CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Maut Ditikam Ibu Takut Dijangkiti Covid-19

26-6-2021 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2471| Komen: 15

Description: Seorang ibu tergamak menikam anak perempuannya sebanyak 15 kali dengan pisau hanya kerana takut anaknya ‘tinggal berseorangan’ jika dia mati akibat Covid-19.
Seorang ibu tergamak menikam anak perempuannya sebanyak 15 kali dengan pisau hanya kerana takut anaknya ‘tinggal berseorangan’ jika dia mati akibat Covid-19.

Sutha Sivanantham, 36, menikam mati anak perempuannya, Sayagi, 5, di dalam bilik tidur di rumah mereka di selatan London sebelum dia mencederakan diri sendiri pada 30 Mei tahun lalu.



SAYAGI mempunyai kesan tikaman pada perut, dada dan leher. - PA

Menurut suami Sivanantham, isterinya terlalu risau jika dia dijangkiti Covid-19 dan perintah berkurung yang dilaksanakan ‘memburukkan situasi’.

Ketika dihadapkan di mahkamah semalam, Sivanantham menafikan pembunuhan itu, namun mengakui melakukan ‘pembunuhan atas rasa tanggungjawab’.

Sivanantham yang tinggal di United Kingdom (UK) sejak 2006 sering mengadu ‘rasa sakit misteri’ selama hampir setahun sebelum dia membunuh anaknya.


Pendakwa raya memaklumkan, wanita itu mempunyai kebimbangan melampau bahawa ‘dia sakit teruk dan akan mati’.

Pembunuhan yang dilakukan Sivanantham terbongkar selepas dia ditemukan berlumuran darah oleh jirannya.

Polis dikerah ke lokasi kejadian dan menemukan mayat sayagi atas katil. Kanak-kanak malang itu ditikam pada bahagian leher, dada dan perut.


SUmber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 26-6-2021 03:10 PM
Kesian nya budak ni
Quote Kurex 26-6-2021 03:11 PM
Ayooo aci.. tekanan ke?
Quote ImpianSeroja 26-6-2021 03:29 PM
Sedihnya
Quote mclaren 26-6-2021 05:36 PM
Lahhhh kesiannya. Comel budak tu and nampak cerdas.
Maknya mental probelm ni. Else takkan sangguo tikam anak.
Quote Firenzza 26-6-2021 05:38 PM
Mcm la jangkit kobid mcm kena bom nuklear
Quote amira_adlina 26-6-2021 06:14 PM
Masalahnye kalau ank dia jangkit covid persen sembuh lebih tinggi dari dia bunuh terus mati
Quote amira_adlina 26-6-2021 06:16 PM
Owh baru fhm dia risau dia yg kne covid masalahnye boleh sembuh kot kalau dia kne covid dari ko bunuh ank ko lagi la xsyg ank ape da
Quote Skuau 26-6-2021 07:07 PM
igt dh pergi London....adala berubah...mmmm....sama gak...
Quote shernazz 26-6-2021 07:08 PM
Comel.tu anak.dia
Quote Belibis 26-6-2021 08:08 PM
amira_adlina: Masalahnye kalau ank dia jangkit covid persen sembuh lebih tinggi dari dia bunuh terus mati

Bukan risau anaknya kena kobit,tapi risau kalau dia mati sebab kobit,anknya tiada orang nak jaga.
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 04:25 AM
haiyooo yennaaaa! whats wrong wif u??? why mesti ur doter??? {:freak
Quote batu kikir 27-6-2021 07:29 AM
Heran kenapa dia tak bunuh dirinya sendiri
Quote borrow 27-6-2021 07:34 AM
Comel budak tu. Siannya.

kebimbangan melampau = ni sakit mental . Anxiety. Mmg bahaya la.  Mebi hari2 sheols dok imajin apa jd pd anaknya jika ditinggalkan. Kena dera , buli ,rape etc. Biasalah klo fkir akibat buruk , tp klo hari2 dok pk camtu , dh mcm berzikir , lama2 akan jd racun.

Mcm diabetes , bukannnya after makan ayaq tin , trus sakit diabetes. Tp sbb amalan makan tetiap hari. Sekali sekala tak pa. So ai think sesetgh penyakit mental juga bermula dari amalan pemikiran negatif setiap hari.

Quote Artemesiaa 27-6-2021 09:30 AM
Stress tekanan melampau membunuh.  Tak bunuh diri dibunuh pulak orang dekat dengannnya.
Quote supernaturalee 27-6-2021 10:56 AM
Skuau replied at 26-6-2021 07:07 PM
igt dh pergi London....adala berubah...mmmm....sama gak...

It's in their genes
Pegi lh ke hujung dunia ke bln sekalipun

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054119 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top