CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pancut Awal, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti Terkejut!

3-3-2021 01:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11617| Komen: 11

Description: Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehidupan seks di kamar tidur yang indah, puas dan yang paling penting adalah tahan lama.


Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehidupan seks di kamar tidur yang indah, puas dan yang paling penting adalah tahan lama.

Pun begitu, ini merupakan satu masalah besar terutamanya bagi lelaki yang mempunyai masalah pancut awal atau ejakulasi pramatang.

Persoalannya, berapa lama tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Masalah pancut awal dalam kalangan lelaki
Ia bukan satu masalah yang boleh dipandang ringan lagi kerana Kajian Kejadian Ejakulasi Pramatang Asia Pasifik dan Kajian Sikap (AP PEPA) menunjukkan, 29% daripada lelaki di Malaysia mungkin menghidapi kondisi ejakulasi pramatang.


Buat anda yang mungkin belum tahu, ia merupakan satu keadaan kesihatan di mana lelaki terlalu mudah atau cepat memancutkan air mani semasa berasmara.

Akibatnya, ia sudah pasti akan membuatkan pasangan anda terabai ekoran belum puas dengan persetubuhan dan umpama bertepuk sebelah tangan sahaja.

Terdapat dua jenis masalah pancut awal iaitu:

Ejakulasi pramatang primer – anda mengalaminya sejak dahulu lagi
Ejakulasi pramatang sekunder – anda baru sahaja mengalaminya

Kedua-dua jenis masalah pancut awal ini tetap akan mendatangkan kesan negatif yang sama iaitu tewas awal kepada pasangan ketika hubungan seks dijalankan.


Apa punca sebenar masalah ini terjadi?

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua faktor umum masalah pancut awal ini berlaku dan ia terbahagi kepada fisiologi dan psikologi.

Faktor fisiologi
- Masalah sistem saraf
- Masalah kelenjar tiroid
- Paras hormon tidak seimbang
- Paras serotonin yang rendah
- Kondisi sistem ejakulatori yang tidak normal
- Jangkitan pada organ reproduktif, khususnya pada prostat atau uretra
- Diabetes dan/atau penyakit jantung
- Pengaruh ubat atau dadah

Faktor psikologi
- Trauma daripada pengalaman seksual zaman silam
- Keresahan mengenai prestasi seksual sendiri
- Kerisauan mengenai masalah mati pucuk
- Stres dan pelbagai masalah mental yang lain

Disebabkan itu, kesihatan fizikal dan mental perlu berada pada tahap terbaik agar mampu mewujudkan suasana kamar tidur yang lebih sejahtera.

Berapa lama tempoh ejakulasi pramatang?
Hakikatnya, ramai individu yang sekadar berkata perlu tahan lebih lama di ranjang bagi kepuasan nafsu syahwat masing-masing.

Namun ada satu lagi perkara yang mungkin ramai belum tahu iaitu berapa lama tempoh yang dianggap sebagai masalah pancut awal.


Menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang National Health Service (NHS), tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang adalah 1 minit selepas bermula penetrasi zakar ke dalam faraj.

Dalam erti kata yang lebih mudah, individu lelaki yang terpancut air mani selepas 1 minit sahaja kemasukan zakar ke dalam faraj pasangan boleh dianggap mempunyai masalah pancut awal ini.

Sekiranya anda khuatir diri juga mengalaminya, segera berjumpa dengan doktor pakar untuk berkonsultasi tentang permasalahan ini.

Anda tidak keseorangan, jangan malu dapatkan rawatan!
Masalah ini sebenarnya telah menjadi semakin meruncing ekoran sifat lelaki yang mungkin ego, takut atau malu untuk dapatkan rawatan.

Hakikatnya, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan dan sifat berdiam diri hanya akan memusnahkan institusi perhubungan kalian berdua.

Oleh itu, sila dapatkan rawatan masalah pancut awal dengan kadar segera ya?

Antara rawatan yang akan diberi adalah sangat bergantung kepada faktor penyebab masalah ini berlaku kepada seseorang penderita itu.

Sama ada ia berpunca daripada masalah fisiologi atau psikologi, ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebagai langkah yang paling utama.

Kemudian, doktor mungkin akan menyarankan anda mengambil suntikan hormon atau ubatan viagra agar mampu bertahan lebih lama di ranjang.


