CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPM (Hal Ehwal Agama) Ambil Tindakan Lebih Tegas Tangani Isu LGBT, Hina Islam

25-6-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2774| Komen: 19

Description: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force hari ini bagi menangani isu LGBT mewujudkan Pelan Tindakan Sosial Islam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ...
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force hari ini bagi menangani isu LGBT mewujudkan Pelan Tindakan Sosial Islam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Selain JAKIM, mesyuarat task force tersebut turut disertai oleh agensi-agensi lain iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Gambar hiasan

Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuki Shaary berkata, mesyuarat telah bersetuju untuk melaksanakan tindakan yang tegas secara bersepadu dalam menangani isu mempromosi gaya hidup LGBT khususnya di media sosial.

“Mesyuarat hari ini turut bersetuju untuk melaksanakan tindakan dengan segera satu lagi isu iaitu penghinaan agama secara umum. Ini menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam menangani masalah-masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Mesyuarat task force akan mengambil langkah mengenal pasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu.

Hasil mesyuarat itu juga mencadangkan pindaan kepada Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan terhadap mana-mana orang Islam yang menghina agama Islam dan melakukan kesalahan jenayah syariah lain dengan menggunakan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi.

“Menghasilkan satu SOP atau garis panduan bertulis secara komprehensif dan menyeluruh mengenai tatacara mengendalikan aduan bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Katanya lagi, Jun dianggap sebagai bulan Gay Pride di mana gerakan LGBT di seluruh dunia termasuk di negara ini sedang mempromosikan gaya hidup mereka secara terbuka, sama ada melalui perarakan atau media massa teramsuk media sosial.

“Justeru kita mendapati ada pihak tertentu yang memuat naik status atau grafik yang menghina agama Islam di media sosial tertentu dalam usaha mereka mempromosikan gaya hidup LGBT,” kata beliau.

Beliau menambah, di media sosial tertentu misalnya, tiada tapisan langsung terhadap kandungan video-video yang berkaitan dengan hubungan sejenis yang giat disebarkan.

Sexual grooming terhadap kanak-kanak bawah umur yang didakwa telah dilakukan oleh seorang transgender di media sosial individu itu, yang mungkin boleh menjurus kepada perlakuan pedofilia, tidak pula diperjuangkan oleh kumpulan aktivis LGBT.

“Ia menunjukkan betapa mereka bersikap double standard hanya kerana memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka,” selar beliau. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 25-6-2021 01:05 PM
Jangan berlembut sangat kat LGBT ni. Bagi hukuman dan pemulihan yang dapat menyedarkan golongan ni. Jangan terus rosak dan jadi kudis dalam masyarakat.
Quote MontanaHannah 25-6-2021 01:06 PM
Kenapa bodoh ????????????

Kalau negara ini nak ambil tindakan terhadap LGBT sudah lama boleh bertindak !

Mengarut sahaja

negara kita negara lafeer lahanat

xperlulah malu mengaku begitu

marilah kita berbogel beramai sambil ukur bulu poen siapa paling panjang atau jubor siapa paling mantap
Quote lurve82 25-6-2021 01:11 PM
Dkt twitter tu selalu trending lgbtq…hari tu tertgk plak series halstan kat netflix..
Quote Nnasda53 25-6-2021 02:18 PM
Dia punya nak ambil tindakan sampai dah beranak pinak golongan ni.
Makin bersepah ada la.
Quote doubleharmonic 25-6-2021 03:24 PM
mampu ke? nak tangkap bamjat sekor tu pon tak lepas?
Quote Decaffeinated 25-6-2021 05:32 PM
Tindakan apa yang ko nak ambik?

Mohon spesifik sikit target tu. Kalau nak tangkap pondan cakap la pondan. LGB is everywhere ya...
Get real
Quote pyropura 25-6-2021 05:35 PM
Jakim?? Wuahahahah hahahah hahahah....next aje lah
Quote ReginaGeorge 25-6-2021 07:02 PM
Sampai bercucu bam jat... Takkan ada tindakan punya. Meeting jer banyak buat perabih duit rakyat.
Quote MissYouSayang 25-6-2021 07:09 PM
Mansuh je la jakim ni.ganti dgn jkom plak.sume mende terlepas.daging haram terlepas, bamjat terlepas, nikah campur  terlepas sekali si mentega tu pun terlepas g cikcur umah ctcaras
Quote Adrif 25-6-2021 07:44 PM
setuju!

tapi satu je.. bila tengok pihak-pihak berkuasa yang terlibat, terus hmmm..
mampu ke diorang ni.. takut hangat-hangat tahi ayam.

ada usaha, tapi takde tindakan
takut jadi macam tu je
Quote MarissaOberlin 26-6-2021 12:45 PM
disebabkan ponen sekor dua buat pasal habis semua orang susah. Macam mana hakak nak cari makan? tibahh. tah la u ols. ummah lgbtq ni setiap ceruk ada. antara dalam almari atau pun almari ku runtuh jua sajorhhh. Apa-apa pun protection is a must kerna dirimu begitu berhargerrr
Quote tripleid 26-6-2021 04:20 PM
Sambang kari je lah kan..sajat sorang tu pun nk tangkap x dapat2
Quote kikihana 26-6-2021 04:28 PM
......."Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuki Shaary berkata, mesyuarat telah bersetuju untuk melaksanakan tindakan yang tegas secara bersepadu dalam menangani isu mempromosi gaya hidup LGBT khususnya di media sosial"......


Yes pls do! makin melampau geng2 LGBT nih.bole bekerjasama dgn SKMM etc. untuk sekat semua acc media sosial yg dh ke arah tu i.e sajat and the gang
Quote SPACENUT 26-6-2021 06:31 PM
Saya rasa baik tumpukan kes kes bapa yang tak bagi nafkah kat anak bini dulu...kalau keluarga tu bermasalah lagi la budak-budak senang terpedaya /diambil kesempatan dan buat hal yang tak berfaedah...
Quote pyropura 26-6-2021 06:42 PM
Sajat pondan pon tak mampu nak tangkap
Quote brownstone 26-6-2021 06:47 PM
Pondan influencer jota2 di IG, follower diorang dah convert jadi pondan berjemaah ke??? Aku rasa sedozen pun tidak.

Tapi moslemah berniqab bangga rentas negeri, tentu2 ramai yg ngikut...mana lebih berat???

Haritu puan hajah kita officiate product launch hijab kat night club...tunggu masa je kita tgk hijabista tonggang arak pasni.....

Dasar betina serkup tudung konon Islami, tapi perangai macam kapir lahanat, Jakim tak nak amik tindakan pula?

Hijab dia kalis tindakan kot? Patut la ada org ikut jejak buat macam2 perangai...pakai tudung, mengongkek laki org. Pakai tudung, isap dadah. Pakai tudung, mengeji polis.

Tu semua tak mencemarkan Islam???
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 04:28 AM
sembang yenna. pergi tangkap bamjat tu haaa then we talk
Quote TOPwind 27-6-2021 11:23 AM
kononyalah mcm buat kerja- Bontotkuali dan tongkang hina Islam tak berani ambil tindakan diam je membisu  tapi kuasa ada pangkat ada gelaran pun ada,tapi bisu je mcm patung.

Quote Orix 27-6-2021 11:26 AM
Hahahaha. Si haziq yg terang2 mengaku bersumpah mengunyit dgan semburit xde pulak ko nk tgkap khuenst

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.188933 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top