CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Norman Imbau Kenangan Pertama Kali Bergandingan Dengan Erra 20 Tahun Lalu

10-6-2021 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7014| Komen: 38

Description: Bagi yang pernah menonton filem berjudul Pasrah, sudah pasti mengenali dengan watak hero filem tersebut, Hafsham yang dilakonkan Norman Hakim.
Bagi yang pernah menonton filem berjudul Pasrah, sudah pasti mengenali dengan watak hero filem tersebut, Hafsham yang dilakonkan Norman Hakim.

Berkongsi cerita, pelakon tampan berusia 43 tahun ini mengimbau kenangan saat digandingkan buat kali pertama bersama primadona alaf baru ini menerusi filem yang diterbitkan lebih 20 tahun lalu.



Kredit foto: IG Erra/Norman

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon mendedahkan, dia ketika itu berasa kagum dengan semangat serta komited yang ditonjolkan bintang berkenaan.

“Bila imbau kembali kenangan apabila bergandingan dengan Erra Fazira, saya rasa sangat seronok dapat bergandingan dengannya dalam satu naskhah.

“Pengalaman berlakon bersamanya juga sangat mudah dan kami berdua ada keserasian bersama bila di hadapan lensa.

“Selain memiliki bakat besar, Erra bagi saya merupakan pelakon yang komited dan kerja kerasnya dalam dunia lakonan boleh dipuji,” katanya.


Norman yang dicungkil bakatnya menerusi Pencarian Hero Remaja juga mengakui sikap kerja dimiliki Erra boleh dijadikan panduan buat pelakon baru.

“Ini antara satu sikap yang saya kagum mengenai Erra dan patut dijadikan contoh kepada pelakon lain juga,” katanya kepada MH.



Terdahulu, Norman menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan oleh Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EjenAlisya2 10-6-2021 01:23 PM
Yelahhhh tu. Padahal normiang SS. Pastu yebbi lak dikatakan kembar ratu. Maka disauknya la dia khuenss
Quote bulalof 10-6-2021 01:23 PM
euuuwww perasan......
Quote katnissE 10-6-2021 01:29 PM
EjenAlisya2 replied at 10-6-2021 01:23 PM
Yelahhhh tu. Padahal normiang SS. Pastu yebbi lak dikatakan kembar ratu. Maka disauknya la dia khuen ...

Sejarahnya begitulah.
Waktu tu semua tahu tentang tu.


Quote makadek 10-6-2021 01:30 PM
Tp kn kalau norman ng erra dedolu ...anak2 pn lawo kot
Quote ezacbee 10-6-2021 01:35 PM
Nampak miang lagi
Quote MontanaHannah 10-6-2021 09:39 PM
sunggu laaaa ,kalau nak kenang  kenangan ko dgn abby org akan ingat  kisah laki bini bergaduh bawah pokok

serupa beruk



Quote stania83 10-6-2021 10:05 PM
norman hakim ni diana daniel pon dia nak try, padahal  pnh belakon jadi bapak dd
Quote slyfynx 10-6-2021 10:28 PM
So dengan ini nk kene lupe lah episod langgar SOP?
Quote makcun14 10-6-2021 10:41 PM
Dah ada bini muda, siap sampai bercerai berai ngan yebby pun masih mengharapkan ratu yach.
Cinta matik sungguh.
Quote Rogue98 10-6-2021 10:46 PM
Geli aku tengok dia ni...teringat kes khalwat dgn anak dara orang...siap lari panjat bumbung...ntah apa2...skrg berlagak mcm suami ayah mithali ...kumpul ramai2 langgar sop...haprak punye artis.
Quote likecandy 10-6-2021 10:50 PM
Entahlah, I x pernah suka lakonan si NH ni
Muka pon geli nak tgk
Lagi2 ada kes tangkap khalwat
Skrg acah good2
Quote Paiya 11-6-2021 01:40 PM
acah acah bapa mithali padahal..
Quote eely_shana 11-6-2021 10:04 PM
Filem pasrah
Quote imanjannah 11-6-2021 10:19 PM
kino aku pasrahhhh...
Quote md_nana 12-6-2021 10:10 AM
MontanaHannah replied at 10-6-2021 09:39 PM
sunggu laaaa ,kalau nak kenang  kenangan ko dgn abby org akan ingat  kisah laki bini bergaduh bawah  ...

hahahahha klu x silap abby pki baju pink.. hehe masa tu bkn sbb memey. rasanya farahdya kalau x silap
Quote ImpianSeroja 12-6-2021 01:37 PM
Nak jugakkk imbau mengimbau...hmmm
Quote ninnamina 12-6-2021 01:40 PM
Rogue98 replied at 10-6-2021 10:46 PM
Geli aku tengok dia ni...teringat kes khalwat dgn anak dara orang...siap lari panjat bumbung...ntah  ...

Betul ni geli kalau teringat kisah khalwat dia…
Quote supernaturalee 12-6-2021 04:48 PM
Kenangan dgn eizlan dgn tokey bas xnk kenang ke
Impression Klu x silap

Ku diburu kau diburu or something liriknya
Sesuai dgn dorg

Quote rosannazmia 12-6-2021 04:54 PM
sgt dia nih.... Punya baik dia ni kesian kan anak dara org bg bdk tu tido kat 'tingkat bawah' bangunan pjbt dia.. Bdk tu siap heret tilam, yelah melarat sgt dia taim tu..khanz..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.195041 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top