CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Tubuh Diserang Ruam Gatal Akibat Tekanan Kerja

28-5-2021 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4801| Komen: 36

Seorang pegawai pelaburan tampil menceritakan mengenai keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya disebabkan alahan teruk sehingga menyebabkan ruam gatal menyerang seluruh tubuhnya, termasuk wajah hampir setiap masa.


Lapor Metro, Caitlin Taylor, 30, mengalami alahan teruk itu akibat tekanan kerja yang tinggi.



Katanya, ada kalanya, ruam itu muncul dengan banyak sehingga dia tidak boleh melakukan kerja dan aktiviti hariannya kerana mengalami kegatalan yang teruk.


Menurut Taylor, doktor sudah melakukan pelbagai pemeriksaan terhadapnya namun tidak dapat kenal pasti punca masalah tersebut.

“Ia agak menakutkan, hampir setiap pagi saya bangun dengan badan dipenuhi ruam gatal ini. Saya juga tidak dapat bernafas atau melihat dengan jelas kerana mata bengkak. 

“Saya juga mula mengalami serangan panik kerana berasa tertekan,” katanya.

Jelas Taylor, pada suatu ketika dia pernah dimasukkan ke hospital selama tiga minggu berturut-turut selepas tidak dapat bernafas ketika diserang ruam gatal tersebut.



Akhirnya, seorang pakar kesihatan swasta mendiagnosis Taylor mengalami reaksi alahan teruk terhadap tekanan.

Mereka menasihatinya untuk mengurangkan stres dengan mengamalkan gaya hidup sihat atau mengambil ubat-ubatan sepanjang hayatnya.


Kredit foto: SWNS

Taylor mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan melancong ke seluruh dunia.  

Selepas enam bulan melancong dan mengamalkan diet pemakanan anti-radang, masalah alahan dialami Taylor pulih sepenuhnya.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 28-5-2021 02:23 PM
Benda ni betul. Aku pernah kena sebab bertenu boss yg macam gampang. Setiap hari aku akan rasa panas & keluar ruam di dari hujung jari sampai lengan & kaki. Tapi bila balik rumah terus hilang. Doctor cakap stress rash. Nasib baik la pastu dia tendang aku keluar, kalau x mmg terpaksa bergantung dengan ubat allergic tiap2 hari.
Quote mama_neko 28-5-2021 02:41 PM
oh mai god, aku jadi rashes cmni bila masuk keja kilang... mmg stress teruk.. aku igt sbb alergik material yang aku handling kat sana.. maybe stress rash ni betui...
Quote Scintilla 28-5-2021 02:44 PM
kena kayap ular ke?
Quote asamfish 28-5-2021 02:48 PM
Yes!  Ruam sebab stress mmg betul.  
Quote Cemay 28-5-2021 02:53 PM
aku lak style keluar jerawat, panas jerr kat muka bila stress tu

Quote nononcrux 28-5-2021 02:54 PM
ooh ruam juga punca stress, siannye. pakar kulit boleh rawat ke? atau ada cara lain?
Quote sapeka 28-5-2021 03:01 PM
Aku rasa ini psoriasis
Quote djzara81 28-5-2021 03:56 PM
Anak aku pon pnh kene, kejap hilang kejap timbul. Stress belajar pdpr tahun lepas
Quote aechae 28-5-2021 03:59 PM
Iols naik jerawat mencanak pn dh merungut2...ok i insaf lh x kna smpai tahap mcm ni
Quote Artemesiaa 28-5-2021 04:00 PM
Jangan gelak sebab ada je jenis yang kena macam ni sebab stress
Quote JunkMail 28-5-2021 04:02 PM
Aku pernah kena.. tak tau apa punca memang penuh gegata satu badan. Hari2 kena telan Antihistamin. Tapi aku tak stress. Aku tengah travel masa tu nak stress apanya.
Quote Orix 28-5-2021 04:05 PM
iols pun pernah kena rashes mcm ni, 1 badan kena, smpi pergi jumpa specialist... doc pun xtau punca apa... lepastu dh makan ubat, dia baik sendiri.... sekali tu je la iols kena, tp skrg fikir balik kalau sebab stress, logik jugak sbb iols ms tu mmg tgah stress
Quote ridz_wanz 28-5-2021 04:19 PM
JunkMail replied at 28-5-2021 04:02 PM
Aku pernah kena.. tak tau apa punca memang penuh gegata satu badan. Hari2 kena telan Antihistamin. T ...

Sama kes dengan mak saya... masa tu travel ke China, beberapa hari sampai mak cakap badan gatal2.. Bila tunjuk merah sama macam yg atas tu... Maybe kesan dari perubahan persekitaran...
Quote Bipolajourney 28-5-2021 04:26 PM
Hoi patutlah psychiatrist aku cuba hint pasal benda ni bila aku complaint naik allergic. Dia cakap masa sat for exam dulu dia pernah naik rashes jugak.
Quote Cece1234 28-5-2021 04:30 PM
Seramnya tgk..
Quote Kurex 28-5-2021 05:05 PM
Aku salah sorang.... Nak pulak wfh & company bagi kerja banyak gila
Quote monreyes 28-5-2021 05:08 PM
opismate pun ada kena..kat both hand...
tapi bukan rupa ni...
biji2 halus....
punca stress juga
Quote gideoncross 29-5-2021 01:46 AM
Iol prnh kna kat paha & lengan, maunya 3 hri 3 mlm sapu dgn olive oil. Alhamdulillah lps tu baik.
Quote tupaiterbang 29-5-2021 02:11 AM

Orang panggil gegata kalau rashes macam ni
Rasa miang2 satu badan dan kat muka juga
Mesti rasa nak menggaru je tiap masa...dah serupa beruk jadinya

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.170156 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top