CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Hadir Vaksinasi Sebab Terpengaruh Berita Palsu

31-5-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1587| Komen: 3

Terpengaruh dengan berita tidak benar benar dan tidak menyemak aplikasi MySejahtera antara alasan 10,000 penduduk di negeri ini tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pahang.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, itu antara alasan diterima selepas pihaknya mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu daripada pihak berkaitan.


Kredit foto: BH Online

Menurutnya, terdapat segelintir penduduk yang mendakwa mereka terlupa, selain tidak menyedari lokasi, masa dan tarikh janji temu vaksin yang diberikan menerusi aplikasi MySejahtera.

"Saya dimaklumkan ada dalam kalangan warga emas telah mengubah fikiran untuk tidak disuntik kerana terpengaruh dengan berita tidak benar tentang vaksin.

"Perkara (berita tidak benar) ini telah disebarkan ahli keluarga atau sahabat atau yang tular di media sosial," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasminya pada malam Ahad.


Sebelum itu, Wan Rosdy berkata, mengenai isu peratusan ketidakhadiran vaksinasi yang berada pada tahap tidak memuaskan di PPV Pahang.

Jelasnya, daerah Raub merekodkan sebanyak, 45 peratus; diikuti Pekan, 43 peratus; Maran 40 peratus; Bera, 28 peratus; Bentong dan Jerantut masing-masing 22 peratus.

"Di daerah Temerloh, 18 peratus; Rompin 17 peratus; Kuantan, 15 peratus; Lipis, 14 peratus; dan Cameron Highlands, 9 peratus," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Pahang akan terus mendapatkan maklum balas daripada rakyat Pahang berhubung isu ketidakhadiran janji temu suntikan vaksin.

Tambahnya, semua pihak perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap imuniti kelompok (herd immunity) dengan segera.

"Perkara ini hanya boleh tercapai jika sebahagian besar kita telah disuntik vaksin dan ia secara tidak langsung dapat memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, " katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 1-6-2021 10:01 AM
tk bole nk salahkan org tua yg tk reti nk semak apoinmen kt mysejahtera tu. kkm kena ambil tindakan mesra rakyat spt call. iols kenal sorang prominent person pangkat tansri terlepas apoimen sbb tk tau kena check kt myaejahtera{:give
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:05 AM
helicornia replied at 1-6-2021 10:01 AM
tk bole nk salahkan org tua yg tk reti nk semak apoinmen kt mysejahtera tu. kkm kena ambil tindakan  ...

Wak yiddin semalam dah umumkan segala asset negara (transportations) dari beca ke kereta kebal akan dikerahkan ke kampong kampong serta pendalaman utk bawa warga senja dan penduduk yg ada isu mobility utk dihangkut ramei ramei kepusat vasinasi......


Kudos....


Kahkahkahkahkah
Quote zetty1978 1-6-2021 10:01 PM
Eh .. kt Pahang dorang x contact ke penerima vaksin ni utk ingatkn? Parents aku both kt Sel dpt sms utk appointment vaksin .. lps tu few days before vaksin call nk kompem pg ke x .. a day before vaksin call lg bgtau suruh rancang masa kn dtg setgh jam b4 time appointment utk vaksin .. so brape kali call dorang bg utk suruh dtg vaksin ..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058633 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top