CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beranak Kutip Sayur Tepi Jalan Alas Perut

25-6-2021 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6635| Komen: 67

Description: Hanya makan bubur sehari sekali dan kutip sayur-sayur di tepi jalan.
Hanya makan bubur sehari sekali dan kutip sayur-sayur di tepi jalan.

Itu rutin yang dilalui seorang ibu tunggal di sini sejak dua tahun lalu selepas hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


R Suganthi, 53, berkata, keadaan itu terpaksa diharungi bersama anak perempuannya, M Lalithambiga, 33, akibat kesempitan hidup dan wang.



Dia yang kini hidup menumpang di rumah rakan mengakui pada mulanya malu untuk meminta bantuan, namun terpaksa merayu keprihatinan orang ramai selepas tidak lagi sanggup melihat anak perempuannya yang menderita sakit tulang belakang tidak makan dan minum.

“Sepanjang dua tahun ini, kawan-kawanlah yang banyak bantu, ada yang beri duit dan ada juga belikan barang dapur untuk kami dua beranak makan, jadi dengan bekalan makanan itulah kami berjimat.

“Kami makan hanya satu kali sehari, itu pun bubur nasi kosong yang dicampur dengan bawang dan cili goreng, biasanya kami akan makan lewat dalam jam 4 ke 5 petang supaya dapat alas perut sampai ke malam,” katanya ketika ditemui pemberita lapor Sinar Harian di Ipoh pada Khamis.


Suganthi yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kolej swasta berkata, oleh kerana tidak mempunyai wang bagi membeli keperluan dapur, dia hanya mengutip tumbuhan yang boleh dijadikan sayur di tepi-tepi jalan sekitar rumah.

“Selagi boleh bertahan, saya akan bertahan… sebenarnya saya tidak kisah kalau saya tak makan, tetapi bila mengenangkan keadaan anak yang sakit tidak makan, hati saya sedih, rasa seperti ibu yang tidak berguna,” katanya.

Dia berkata, anaknya pernah terlibat dalam kemalangan pada 2011 lalu hingga mengakibatkan hilang ingatan dan memberi kesan sampingan terhadap kesihatannya sehingga tidak mampu untuk bekerja.

Katanya, dia berharap ada pihak sudi tampil membantu terutama menyediakan rumah sewa untuk dia dan anaknya tinggal lebih selesa.

“Selepas diminta keluar dari rumah sewa dulu, saya tinggal di rumah rakan, kebetulan rumah itu mahu dijual tetapi belum ada pembeli, jadi saya tinggal di sana.

“Selepas itu, rakan saya tawarkan duduk di salah satu rumahnya di Ipoh, sudah enam bulan kami tinggal menumpang di sini, selepas ini tidak tahu ke mana pula arah hidup kami,” katanya.

Keperitan hidup keluarga berkenaan mendapat perhatian Yayasan Era Suria (YES) dan Srikandi Perak yang hadir menyampaikan bantuan kewangan dan barangan keperluan dapur.

Pengerusi YES Perak, Nor Raidah Awang berkata, keluarga itu telah menghubungi pihak yayasan pada Rabu memaklumkan bahawa mereka telah terputus bekalan makanan.

“Kami mengambil inisiatif menyediakan barangan seperti beras, sardin, gula, tepung, roti dan mihun bagi memastikan mereka dapat makan,” katanya
 
Hadir sama, Ketua Srikandi Perak, Puteri Holijah Muhamad Rali.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 25-6-2021 11:51 AM
Ramainya yg terjejas..sejak pulak rasanya
Quote mclaren 25-6-2021 11:54 AM
Ni memang betul susah ni. Sebelum ni pun kerja guard je,berapa sangatlah gaji.
Bubur perlukan beras yang sikit dan air yang banyak so that volume nampak banyak. Sampai kutip tumbuhan tepi2 jalan ni.
Harap cerah masa depan soon.
Quote Artemesiaa 25-6-2021 12:00 PM
Itulah realitinya harap sesiapa yang nak sangat pkp dilaksana semula tu pakat2 let bantu mereka yang dalam kesusahan sekarang ni.
Quote chandrahusin 25-6-2021 12:03 PM
hari2 ada berita yg sedih
sebak plk rasa hati
yg tred sblh suami dh kemurungan
yg kelmarin kurung bini
semoga Allah cepat angkat ujian ni
& kita kembali hidup seperti biasa
Aamiin
Quote krustykrab 25-6-2021 12:32 PM
Kalau ada yg pertikaikn lagi knp sampai x de duit nk beli beras aku x tau dah nk ckp apa...mohon cuci hati dgn cuka...
Ni la yg dok ckp biar mati kebulur dr mati krn kobid
Quote Skuau 25-6-2021 12:51 PM
222 MP dan semua ADUN tiap sorang sumbang rm2-rm3k setiap bulan...sudah memadai tuk bantu orng susah seluruh negara....Tapi yg kita tengok belum ada yg buat....@kesemua ahli politik yg canang depa lebih baik drp lwn...walhal 2x5 jer bab Ringgit Msia ni.
Quote MontanaHannah 25-6-2021 12:58 PM
Aku xkesian


Quote LadyCarefree 25-6-2021 01:43 PM
mclaren replied at 25-6-2021 10:54 AM
Ni memang betul susah ni. Sebelum ni pun kerja guard je,berapa sangatlah gaji.
Bubur perlukan beras ...

