CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari KL Ke Kelantan-Dua Lelaki 'Kantoi' Rentas Negeri Guna Borang Palsu

31-5-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2477| Komen: 11

Bentong: Dua lelaki ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan, semalam, kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pegawai dan anggota bertugas menahan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh dua lelaki berusia 25 dan 34 tahun.

"Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Tanah Merah, Kelantan.

"Ketika diperiksa, anggota mendapati dokumen perjalanan rentas negeri kedua-dua lelaki terbabit meragukan dan disyaki dipalsukan," katanya hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, polis juga percaya cop dan tandatangan Ketua Polis Balai yang meluluskan surat itu disyaki dipalsukan.

"Pegawai yang bertugas menghubungi balai polis yang mengeluarkan permit pergerakan untuk pengesahan.

"Semakan mendapati nombor siri pada borang rentas negeri itu tidak wujud dan tiada sebarang permohonan permit pergerakan dibuat kedua-dua lelaki terbabit," katanya.



Foto: Harian Metro

Zaiham berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau berkata, sehingga 29 Mei, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan tujuh individu kerana pemalsuan dokumen borang rentas negeri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 31-5-2021 09:49 AM
Borang rentas Dr balis polis sini Tak der pun no siri..cuma print Kat kertas kuning je
Quote genUmi 31-5-2021 10:02 AM
benci orang2 macam ni


so pentingkan diri


harap denda max
Quote ultra78 31-5-2021 10:05 AM
Apabila ramai sangat orang menipu, ini menyebabkan permohonan orang yg ada genuine reason ditolak oleh polis.
Quote Kurex 31-5-2021 12:28 PM
Kau dgn family sangkak no class nilopak 2kali5 jah...
Quote NataliaLuiz 31-5-2021 12:41 PM
Polis mmg check every detail, siap call lagi tau. Jangan main2, nak menipu!
Quote ciklahcuteII 31-5-2021 12:41 PM
sb pa merentas negeri.. aku kat kb pun x berani nk rentas daerah.. duk je kat umah baik baik.. paling paling pun, g sopping kat kedai kedai bbrp meter je dr umah..
Quote URUHA 31-5-2021 12:51 PM
Semoga 2 makhluk lahanat ni mati kena kobid!!! Sial nau kemain selfish lagi nak rentas negeri walaupun kes makin teruk. Ko x reti duk diam2 kt rmh ke? Kesian la sikit kat frontliners yg hari2 bertungkus lumus demi kesejahteraan korang. Kecik2 x nak mampos, dah besar menyusahkan org!
Quote wirazam 31-5-2021 12:55 PM
glump replied at 31-5-2021 09:49 AM
Borang rentas Dr balis polis sini Tak der pun no siri..cuma print Kat kertas kuning je

Awal awal pkp 1.0 dulu siap balai polis photostat IC dan buat salinan utk masuk file...Aku rasa pdrm bukan ke ada bahagian IT..masa ni lah bahagian IT nak mendunia buat system in house..permohonan dan kelulusan rentas negeri..polis kat SJR hanya scan je tgk betul ke tidak...begitu imaginasi aku ditahun 2021 nih
Quote wirazam 31-5-2021 12:57 PM
NataliaLuiz replied at 31-5-2021 12:41 PM
Polis mmg check every detail, siap call lagi tau. Jangan main2, nak menipu!

Terbaik polis mcm nih...satu lagi nak salute polis yg tahan menteri dlm sjr terengganu Tu...siap tak gentar dgn statement annoying by tu..kalau betul la dia tanya polis tu..kenal tak sapa dia...
Quote macikkohijau 2-6-2021 01:40 PM
Pls masukkan dalam penjara sehari dua. Biar insofff
Quote Artemesiaa 2-6-2021 01:46 PM
Mesti sebab sebelum ni lepas tapi kali ni kantoi lepas polis check dengan teliti kali ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064739 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top