Teruk Prof Muhaya dihentam berikutan kenyataannya mengenai punca wanita lewat bertemu jodoh. Video tular pakar motivasi yang juga pakar mata itu turut mencuri perhatian pelakon popular Ben Amir.
Melihat reaksinya di Twitter, Ben kurang setuju dengan kenyataan Prof Muhaya yang menyifatkan kaum Hawa tidak perlu berusaha menyaingi dan melebihi kaum Adam kerana mereka cenderung meminati wanita yang lembut dan lemah. Katanya, hanya lelaki lemah takutkan wanita hebat dan bijak. Malah, ia akan membuat dia sebagai seorang lelaki untuk keluar dari zon selesanya.
Begitupun, Ben sebelum ini memaklumkan masih belum bertemu bakal calon yang melengkapi ciri-ciri idamannya iaitu seorang wanita yang tidak ego. Ada ke wanita bijak dan berkerjaya yang tidak ego serta boleh mengetepikan pandangan sendiri seperti dicari-cari Ben itu? - CARI
|
bakingsoda replied at 10-6-2021 04:38 AM
sembang la kau! perempuan kalau yg bijak dan berkerjaya hebat jarang ye tak ego, yg tu biasa jenis l ...
imransulaiman replied at 10-6-2021 04:31 AM
So, Muhaya ni kategori wanita hebat atau wanita bodoh?
ADVERTISEMENT