CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1096|Reply: 3

Tak Hadir Vaksinasi Sebab Terpengaruh Berita Palsu

[Copy link]
Post time 31-5-2021 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Terpengaruh dengan berita tidak benar benar dan tidak menyemak aplikasi MySejahtera antara alasan 10,000 penduduk di negeri ini tidak menghadiri janji temu suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pahang.


Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, itu antara alasan diterima selepas pihaknya mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu daripada pihak berkaitan.




Kredit foto: BH Online




Menurutnya, terdapat segelintir penduduk yang mendakwa mereka terlupa, selain tidak menyedari lokasi, masa dan tarikh janji temu vaksin yang diberikan menerusi aplikasi MySejahtera.


"Saya dimaklumkan ada dalam kalangan warga emas telah mengubah fikiran untuk tidak disuntik kerana terpengaruh dengan berita tidak benar tentang vaksin.


"erkara (berita tidak benar) ini telah disebarkan ahli keluarga atau sahabat atau yang tular di media sosial," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasminya pada malam Ahad.


Sebelum itu, Wan Rosdy berkata, mengenai isu peratusan ketidakhadiran vaksinasi yang berada pada tahap tidak memuaskan di PPV Pahang.


Jelasnya, daerah Raub merekodkan sebanyak, 45 peratus; diikuti Pekan, 43 peratus; Maran 40 peratus; Bera, 28 peratus; Bentong dan Jerantut masing-masing 22 peratus.


"Di daerah Temerloh, 18 peratus; Rompin 17 peratus; Kuantan, 15 peratus; Lipis, 14 peratus; dan Cameron Highlands, 9 peratus," katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Pahang akan terus mendapatkan maklum balas daripada rakyat Pahang berhubung isu ketidakhadiran janji temu suntikan vaksin.


Tambahnya, semua pihak perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencapai tahap imuniti kelompok (herd immunity) dengan segera.


"erkara ini hanya boleh tercapai jika sebahagian besar kita telah disuntik vaksin dan ia secara tidak langsung dapat memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, " katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tk bole nk salahkan org tua yg tk reti nk semak apoinmen kt mysejahtera tu. kkm kena ambil tindakan mesra rakyat spt call. iols kenal sorang prominent person pangkat tansri terlepas apoimen sbb tk tau kena check kt myaejahtera{:give
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 1-6-2021 10:01 AM
tk bole nk salahkan org tua yg tk reti nk semak apoinmen kt mysejahtera tu. kkm kena ambil tindakan  ...

Wak yiddin semalam dah umumkan segala asset negara (transportations) dari beca ke kereta kebal akan dikerahkan ke kampong kampong serta pendalaman utk bawa warga senja dan penduduk yg ada isu mobility utk dihangkut ramei ramei kepusat vasinasi......


Kudos....


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh .. kt Pahang dorang x contact ke penerima vaksin ni utk ingatkn? Parents aku both kt Sel dpt sms utk appointment vaksin .. lps tu few days before vaksin call nk kompem pg ke x .. a day before vaksin call lg bgtau suruh rancang masa kn dtg setgh jam b4 time appointment utk vaksin .. so brape kali call dorang bg utk suruh dtg vaksin ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087373 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list