CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mirip di India, akibat kekurangan mesin ventilator, seorang ibu 'beralah' selamatkan pesakit Covid-19

28-5-2021 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7158| Komen: 50|Original author: Friska





PETALING JAYA: Berkali-kali Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran bahawa penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara semakin kritikal apabila mencecah 91% beberapa hari lalu.

Situasi itu mencerminkan perkhidmatan kesihatan negara kini dalam keadaan tenat apabila ia bukan sahaja perlu merawat pesakit Covid-19, bahkan pesakit lain juga.

Pengguna Twitter, Wan Mohamad Nazri Hashim berkongsi kisah menyayat hati bagaimana ibunya terpaksa “berkorban” demi menyelamatkan pesakit Covid-19 yang turut sama bertarung nyawa ketika menerima rawatan.

Memulakan kisahnya, Nazri berkata, ibunya, Raja Nahzar Hasnah Raja Mahmud menghidap penyakit batu karang, namun, terpaksa menanti hampir sebulan untuk menjalani pembedahan kerana perlu menunggu giliran.

Tidak mampu untuk menanggung kesakitan lagi, ibunya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital dan doktor yang merawat mengesahkan batu karang berkenaan sudah mencucuk ke hempedu dan menyebabkan nanah dan jangkitan ke paru-paru.

Keadaan pernafasan ibunya ketika itu sangat kritikal, namun doktor memaklumkan bantuan ventilator tidak dapat diberikan kerana bekalannya sangat terhad dan digunakan untuk pesakit Covid-19.

“Mak aku pun tengah kritikal tapi disebabkan wad ICU semua dah penuh dengan pesakit Covid-19, mesin (ventilator) dah tak cukup.

“Faktor umur mak aku yang dah berusia dan faktor dalaman, mereka tak dapat bagi ventilator sebab katanya mak aku ‘tiada harapan’.

“Doktor pun tak boleh nak lakukan prosedur untuk buang nanah dalam hempedu mak aku disebabkan pernafasan mak aku tak berapa baik,” luahnya tanpa menyebut lokasi hospital yang merawat ibu beliau..

“Jadi, dia orang tunggu hari ke hari. Masukkan antibiotik dengan harapan pernafasan mak aku menjadi baik supaya boleh teruskan dengan prosedur itu.”

Dalam masa sama Nazri berkata, ibunya dibekalkan oksigen, namun perlu menggunakan secara manual jika memerlukan.

“Aku tengok mak aku guna oksigen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual bila terasa sesak nafas.

“Doktor cakap dia tidak dapat bantu mak aku lebih lagi sekiranya mak aku dah mula nazak sebab dia orang tahu trend penyakit ni dengan keadaan mak aku, mmg ‘tiada harapan’,” katanya.

Selepas dua minggu bertarung nyawa, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 19 Mei dengan disaksikan beliau dan ahli keluarga lain.

“Aku sendiri tengok mak aku tak cukup nafas. Dan aku sendiri lihat bagaimana nafas itu terhenti. Sumpah perasaan sebak tu tak boleh nak bayangkan.

“Apa pun aku bersyukur ibu negatif Covid-19. Sekurang-kurangnya aku dapat jadi imam solatkan mak aku.

“Dapat teman mak aku naik van, mandikan, sampailah kali terakhir dalam liang lahad dan dapat lihat wajah mak aku tersenyum,” katanya lagi.

Katanya, situasi yang berlaku di wad ICU ketika ini ibarat pegawai perubatan perlu memilih dua orang sedang lemas dan hanya seorang boleh diselamatkan.

“Jadi sekarang ni keadaan di hospital dah berada di tahap di mana mereka kena pilih pesakit mana yang nak diselamatkan dulu.

“Pesakit Covid-19 ini memberi kesan pada pesakit normal lain yang tengah kritikal dan memerlukan rawatan.”

Bagaimanapun beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kehilangan insan tersayang, tetapi mahu perkongsian itu dijadikan iktibar bahawa angka jangkitan yang tinggi ketika ini adalah benar.

