CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 13 Ketika Selamatkan Diri Dari Kebakaran

10-6-2021 11:56 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4302| Komen: 16|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Sebuah video memaparkan insiden seorang wanita cuba menyelamatkan diri dari kebakaran, lalu jatuh dari tingkat yang tinggi tular di media sosial.




Sebuah video memaparkan insiden seorang wanita cuba menyelamatkan diri dari kebakaran, lalu jatuh dari tingkat yang tinggi tular di media sosial.

Pada mulanya, ramai menyangka kejadian berlaku di Malaysia memandangkan tertulis perkataan KL Subang, tetapi ia sebenarnya berlaku di China.



Foto :Twitter


Menurut pengguna Twitter, video tular di TikTok itu di percayai berlaku di Chongqing China yang menyaksikan mangsa berusia 23 tahun terbabit cuba keluar dari tingkap rumahnya di aras 13, tetapi gagal berpaut menyebabkan dia terjatuh.



Foto :Twitter

Foto : Twitter

Netizen turut mencadangkan agar setiap rumah pangsa atau kondominium dibekalkan dengan alat pemadam api agar kejadian begini boleh dielakkan.

"Thats why fire fighting extinguisher mesti di pasang dn ada dlm setiap rumah lagi2 condominiums atau flat sbb tidak ada peralatan kebakaran seperti hose reels atau wet riser di setiap tingkat dlm bangunan."

Jadi, walaupun kejadian bukan di Malaysia, iktibar yang boleh diambil adalah menyediakan alat yang memudahkan komuniti dan pihak bomba mengawal kebakaran atau kejadian tidak diingini. Ada cadangan lain? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 10-6-2021 12:13 PM
Aduhai kecut perut tgk ke bawah tu..
Quote ~boolean 10-6-2021 12:24 PM
siapa yang letak KL subang ni? geografi fail ke..KL bukan kat subang, subang bukan kat KL
Quote Buritan 10-6-2021 12:29 PM
~boolean replied at 10-6-2021 12:24 PM
siapa yang letak KL subang ni? geografi fail ke..KL bukan kat subang, subang bukan kat KL

Subang kat kelantan koh koh.. ape hal daa.. itu pun tak tau
Quote Buritan 10-6-2021 12:30 PM
Ayoyoooooo ... moga dijauhkanlaa bende cengfinunn
Quote AbukRokok 10-6-2021 12:37 PM
rumah apartmen flat kondo malaysia semua style dapur depan sebelah pintu...dapur terbakar kau nak lari mana ikut tingkapla
Quote darkness 10-6-2021 12:37 PM
Apasal fitnah berleluasa gila nih..kau nak harap ada kejadian begini betul2 berlaku dekat malaysia ka apa
Quote dodolgemok 10-6-2021 12:51 PM
Tulis KL Subang cmtu je pon terus disebar serata dunia. Mmg pemula berita palsu ni otak senget kaki nak perhatian yah!
Quote slyfynx 10-6-2021 01:05 PM
Aku cukup pantang yang pandai2 suke buat cerita kejadian kt Malaysia.
Bodo ko nk takut2kan orang dpt ape
Quote merrissa 10-6-2021 01:06 PM
kesiannya...if stay mati terbakar...lalu mati terjatuh...sedihnya

Quote mejaputih 10-6-2021 01:10 PM
wanita tu terjun atau terlepas jatuh ye? sbb tangan dia sebelah je bergayut...mcm dah nk terlepas...sian dia...
Quote whadda 10-6-2021 02:29 PM
Eee seriau tengok time terlepas tu
Quote Artemesiaa 10-6-2021 03:45 PM
Dok rumah tinggi2 macam ni eloklah ada pemadam kebakaran.  Paling2 pun kena tahu cara mudah nak padam kebakaran kalau tak ada alat pemadam kebakaran macam guna towel basah tutupkan pada tempat yang terbakar tu.  Alat pengesan asap pun elok dipasang sama.
Quote any42 10-6-2021 04:01 PM
kental hati btul tukang rekod klau i xmmpu nk tgk real mcm tu.
mngsa mungkin xdpt nk bpaut lama kot panas haba api dgn asap lg. rumah bwh tu mungkin org dah lari kluar klau x mngkin bleh try tlong mngsa turun ke tingkap bwh ke kot.
Quote sukacactus 10-6-2021 04:37 PM
Lps dia keluar tingkap tu terus aku pause
Xsanggup nengok dia terjatuh, kesian
Quote uori 10-6-2021 04:52 PM
nyeri ngilu semua rasa
Quote matchstick 10-6-2021 05:35 PM
Kesian nye..tak dpt bayangkan perasaan dia masa berpaut kt balkoni tu..mesti rasa helpless sgt takde sape dpt bantu wpun ramai yg tgk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046515 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top