CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih Naik Bas Untuk Pecahkan Mesin CDM Bank Guna Absorber Kereta

24-6-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1878| Komen: 9

Cubaan seorang penagih dadah merompak wang dengan memecahkan mesin deposit dan pengeluaran tunai (CDM) di sebuah bank di Lintang Bukit Penara di sini gagal selepas dia diberkas polis malam tadi.



Kejadian jam 9.40 malam itu disedari penolong pengurus bank susulan sistem penggera bank berkenaan berbunyi sebelum pengadu menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, tindakan pantas anggota polis tiba di lokasi berjaya menahan lelaki terbabit.

Sebaik tiba di lokasi, katanya, anggota polis mendapati suspek berusia 39 tahun itu sudah memecahkan bahagian luar mesin tersebut menggunakan absorber (penyerap hentakan) kereta.



“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati suspek melakukan jenayah itu seorang diri dan dia gagal melarikan sebarang wang susulan hanya bahagian luar mesin tersebut dirosakkan.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek yang masih bujang itu tinggal di Daerah Timur Laut dan datang ke Balik Pulau menaiki bas untuk melakukan jenayah tersebut,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di lokasi kejadian lewat malam tadi.

Tambah Kamarul Rizal, suspek dipercayai berada dalam pengaruh dadah ketika melakukan jenayah tersebut.



“Semakan juga mendapati suspek tidak bekerja selain mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Berdasarkan siasatan awal pihak kami tidak menolak kemungkinan suspek bertindak sedemikian atas tekanan hidup, namun siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan,” kata beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan 427 akta yang sama. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 24-6-2021 11:52 AM
Xpasal2 ke dalam..
Jenis taik dadah mmg payah.
Quote primarikey 24-6-2021 11:55 AM
Awal sgt nk merompak pn..baru 9.40 mlm..staff pn ada yg x blik lg
Quote xpdckelate 24-6-2021 11:55 AM
tgh high buat keja
Quote Skuau 24-6-2021 12:08 PM
rompak duit pastu beli dadah....2 kerja.....napa tak terus rompak dadah...tu bnyak2....buat bekal...hingga ke ujung nyawa.....
Quote Artemesiaa 24-6-2021 12:36 PM
Kalau dah taik dadah apa pun sanggup dilakukan akhirnya menyusahkan diri sendiri dan keluarga
Quote Kurex 24-6-2021 01:08 PM
Taik dadah
Quote white_musk 24-6-2021 01:13 PM
Nak makan dadah sangat rompak sajalah penjual dadah tu...
Quote Simunggu 24-6-2021 01:20 PM
budak budak sekarang senang terpengaruh dgn dadah, online gamming, semua mengerjakan duit ibubapa sampai ribuan ringgit 1 minggu
Quote kerunai 24-6-2021 01:27 PM
kesan positif bila auto moratorium tak diberi pastu ko kurung rakyat tak bagi kuar


haram jadah punya gomen

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.162749 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top