Selesaikan masalah pancut awal secara sendiri!
Sebenarnya, masalah ejakulasi pramatang ini mungkin boleh diselesaikan secara sendiri sahaja dengan mengamalkan beberapa tip.

Antara teknik yang boleh diamalkan ketika beraksi untuk mengelakkan tewas awal adalah seperti berikut:

- Melancap sebelum bersetubuh
- Berhenti seketika ketika hendak terpancut
- Mengemutkan faraj apabila orgasma
- Menggunakan kondom zakar atau faraj
- Menggunakan cecair pelincir
- Mengamalkan teknik pernafasan yang betul

Dalam masa yang sama, anda juga boleh berbincang dengan pasangan tentang posisi seks yang mungkin boleh melambatkan pengeluaran air mani.

Sekiranya masalah ini masih terjadi setelah kesemua tip ini dilakukan, adalah disarankan untuk anda dan pasangan mendapatkan bantuan profesional.



Sumber : hellodoktor.com

4

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Justsha 3-3-2021 03:49 AM
iols sbg wanita harap orang2 luar sana tak insecure pasal perkara camni. culture kita always down kan golongan laki, konon kena dominant etc, macam benda tu je harga diri. ngikut sains segala pemakanan semua main kan peranan, hopefully pasangan suami isteri will be open utk discuss benda macam ni. isteri & suami kena saling supportive, marriage are not merely sex aje.
Quote user.name 3-3-2021 09:47 AM
so quan2minit kira normal lah ya takde masalah pancut awal gituh?
Quote anakjiran 3-3-2021 12:39 PM
biar betul ada laki pancut tak sampai seminit mencelup?? memang betul2 masalah ni
Quote Nizam_76 3-3-2021 02:30 PM
anakjiran replied at 3-3-2021 12:39 PM
biar betul ada laki pancut tak sampai seminit mencelup?? memang betul2 masalah ni

Ya. Memang ada yg dah pancut kurang dari seminit lepas CELOP. Boleh cari maklumat tentang pancutan pramatang utk lebih info. Kurang seminit tu bukan perempuan ja x puas, lelaki pun x puas dan x puas hati cepat sgt pancut. Rasanya average perempuan mahukan sekurang-kurangnya 10 minit atau lebih masa didayung utk dapat kepuasan (ni pendapat I la), kalau I salah tlg betulkan
Quote orangselut 3-3-2021 03:26 PM
Ya 10min ke 15min masa dayungan tu cukup dah sebenarnya untuk setiap round (tak termasuk masa foreplay, merendam, berhenti ambik nafas). Lama2 sangat lagi2 kalau dah tak lincir tak best dah
Quote Nizam_76 4-3-2021 06:29 PM
Nak bagi tahan lama, Dr Ismail Thamby kata bagi lelaki masa dayung tu kemut lubang bontot sendiri, dengan cara ini batang lebih keras n dapat tahan drp pancut awal...
Buat senaman kagel utk lelaki pun baik untuk tahan lama...
Quote ifanonline 7-3-2021 12:47 PM
lelaki nak pancut cepat boleh...tapi pastikan anda inzal kan pasangan dulu...
Quote Nizam_76 19-4-2021 10:54 PM
ifanonline replied at 7-3-2021 12:47 PM
lelaki nak pancut cepat boleh...tapi pastikan anda inzal kan pasangan dulu...

Itulah yang sebaik-baiknya........
Quote refa 22-4-2021 06:01 PM
ifanonline replied at 7-3-2021 12:47 PM
lelaki nak pancut cepat boleh...tapi pastikan anda inzal kan pasangan dulu...

Yg penting jgn gelojoh..
Quote copy_paste 21-6-2023 10:55 AM
1 lagi posisi ketika bersama,aku kalo nk lama ada posisi tetentu, kalau x buat posisi tu mesti kejap je
Quote belimbingbesi 29-6-2023 07:12 PM
orangselut replied at 3-3-2021 03:26 PM
Ya 10min ke 15min masa dayungan tu cukup dah sebenarnya untuk setiap round (tak termasuk masa forepl ...

Betul. Tu kira tempoh masa ideal asalkan kena dengan gayanya. Lama sgt bukan saja penat, blh jd boring kering dan sakit

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057497 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top