View: 1489|Reply: 11
|
Dari KL Ke Kelantan-Dua Lelaki 'Kantoi' Rentas Negeri Guna Borang Palsu
[Copy link]
|
|
Bentong: Dua lelaki ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan, semalam, kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pegawai dan anggota bertugas menahan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh dua lelaki berusia 25 dan 34 tahun.
"Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Tanah Merah, Kelantan.
"Ketika diperiksa, anggota mendapati dokumen perjalanan rentas negeri kedua-dua lelaki terbabit meragukan dan disyaki dipalsukan," katanya hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan awal, polis juga percaya cop dan tandatangan Ketua Polis Balai yang meluluskan surat itu disyaki dipalsukan.
"egawai yang bertugas menghubungi balai polis yang mengeluarkan permit pergerakan untuk pengesahan.
"Semakan mendapati nombor siri pada borang rentas negeri itu tidak wujud dan tiada sebarang permohonan permit pergerakan dibuat kedua-dua lelaki terbabit," katanya.
Foto: Harian Metro
Zaiham berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau berkata, sehingga 29 Mei, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan tujuh individu kerana pemalsuan dokumen borang rentas negeri. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Borang rentas Dr balis polis sini Tak der pun no siri..cuma print Kat kertas kuning je |
|
|
|
|
|
|
|
benci orang2 macam ni
so pentingkan diri
harap denda max |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila ramai sangat orang menipu, ini menyebabkan permohonan orang yg ada genuine reason ditolak oleh polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau dgn family sangkak no class nilopak 2kali5 jah... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis mmg check every detail, siap call lagi tau. Jangan main2, nak menipu! |
|
|
|
|
|
|
|
sb pa merentas negeri.. aku kat kb pun x berani nk rentas daerah.. duk je kat umah baik baik.. paling paling pun, g sopping kat kedai kedai bbrp meter je dr umah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga 2 makhluk lahanat ni mati kena kobid!!! Sial nau kemain selfish lagi nak rentas negeri walaupun kes makin teruk. Ko x reti duk diam2 kt rmh ke? Kesian la sikit kat frontliners yg hari2 bertungkus lumus demi kesejahteraan korang. Kecik2 x nak mampos, dah besar menyusahkan org! |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 31-5-2021 09:49 AM
Borang rentas Dr balis polis sini Tak der pun no siri..cuma print Kat kertas kuning je
Awal awal pkp 1.0 dulu siap balai polis photostat IC dan buat salinan utk masuk file...Aku rasa pdrm bukan ke ada bahagian IT..masa ni lah bahagian IT nak mendunia buat system in house..permohonan dan kelulusan rentas negeri..polis kat SJR hanya scan je tgk betul ke tidak...begitu imaginasi aku ditahun 2021 nih |
|
|
|
|
|
|
|
NataliaLuiz replied at 31-5-2021 12:41 PM
Polis mmg check every detail, siap call lagi tau. Jangan main2, nak menipu!
Terbaik polis mcm nih...satu lagi nak salute polis yg tahan menteri dlm sjr terengganu Tu...siap tak gentar dgn statement annoying by tu..kalau betul la dia tanya polis tu..kenal tak sapa dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Pls masukkan dalam penjara sehari dua. Biar insofff |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti sebab sebelum ni lepas tapi kali ni kantoi lepas polis check dengan teliti kali ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|