Boleh cucuk tanam dah tu. Kangkong, bayam brazil mudah tumbuh kan?
Quote supernaturalee 25-6-2021 01:43 PM
X mention plk jkm dlm tu

Apply ni sister
Sukarelawan kt PPVC

www.myvac.com.my

Sape2 kenal blh lh pnjgkn ni

Quote sehirkedi 25-6-2021 01:52 PM
Sedihnya.. Harap ada pihak yg berkenaan untuk bantu dua beranak ni untuk bertahan dan teruskan kehidupan. Jangan beri bantuan sekali dua pastu yilek.
Quote Lengkong 25-6-2021 02:03 PM
Harap adalah yang sudi bantu



Quote edee_91 25-6-2021 02:05 PM
krustykrab replied at 25-6-2021 12:32 PM
Kalau ada yg pertikaikn lagi knp sampai x de duit nk beli beras aku x tau dah nk ckp apa...mohon cuc ...

betul point kau.
Quote brego 25-6-2021 02:09 PM
Edited by brego at 25-6-2021 02:38 PM

kalau AGONG betul prihatin pada rakyat,
tamat kan lockdown ni secepat mungkin.

more people will suffer from suicide, depression and mental illness,
than stupid kobid.
Quote brego 25-6-2021 02:19 PM
krustykrab replied at 25-6-2021 12:32 PM
Kalau ada yg pertikaikn lagi knp sampai x de duit nk beli beras aku x tau dah nk ckp apa...mohon cuc ...

exactly. yang cakap tu pun spesis yang tido/work from home.
hujung bulan dapat gaji full
apa yang cibai2 ni tahu pasal perut lapar dan anak2 yang teriak nak makan/susu.

PKP lockdown 8 tahun pun dia tak kisah.
cukup lepas tembolok sendiri, orang lain pedulik apa.

Quote Kitty_catz 25-6-2021 02:20 PM
LadyCarefree replied at 25-6-2021 01:43 PM
Boleh cucuk tanam dah tu. Kangkong, bayam brazil mudah tumbuh kan?

ha brazillian spinach tu dlm pasu boleh, kut takde pasu deme buh dlm botol2 kosong , senang je idop, nak makan pun mcm2 cara, buat ulam pon boleh

daun bawang pun senang je idop nya, ketumbar pun tabur je bijik ketumbar.. ni smer dlm pasu je pun...


nak dgn tak nak je
Quote krustykrab 25-6-2021 03:37 PM
Edited by krustykrab at 25-6-2021 03:38 PM
Kitty_catz replied at 25-6-2021 02:20 PM
ha brazillian spinach tu dlm pasu boleh, kut takde pasu deme buh dlm botol2 kosong , senang je ido ...


Tak mudah jgk nk menanam ni ...iol rmh teres tp tanah dpn rmh limited dgn cahaya matahari yg sipi2 sb jiran sblh pi buat binaan, pokok x blh nak hidup sgt, bayam brazil asik kna kekah je, pokok cili kna bena, tomato x menjadi wpun dah sembur2, bayam merah, pakchoy kailan semua kemetot je sbb tak kna cahaya, nk makan pun x selera tgk, ketumbar pun tak hidup2 ..baja berjenis beli, tanah pun beli jgk..semua tu gunaa duit bukna free..
Lg pun kalau kita blh mkn sayur itu ini, tak semestinya org lain pun suka..yg elok naik daun pudina je, takkn hari2 nk makan pudina je..
Quote any42 25-6-2021 03:42 PM
Kesiannya. ank pulak sakit xmmpu nk sama2 mmbntu cri rezeki
Quote tripleid 25-6-2021 03:58 PM

Nak buat pulak RANGKA Pemulihan yang lain?

Selama ini 3 kali PKP, berkali-kali PKPB, PKPD & PKPP tu dah kira gagal la yer..

Rangka Pelan-Pelan, Rakyat Pon Dah Jadi Rangka..

#KerajaanGagal

Kredit: Kartunis Haili






















Quote KIM.K 25-6-2021 04:11 PM
Edited by KIM.K at 25-6-2021 04:23 PM

Dah jadi makanan forum berita camni.

Aku susah jap haritu, kebulur dekat 3 bulan ada makan tapi tak meminta..pastu dah makan cuma 24/7 tak kenyang. Malas nak cerita kat forum sebab kesusahan macamni fasa je. Ada masa kejadiannya camtu terutama resam berhutang. Lagipun aku masa senang dah jalan2 dan shopping.

Kejadian kebulur ni sebab aku dah burn out mental emosi masa tu still kerja. Selain tu business reputation jatuh, branding damaged sebab fitnah. Berlaku lak masa MCO lagi berhutang kargo dgn orang. Masa ni diam2 happy2 buat branding n packaging baru.

Alhamdulillah niat nak bayar hutang vip dah settle. Vip cina tu ajak jadi biz partner, dia cakap kalau susah kenapa tak minta tolong. Aku cakaplah kalau susah saya mesti settle sendiri dulu. Senanya aku takut berhutang dgn vip lama2..dia sangat kaya. Walaupun dia baik sangat, aku takut tersadung masa desperate. Takda duit nak bayar, so bayar dengan apa pulak. Seram memikirkan hutang tersebut.

So sapa2 yg tengah kebulur tersepit tu, jangan terjun bangunan lagi. Sebab kelaparan ni adalah fasa. Yang mana Rasulullah dah demonstrate macamana nak tahan situasi tersebut. Yang penting masa tu kita usahakan sesuatu, sbb time tu kita jadi kuat. Belajarlah berlapar sebab zaman dah tiba kan.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076281 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top