Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kuasa.
Sumber Harian Metro ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM, semalam. Menurutnya, Tajuddin hadir bagi memberi keterangan berhubung siasatan menggunakan kedudukannya melantik menantunya memegang jawatan di dalam Prasarana. "Tajuddin bagaimanpun dibebaskan dengan jaminam SPRM selepas itu. "Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.
Kelmarin, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta. Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, penamatan perkhidmatan itu sudah dipersetujui oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. -CARI Sumber: Harian Metro
|
BoongaKertas replied at 28-5-2021 09:46 AM
yg kecoh kat twitter tu, serius ke tu rumah heols? ya Allah, boleh buat lrt 1 stesen tu. KLCC ke Amp ...
Orix replied at 28-5-2021 09:45 AM
seronokkkk
kechikchomel replied at 28-5-2021 01:49 AM
kat mana rumah tu? tepek sini sis. iolss takde twitter
BoongaKertas replied at 28-5-2021 09:53 AM
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1252680&extra=page%3D1
kechikchomel replied at 28-5-2021 09:49 AM
kat mana rumah tu? tepek sini sis. iolss takde twitter
famri7 replied at 28-5-2021 10:20 AM
Kenapa pemimpin meleis yang beragama islam masih buat mcm ini walepun ahmgama kata berdusa...silap a ...
ADVERTISEMENT