CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Je Buka Berapa Bulan, Erni Zakrie Dan Syamel Terpaksa Jual Kedai Makan

10-6-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5332| Komen: 19

Description: Baru dibuka Disember lalu, penyanyi Ernie Zakri dan suaminya Syamel mendedahkan kedai makan Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak sudah pun dijual.
Baru dibuka Disember lalu, penyanyi Ernie Zakri dan suaminya Syamel mendedahkan kedai makan Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak sudah pun dijual.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, keputusan itu dibuat bukan disebabkan terjejas dengan perintah kawalan pergerakan PKP sebaliknya mengalami masalah dengan rakan kongsi.


Foto: IG

"Kafe tu lama dah kitorang jual, ada la sebab-sebab tertentu, isu di mana kami tak boleh bekerjasama dengan a few partner kami, jadi kami ambil langkah untuk jual kedai itu.

"Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ni masa PKP masih berjalan lancar juga," katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Gundah itu berkata, biarpun dalam keadaan pandemik Covid-19, dia dan suami masih tidak terjejas teruk berikutan masih mempunyai perniagaan lain.



"Dari segi kerjaya semua terpaksa dihentikan sementara tunggu lockdown ni.

"Kalau nak kata survive tu, Alhamdulillah walaupun duduk di rumah, kami masih buat program-program bekerja dari rumah.

"Sekarang ni kami usahakan keropok lekor crispy frozen, dan permintaan dari pelanggan pun semakin banyak, walaupun tak boleh keluar rumah ini la yang kami jalankan," ujarnya.

Sementara itu, menyentuh perkembangan peribadi, Ernie bersyukur dapat melalui fasa 'berkurung' di rumah bersama suami.



"Alhamdulillah selepas berkahwin segalanya dipermudahkan, syukur sangat, kami dah settle down, sebelum ni agak kelam-kabut.

"Sebab kes makin tinggi kami prefer untuk duduk di rumah dan bersyukur ada kawan masa lock down ni, ini lah benda yang paling baik kita lakukan untuk duduk di rumah sehingga kes menurun," ujarnya.



Ernie dan Syamel disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu lalu di Bayswater @KLCC, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-6-2021 11:02 AM
as expected... haritu lagi forumer dah komen bagitahu jangan buka cafe, confirm tak tahan lama mana. lagi2 kalau retis yang buka cafe ni. banyak tanggungjawab untuk buka cafe, bukan sekadar partner tu je kononnya ada masalah dengan rakan kongsi. padahal memang nak terkambuih
Quote helicornia 10-6-2021 11:10 AM
dudaberhias: as expected... haritu lagi forumer dah komen bagitahu jangan buka cafe, confirm tak tahan lama mana. lagi2 kalau retis yang buka cafe ni. banya ...

haha iols la salah sorang yg komen gitu. akhirnya jd nyata.btw iols tertarik dgn ayat theyols syukur dh kawin sebelum lockdown at least ada kawan berkurung di rumah. mmg stres lock down sorang2
Quote sarah82 10-6-2021 11:19 AM
helicornia replied at 10-6-2021 11:10 AM
haha iols la salah sorang yg komen gitu. akhirnya jd nyata.btw iols tertarik dgn ayat theyols syuk ...

Betul.. Huhuhu..
Quote wanawina 10-6-2021 11:22 AM
meols baca kalau retis buka kafe ke jual produk mesti tak berapa laku dan akan banyak komen tak sedap.
Quote ffbeauties 10-6-2021 11:36 AM
Sleeping partner yang cuma sumbang duit tak ke mana biasanya.
Quote tipahketipung 10-6-2021 11:36 AM
takde sale ler tu..
Quote bakingsoda 10-6-2021 11:39 AM
not so se-table afterall
Quote ImpianSeroja 10-6-2021 11:40 AM
Gudluck untuk Ernie n Syemel.xde rezeki bisnes cafe cuba bisnes lain plak
Quote Kitty_catz 10-6-2021 11:45 AM
Bila retis nk menega…

Rentikan lah.. bukan smorang boleh menega esp if baru nk up.. acer test market bukak payung gerai tepi jalan dulu.. kut sedap, ada je customers, baru le pikir next step

Ni bancuh air pun tak sedap gamonya , tambah2 time cobid2 neh.. angpa bodo ka apa?
Quote Kitty_catz 10-6-2021 11:46 AM
dudaberhias replied at 10-6-2021 11:02 AM
as expected... haritu lagi forumer dah komen bagitahu jangan buka cafe, confirm tak tahan lama mana. ...

The biggest mistake is to hv a business partner..
Quote Suchi 10-6-2021 11:46 AM
Aritu org dah nasihatkan dah kan? Nak bukak cafe ni kena ada passion dan pokus situ je.
Ada artis yg bukak cafe nampak cam bertahan pun sbb depa dah tak nyanyi/ berlakon lebih byk luangkan masa kat cafe tu cth cam si pazli tu.
Kalau jenis kuarkan modal je pastu ko sibuk ngn kerjaya seni ko mmg payah ler nak bertahan.
Quote solarlunar 10-6-2021 12:52 PM
La bru ritu forumers dok speku. Mmg tutup sungguh.

Katanya kedai Anak Antoo Penang pun kt sini.
Quote katnissE 10-6-2021 01:39 PM

Jual ke tutup?

Sekarang ni bukan musim orang nak ke kedai sebab kedai tu kedai retis.  

Masa mula bukak of courselah orang pergi walaupun dalam PKP, lepas tu tuan kedai pun dah tak ke kedai...jadi sleeping partner saja.  Susahlah nak survive.
Quote umbut 10-6-2021 01:43 PM
Rita royan dulu pun ada bukak kedai mkn kan.. Pun kejap je dah katup.. Nora pun katup.. Fasha saloon pun katup. Apa lagi yg katup
Quote dheya_hanna 10-6-2021 01:45 PM
Nak bisnes nie popular je tak cukup.. Kena ada ilmu jugak.. Klu just bergantung dkt popularity or main ikut trend je mmg hangat2 chicken shit je la x kan bertahan lama..
Quote macikkohijau 10-6-2021 01:47 PM
Kedai dia depan kedai nanaz tu kan. Sebelum ni selalu nampak kat ig story nanaz syamel beli nasi
Quote Kancilkering 10-6-2021 04:19 PM
better lah tutup….nanti jadik macam naz jjcm…kesian juga dengar sebab covid19..dia kene tutup…duit simpanan dia burnt gitu je….
Quote LadyCarefree 10-6-2021 04:24 PM
Qiemkepampropa makin maju katanya
Quote naina 10-6-2021 04:29 PM
Cantik la dia lepas pakai tudung dan kawen
Dulu masa freehair mekapla gah cmne PON baju mahai cmne PON tetap ada yang tak kena kat mata aku. Nampak tak cantik. Skang wayyyyy better

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062690 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top