CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Awet Muda, Badan Kecil- Daiyan Trisha Seronok Dapat Watak Budak Sekolah

3-3-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10379| Komen: 49

Description: Menganggap wajah awet muda dan bentuk badan yang kecil sebagai satu kelebihan, pelakon Daiyan Trisha mengakui dia seronok dapat memegang watak pelajar sekolah bernama Aaida dalam drama siri terbaharu ...
Menganggap wajah awet muda dan bentuk badan yang kecil sebagai satu kelebihan, pelakon Daiyan Trisha mengakui dia seronok dapat memegang watak pelajar sekolah bernama Aaida dalam drama siri terbaharu berjudul Projek Anchor SPM.


Berkongsi mengenai watak tersebut, Daiyan mengakui dia berasa bangga dapat menjadi Aida yang dianggap sebagai wakil kepada pelajar sekolah yang berdepan dengan tekanan dari segi pelajaran dan konflik kekeluargaan.


Foto: IG

"Sejujurnya, saya memang enjoy sangat membawa watak sebagai Aaida. Mungkin fizikal dan wajah saya memberi satu kelebihan untuk diri saya masih dipanggil untuk memegang watak remaja sekolah.

"Kalau nak ikutkan watak dalam drama itu dengan diri saya jauh usia 10 tahun beza... bukan saya seorang sahaja, rasa-rasanya semua pelakon pun sama. Bagi saya, Aaida adalah wakil bagi ramai pelajar sekolah yang mempunyai tekanan dalam pelajaran.


"Selain mempunyai masalah peribadi dan konflik dalam keluarganya. Sebab itu, saya rasa sangat bangga dapat memegang watak yang mewakili ramai pelajar," kata Daiyan kepada mStar.



Pelakon berusia 27 tahun itu berkongsi mengenai wataknya itu ketika sesi sidang media drama siri Projek Anchor SPM secara maya pada Selasa.

Selain Daiyan, drama arahan dua pengarah iaitu Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, serta ramai lagi.

Drama yang mempunyai lapan episod itu akan ditayangkan bermula 15 Mac depan setiap Isnin pada pukul 9 malam menerusi Astro Citra 108 (HD) dan 128 (SD).

Menerusi laporan mStar pada 5 Disember tahun lalu, Daiyan yang juga seorang penyanyi meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Razaisyam selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran daripada pengarah itu.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit ini memberitahu dia menjadikan kakaknya sendiri sebagai rujukan memandangkan kata kunci untuk watak Aaida adalah 'budak pandai'.

Mengakui dirinya bukan seorang pelajar yang cerdik ketika di bangku sekolah, Daiyan mengambil pengalaman kakaknya untuk menjayakan watak tersebut.



"Sebenarnya apa yang kita meeting, keyword untuk watak Aaida ini adalah budak pandai. Untuk memahami dan menjiwai watak itu, saya jadikan kakak saya sendiri sebagai rujukan.

"Sebab ketika di bangku sekolah, saya bukan budak pandai... berbeza dengan kakak saya yang sentiasa mahu dapatkan A dalam semua mata pelajaran.

"Jadi, saya gunakan pengalaman dia struggle nak dapatkan straight A untuk menjayakan watak sebagai Aaida dalam drama siri itu," ujarnya. -CARI




Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 3-3-2021 10:54 AM
dh sepesen nadia brian je muka alter
Quote sharlenetexas 3-3-2021 10:58 AM
Ni sekolah swasta. SMK gomen tak pakai camni.

Quote sharlenetexas 3-3-2021 10:59 AM
Normabaru replied at 3-3-2021 10:54 AM
dh sepesen nadia brian je muka alter

Beautician sama kot?

Quote makneng 3-3-2021 11:01 AM
Kenapa retis2 muda skrg especially yg pompuan muka spesen? Bosan tau.
Quote sharlenetexas 3-3-2021 11:02 AM
makneng replied at 3-3-2021 11:01 AM
Kenapa retis2 muda skrg especially yg pompuan muka spesen? Bosan tau.

Tadah muka kat orang sama kot?
Quote Normabaru 3-3-2021 11:08 AM
sharlenetexas replied at 3-3-2021 10:59 AM
Beautician sama kot?

Spec sama... Acuan pon sama.. Memey la.. Pastu perasan lawa. Puik

Btw asteruk pon tiru Neflix ya.. Kua original series yg xpe ori tu

Cite psl dak2 spm nipu plak tu..

Nak bg lepas 1batch.. Cool celah mana cite ni ntah la..

Pelakon kertu storyline blh agk ending xbest. Hehhehe
Quote krimkraker 3-3-2021 11:12 AM
Awet mude ke awek muke tua... naper la rajin sangat alter muke...xyakin dengan muke sendiri ke dekk
Quote JalaEmas 3-3-2021 11:14 AM
die alter hidung ke eh?.. nmpak lain tang situ, tgk kt astero ceria yg drama deebtu mcm pesek..
Quote Kurex 3-3-2021 11:20 AM
Celah mana muka muda???? Buta ke kau????
Quote sapeka 3-3-2021 11:35 AM
Muka baru tak lawa la dik
Muka lama lebih ayu dan manis
Tak nyesal ke?
Nanti alter lagi dan lagi tetap tak cantik
Quote AshkieLa 3-3-2021 11:42 AM
awet muda celah mana...
awet muda lagi amy mastura dengan bell ngasri tu drpd ko...
rupa tua sebelum usia mcm dah hujung2 30an...
Quote mieymiey 3-3-2021 11:45 AM
Muka ori sheols yer la kot nampak muda.
Tapi muka baru ni nampak sangat umur sebenar..
Masa nak alter muka, sheols contact Nadia Brian ker?
Quote seri_mawr 3-3-2021 11:46 AM
meniru dlm spm ke cerita ni...aihh...


Quote adeqbun 3-3-2021 11:48 AM
sapeka replied at 3-3-2021 11:35 AM
Muka baru tak lawa la dik
Muka lama lebih ayu dan manis
Tak nyesal ke?

btol..muke asal2 dlu sgt la cute..skang horror tgk dagu dan idung
Quote firasAli 3-3-2021 12:02 PM
Muka daiyan ni nmpak tua
Mcm dah 30 an,
celah bedah mana awet muda?
Quote tupaiterbang 3-3-2021 12:06 PM

Plot drama tiru movie thai tajuk genius tu ka?


Quote tricomonas 3-3-2021 12:10 PM
aku kalau cerita budak sekolah tapi muka tua aku ptuihhh kan je ...mcm gampang
Quote RinIna 3-3-2021 12:14 PM
tupaiterbang replied at 3-3-2021 12:06 PM
Plot drama tiru movie thai tajuk genius tu ka?

Kan.. mudahnya buat kerja.. kopi pasta jerk..
Quote apedehal 3-3-2021 12:15 PM
Xbaik la korg..ce tgk rata2 bdak skul menengah skang..mostly muka matured tua sblm usia..awal2 da sibuk didedahkn dgn mekap & nk cantik cm influencer bagai

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.096331 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top