CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Sangat Tak Layak, Iman Troye Takut Nak Masuk AJL

3-3-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12597| Komen: 90

Kejayaan lagu Teman sedikit sebanyak membantu melonjakkan nama penyanyi baharu, Iman Troye sebagai salah seorang pelapis industri muzik tanah air.

Ini terbukti apabila lagu ciptaan Ezra Kong dan A. Ramlee itu berjaya menduduki carta muzik tempatan sejak dilancarkan pada September tahun lalu.

Lebih mengujakan apabila peminat meletakkan harapan agar lagu ini layak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), tahun depan.



"Alhamdulillah lagu pertama saya diterima baik oleh pendengar. Tentang AJL? InsyaAllah kalau ada rezeki tapi sejujurnya saya rasa tak bersedia lagi sebab saya masih muda untuk semua ini.

"Saya rasa macam tak layak untuk berdepan dengan penyanyi hebat lain contohnya Naim Daniel, Ernie Zakri, Syamel dan Aina Abdul. Saya rasa sangat tak layak nak berdiri atas pentas AJL itu.

"Tapi sebagai penyanyi semestinya niat nak masuk AJL itu ada, cuma saya target untuk muncul dengan lagu balada. Tapi semuanya berbalik pada rezeki, kalau Teman dapat masuk AJL kita sudah ada plan," katanya kepada mStar.

Kredit foto: IG

Bercakap mengenai karier nyanyiannya, penyanyi berusia 19 tahun ini memaklumkan dia bakal muncul dengan single kedua tidak lama lagi.

Mengakui gementar dengan penerimaan pendengar, Iman berharap lagu baharunya itu akan menerima sambutan yang sama hebat seperti lagu Teman.

"Lagu Teman saya memang happy dengan maklum balas pendengar tapi sedikit gementar untuk lagu kedua sebab saya takut orang mengharapkan sesuatu yang lebih.



"Bimbang mereka bandingkan dengan lagu Teman, itu yang saya takut tapi saya harap lagu seterusnya vibes masih dapat dikekalkan.

"Saya mahu tunjuk lebih baik dalam lagu seterusnya sebab dalam lagu Teman saya tak tunjuk 100 peratus lagi. InsyaAllah lagu baharu ini akan lebih baik daripada Teman," katanya memaklumkan lagu baharu itu akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.



Video muzik (MV) Teman yang dimuat naik di laman YouTube sejak Oktober tahun lalu sudah menerima hampir 30 juta tontonan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 3-3-2021 12:31 PM
takpe boleh mintak penyanyi lain ganti mcm nabila razali..
bukan pertandingan penyanyi tapi lagu khenn
Quote URUHA 3-3-2021 12:33 PM
X yah la masuk. Lagu & nyanyian dua2 hauk
Quote fealefea 3-3-2021 12:34 PM
Mohon sedar diri. Makin lama AJL makin x berprestij kalau camni la kualiti lagu kita.
Quote whadda 3-3-2021 12:44 PM
elok la tu
Quote bankerpencen 3-3-2021 12:47 PM
Alhamdulillah sedar diri... iols cukup tak faham apo yang digilakan sangat... lawa pun tak, nyanyi sedap pun tidak... semak la wei. Tak rugi sesen kalau hilang dari industri wei
Quote Buritan 3-3-2021 12:49 PM
sleepandream replied at 3-3-2021 12:31 PM
takpe boleh mintak penyanyi lain ganti mcm nabila razali..
bukan pertandingan penyanyi tapi lagu kh ...

Awat dulu aku tengok dia cantik.. hari ni aku tengok tak cung
Quote missmeornot 3-3-2021 12:49 PM
mohon iman pegi speech therapy dulu. belajar sebut betul2, p kelas vocal then baru leh berangan nak masuk AJL. pesan kat fans tu sila berpijak di bumi yg nyata k n iman tolong kurang2kan la menyeringai tu
Quote mrsbob87 3-3-2021 12:51 PM
bukanlah tak suka dia.. tapi nyampah dengar dia nyanyi suara tak lepas, n xjelas butir lirik..
macam bercakap hujung lidah
Quote Reira77 3-3-2021 12:55 PM
Mujur sedar siri. Tak mcm yg sorg lagi tu duk feeling angie jolie padahalllll
Quote aint 3-3-2021 01:00 PM
apsal kebanyakkan penyanyi baru di msia skrg ni makin hauk... suara pun tahap biasa... dgn nama komersial ntah apa2...

iols ingat dr yindon budak ni
Quote azimodin 3-3-2021 01:02 PM
Meouls setuju dengan forumer yg menegur sebutan si iman ni. Iouls sampai sekarang ingat lagu teman tu random words je
"billy billy bali, billy billy bali"
"silly silly sali, silli sili sali"
Ha gicheww
Quote rajamoney 3-3-2021 01:06 PM
mmg ko tak layak
Quote Redmyvi 3-3-2021 01:07 PM
nope ! lagu teman tu tak layak la masuk ajl.. lirik dan melody pun tah pape..
Lagu skrg ni lirik dua tiga baris jer tapi ulang la smpai abes lagu..
Quote minguk 3-3-2021 01:21 PM
kalau rasa tak layak, jangan masuk kay.
Quote AppropriateNick 3-3-2021 02:11 PM
URUHA replied at 3-3-2021 12:33 PM
X yah la masuk. Lagu & nyanyian dua2 hauk

ko tak tengok ke nyanyian die kt shopee ritu?...level die bukan la mcm nabila razali ok
Quote AppropriateNick 3-3-2021 02:15 PM
mrsbob87 replied at 3-3-2021 12:51 PM
bukanlah tak suka dia.. tapi nyampah dengar dia nyanyi suara tak lepas, n xjelas butir lirik..
maca ...

tak sure ni live ke tak? boleh tlg konpemkan?

[youtube]doQR03zBQsU[/youtube]
Quote AppropriateNick 3-3-2021 02:16 PM
Redmyvi replied at 3-3-2021 01:07 PM
nope ! lagu teman tu tak layak la masuk ajl.. lirik dan melody pun tah pape..
Lagu skrg ni lirik d ...

mcm lagu bangun dapat nombor dua ajl 34 ke?
Quote budakshinchan 3-3-2021 02:43 PM
AppropriateNick replied at 3-3-2021 02:15 PM
tak sure ni live ke tak? boleh tlg konpemkan?

live ni..
Quote AshkieLa 3-3-2021 02:46 PM
kurangkan menyeringai... agak scary

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.140352 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top