dia bimbang salah percaturan kerana tidak mahu melalui fasa sama.


Kredit foto: IG


"Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi.

"Kalau perkara sama berlaku, saya juga dikecam biarpun soal perceraian adalah di luar kawalan diri.

"Ogos depan, umur saya menginjak 40 tahun. Bukan masa untuk saya main-main lagi termasuk dalam soal cinta. Saya bukan muda lagi," katanya.

Bercerita mengenai jejaka berkenaan, dia merupakan seorang duda yang memiliki rangkaian perniagaan sendiri dan berusia lingkungan 50-an.

Katanya, ada kenalan menasihatkan supaya berkahwin dengan lelaki berusia dan memiliki kehidupan stabil. 

"Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh.

"Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit," katanya.

Hasil perkahwinan pertama dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin sebelum bercerai pada 4 November 2010, dia dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. 

Perkahwinan kedua dengan Adam AF pada September 2013 juga tidak bertahan lama sebelum berkahwin dengan juruterbang berstatus duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016.


Kredit foto: IG

Hasil perkahwinan ketiganya, mereka dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun sebelum ikatan perkahwinan terlerai pada Julai tahun lalu.

Siapalah jejak VIP yang melamar Fiza itu? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 4-7-2021 11:29 PM
cantik anak-anak dia.
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 11:44 PM
Laku keras nampaknya...Moga bertemu jodoh yg sesuai dan berkekalan hingga ke jannah
Quote mawarika 4-7-2021 11:50 PM
Anak kau cantik.. aku ni otak jahat tau.. tak percaya dgn lelaki bernama bapak tiri.
Quote Cece1234 5-7-2021 12:05 AM
Jaga jela anak2 tu..dahla comel..
Quote matjerk 5-7-2021 12:20 AM
Jgn cari lelaki berada pijah oiiiiii...
Tapi cari laki yg x kedekut....
Kalau berada tapi kedekut piang...hang jugak merana..x boleh pegang duit sendiri..
Penah tgk x movie all money in the world..
Quote matjerk 5-7-2021 12:20 AM
Jadinya anak2 mu ni.. berbintikan lain2 bapa ka?
Quote Capoicapoi 5-7-2021 12:22 AM
matjerk replied at 5-7-2021 12:20 AM
Jgn cari lelaki berada pijah oiiiiii...
Tapi cari laki yg x kedekut....
Kalau berada tapi kedekut  ...

Setuju sangat
Quote sharlenetexas 5-7-2021 12:23 AM
Tergamam bingung tapi mahu
Quote edayildiz 5-7-2021 12:27 AM
ank dia helok semua
Quote edayildiz 5-7-2021 12:31 AM
i kan selalu tny diri sndiri..camna perempuan yg janda byk kali ni cuba adapt ngn laki baru..kalau tkr laki setakat dua kali tu normal la kn..kalau 3 ke atas tu..xpnt ke nk kena berdebar tiap kali mlm pertama..nk kena blushing awl2 kawwn..nth la i xkawwn lg..i tnya jer
lg plak ank pun binti lain bapak..mcm kazen i..ank dia 4 org..semua bapak lain
Quote HappyGumbira 5-7-2021 12:40 AM
lawanya anak2 sheol.muka xjemu pandang
Quote belacan_gurl 5-7-2021 12:48 AM
mawarika replied at 4-7-2021 11:50 PM
Anak kau cantik.. aku ni otak jahat tau.. tak percaya dgn lelaki bernama bapak tiri.

Kannn ...aku pun sama....pak tiri bahaya hoiiiii ...pls lah... anak2 dahla cantik2 belaka
Quote lofar11 5-7-2021 01:05 AM
mawarika replied at 4-7-2021 11:50 PM
Anak kau cantik.. aku ni otak jahat tau.. tak percaya dgn lelaki bernama bapak tiri.

Dia cerai dgn laki 1st tu pun sbb dia kantoi curang kan, anak2 dia mmg Dato Farriq tu yg jaga, dia jumpa anak dia sebulan sekali je. Bapak budak2 tu pun tahu Ex bini jenis kaki jantan. Kesian anak 3thn tu la, mesti masa cerai last year bdk tu baru setahun lebih. Kesian nya
Quote NonaNaga 5-7-2021 01:08 AM
Dimana Adam AF...hehe
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 01:35 AM
haihhhh tuah(?) orangggg. janda lawa still ada yang nak.
aku andartu kucing belakang rumah pun tak nak dekat
badi kuat bebeno
Quote Jiyongie88 5-7-2021 01:37 AM
Cepatnya nk kawen lg. Tk bosan ea kawen cerai.
Quote awenda507 5-7-2021 02:43 AM
Ringan jodoh fiza ni
Bertukar ganti
Quote anony-mous 5-7-2021 02:50 AM
Untung nya jd org cantik. Bodoh pon bodoh la
Quote cmf_premierleag 5-7-2021 02:53 AM
Dah nk masuk 4 series baru nk pikir cari jantan stable???
Abih selama ko hidup ni x pernah fikir psl future ke?
Tau nak berseronok je hinggap ke satu jantan ke jantan lain?
Harap lelaki2 budiman yg kaya raya kt luar sana tu tolonglah google dulu psl betina ni sblm decide nk kawen dgn dia ni

Lihat semua komen(741)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top