“Hospital di Malaysia sangat kritikal. Doktor pun tak cukup sekarang dekat hospital.

“Ramai dah kena ‘transfer’ untuk jadi ‘frontliner’. Untuk pesakit normal, doktor yang nak rawat mereka juga berkurang. Sehingga kena ‘Q’ panjang.

“Mak aku tak sempat nak buat rawatan cepat sebab kuman dah merebak ke seluruh badan,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan vaksin yang tersedia dan turut mendaftarkan ibu bapa untuk divaksin.

“Jangan tunggu jenis vaksin apa yang ‘available’. Jangan jadi anti vaksin. Apa yang ada, kita ambil dulu. Tolong daftarkan mak ayah korang untuk ambil vaksin juga,” katanya.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 27-5-2021 12:31 PM
Sedih saya sama berita ini, mirip di India, harus buat keputusan siapa yang punya kesempatan hidup atau mati
Quote stingerbeans 27-5-2021 12:34 PM
Friska replied at 27-5-2021 12:31 PM
Sedih saya sama berita ini, mirip di India, harus buat keputusan siapa yang punya kesempatan hidup a ...

kau nak sedih pasaipa? tycoons tycoons diluar sama harta berkoyan koyan mana semua? yg birthday dapat private jet dari daddydooo mana? berapa ventilators daj depa semua dermakan berapa?
Quote Friska 27-5-2021 12:35 PM
Kasus Covid 19 Malaysia per juta sudah melewati India


Quote kasibiman 27-5-2021 12:38 PM
Aku tunggu pesbuk KKM menafikan ini sbg tidak benar.
Quote stingerbeans 27-5-2021 12:38 PM
Yg bodoh rakyat marhaen berbelas ehsan...yg kayo mssih main polo, living the lifestyle....ventilors kurang thats not my problem...thats the federal state problems...

harkkk tuiiiiiii
Quote SiMontel 27-5-2021 12:46 PM
takziah untuk mak dia, mesti sedih bila terjadi hal mcm ni..Allah takboleh aku bayangkan kalau dlm situasi dia ...

nak buat mcm mana mmg ICU ventilator semua dah penuh dgn current pesakit covid  kan...

dari bab ni, aku rasa  KKM dah cuba yg terbaik nak handle  situation cuma mmg akan ada pros and cons..

nak salahkan KKM 100% mmg tak patut jugak lah...

rakyat pun jgn la degil and kepala batu, bila org ckp self quarantine,  jgn cross state jgn menipu travel history, tolong laaa ikut sebab korang taktau yg korang ni ada +Ve covid and boleh sebarkan kat kaum keluarga...haishhhh

Quote Friska 27-5-2021 12:49 PM
[twitter]https://twitter.com/_NazriH/status/1396983814329573376[/twitter]
Quote n3ar 27-5-2021 12:49 PM
mana hospital swasta kata nak tolong ringankan beban kerajaan....

tak pun kerajaan kawtim laa dengan swasta pinjam peralatan yg tak digunakan....
Quote ina_na 27-5-2021 12:49 PM
Aku percaya sbb aku penah kene.. Tp bukan kes covid.. Ms bersalin dl.. Czear emergency.. Mmg dia org dah tolak patient lain ke dlm operation room.. Tp sbb kes aku emergency.. Tolak keluar yg dlm tu bg laluan ke aku.. Dgr akak tu ckp ehh knp tolak sy keluar.. Bukan sy kn operete ke.. Doc pakar ckp ade emergency puan.. Minta maaf sgt2.. Puan lps ni ye.. So mmg dia org akan dahulukan mn yg boleh di dahulukan. Tp aku still rs bersalah sbb cut line akak tu.. Walaupun ms tarik baby aku.. Mmg dah x berbunyi.. Nsb baik doc tepuk lama2 br berbunyi...kalo x meroyan mak.. Sedih2
Quote lonely_classic 27-5-2021 12:58 PM
Friska replied at 27-5-2021 12:35 PM
Kasus Covid 19 Malaysia per juta sudah melewati India

