CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bawa Watak Tiada Jiwa,”- Nadhir Nasar Tegur Rakan Pelakon Ambil Banyak Job

10-6-2021 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3539| Komen: 9

Description: Pelakon baharu, Nadhir Nasar menegur tindakan segelintir rakan seangkatannya yang gemar mengambil dua atau tiga tawaran berlakon sekali gus mengganggu kualiti kerja mereka.
Pelakon baharu, Nadhir Nasar menegur tindakan segelintir rakan seangkatannya yang gemar mengambil dua atau tiga tawaran berlakon sekali gus mengganggu kualiti kerja mereka.

Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 25, berkata, perkara itu akan menjejaskan kerja mereka sekiranya tidak berjaya 'memisahkan' watak-watak tersebut sehingga kelihatan tidak mempunyai jiwa.

Foto: IG

"Saya tak gemar bila ada beberapa pelakon baharu yang tidak mengambil serius akan bidang lakonan dan tak beri all out bila berlakon.

"Malah ada juga yang ambil dua atau tiga job sekali gus... kalau you rasa tak boleh handle, cuba fokus pada satu-satu job dahulu agar karakter dan lakonan yang dibawakan itu sampai kepada penonton.


Walaupun baharu dalam bidang lakonan, lakonan Nadhir mendapat pujian ramai pihak.



"Fame is not everything, untuk jadi pelakon yang bagus kena ada skills yang bagus," katanya ketika dihubungi mStar.

Nama Nadhir mula menjadi perhatian selepas lakonannya dalam drama siri Projek: Anchor SPM mendapat pujian ramai biarpun baharu sahaja setahun terlibat dalam bidang lakonan.

Pelakon yang mengagumi bakat Beto Kusyairy dan Bront Palarae ini juga berpendapat kelas lakonan yang dianjurkan aktres Nabila Huda adalah satu inisiatif bagi memberi kesedaran kepada pendatang baharu tentang realiti industri lakonan sebenarnya.



Nadhir berkata kelas sebegitu sangat penting agar pelakon generasi baharu sepertinya tidak terlalu dibuai dengan kemasyhuran dunia glamor semata-mata.

"Saya tahu Nabila Huda ada buat kelas lakonan secara percuma baru-baru ini, bagi saya ia satu langkah yang bagus untuk buka minda pelakon-pelakon baharu sekarang.

"Saya tahu saya pun masih setahun jagung dalam industri, tapi saya sendiri pernah berhadapan dengan pengalaman bila pelakon baru masuk set tak ready apa-apa.



"Bagi saya ilmu lakonan yang diajar pelakon senior memang sangat perlu dan berguna untuk pelakon baharu supaya mereka tahu yang berlakon ini menuntut komitmen yang tinggi, bukan sekadar nak glamor muka keluar tv sahaja," ujarnya.

Graduan jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini memulakan langkahnya dalam bidang seni selepas memenangi gelaran Hero Remaja 2020. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-6-2021 10:54 AM
dah sendu la tu...
dia jeles aniq dapat job banyak...
aniq tu herlok dik...

kau pun bukannya tak herlok harap2 boleh start melukis dan jual lukisan supaya dapat kumpul duit untuk buat pembedahan plastik di hatyai. yang pasti masa melukis tu takmau gigit2 berus lepastu sambung stroke lukisan sampai ke maghrib gigit2 berus...
Quote tagas 10-6-2021 11:43 AM
Juara hero remaja yg nerd selekeh2
Quote bakingsoda 10-6-2021 11:51 AM
aku tak follow hero remaja jd sekadar tgk gambar pemenang aku rasa eleh muka camni pon juara kewww? lepas tengok projek anchor spm dia agak charming jugak ye
Quote Skuau 10-6-2021 11:53 AM
xpe dek..udh konsep drama/filem Melayu..'tengok artis berlakon' pon....semua citer 'kayu' ,kul 7.
Quote nazzse 10-6-2021 12:07 PM
whoareyus budak ni?
Quote EjenAlisya2 10-6-2021 01:50 PM
Lakonan dia berjiwa ke. Tak memorable cite apa. Boleh sapa2 tolong?
Quote oggy 10-6-2021 02:02 PM
Aku suka dia ni dalam Projek Anchor tu.. oklah walaupun kayu2 sikit, kira oklah utk pendatang baru. Drama lain aku taktau sbb aku jarang tgk drama. Aku rasa budak ni boleh pergi jauh.
Quote whimsicalmusic 10-6-2021 02:16 PM
dudaberhias replied at 10-6-2021 10:54 AM
dah sendu la tu...
dia jeles aniq dapat job banyak...
aniq tu herlok dik...

Hahahaha aku tao sape tu..smbil melukis gigit berus usap rambut dpn cermin pastu snap gmbr..smpai maghrib br siap kan? Hhahahah
Quote September14 10-6-2021 02:18 PM
Kkdg juri kna amek kira rupa jgkla nk bg menang hero.. aniq atau merqeen tu lbh semegah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050036 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top