Where is the link to this page? Nak juga see further details
Quote Friska 27-5-2021 01:00 PM
lonely_classic replied at 27-5-2021 12:58 PM
Where is the link to this page? Nak juga see further details
Malaysia now has more Covid cases per million people than India
PUBLISHED WED, MAY 26 202112:36 AM EDTUPDATED WED, MAY 26 202110:55 AM EDT
https://www.cnbc.com/2021/05/26/ ... ple-than-india.html
Quote lonely_classic 27-5-2021 01:11 PM
Friska replied at 27-5-2021 01:00 PM
Malaysia now has more Covid cases per million people than India
PUBLISHED WED, MAY 26 202112:36 AM  ...

Kenapa Tak sama as reported by cnbc? u know where cnbc got their source?
Quote Friska 27-5-2021 01:13 PM
lonely_classic replied at 27-5-2021 01:11 PM
Kenapa Tak sama as reported by cnbc? u know where cnbc got their source?

Maaf Abang, saya bukan karyawan CNBC, jadi saya ndak tahu sumbernya dari mana
Quote dudaberhias 27-5-2021 01:20 PM
sedihnya bila dengar berita macamni...

kes nak dekat 10k dah ni rasanya makin penuh la hospital yang dah sedia penuh...

vaksin perlu di utamakan pada mereka yang mahu ambil...
selalu yang nak cucuk sudah semestinya yang kerja kehulu kehilir... golongan ini lah yang paling berisiko membawa virus jadi tak perlu la nak tunggu orang yang tak nak cucuk pergi cucuk vaksin.. bagi je pada yang mahu... last2 tengok tak hadir pun vaksinasi... takde guna pun utamakan warga emas dah...
Quote blastoff 27-5-2021 01:25 PM
Edited by blastoff at 27-5-2021 01:27 PM
lonely_classic replied at 27-5-2021 01:11 PM
Kenapa Tak sama as reported by cnbc? u know where cnbc got their source?

haha ....... ramai laaa forummer dalam thread nih picaya buta tuli je yg malaysia lebih teruk dari india senang gabra nya depa ye takut mati bebenor lah plak yg kaki maki hamun rakyat marhein tuh terutamanyaaa

limited testing kejadah ......yg perlu di kira adalah yg betul2 teruk ler kat spital ...yg dok sihat walafiat nak gi test buat pe
Quote Friska 27-5-2021 01:27 PM
lonely_classic replied at 27-5-2021 01:11 PM
Kenapa Tak sama as reported by cnbc? u know where cnbc got their source?

Atau bisa jadi Abang ndak tahu cara nyisih data, ini data dari situs yang Abang share bentar tadi, cuman perlu disisih nama negara


Quote syadq 27-5-2021 01:32 PM
Edited by syadq at 27-5-2021 01:38 PM
lonely_classic replied at 27-5-2021 01:11 PM
Kenapa Tak sama as reported by cnbc? u know where cnbc got their source?

Edit. Ambik yg daily confirmed cases per million people, drag bar tarikh bawah tu start 1 Jan 2021.
Quote blastoff 27-5-2021 01:36 PM
syadq replied at 27-5-2021 01:32 PM
Ambik yg weekly confirmed cases per million people.

asymptomatic dok sihat boleh menari dalam maeps dari masuk hingga kluar tak sakit pe pungg di kira sebagai confirm cases gakkk so nampak lah banyak tapi yg kritikal "sakit betul2 " berapa ?
Quote naina 27-5-2021 01:43 PM
n3ar replied at 27-5-2021 12:49 PM
mana hospital swasta kata nak tolong ringankan beban kerajaan....

tak pun kerajaan kawtim laa den ...

Nak tolong free ke? Adoiii. Lambertttt lagi dorg nak tolong KLU xfulus tebal.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050026 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top