CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizo Omar Nak Kahwin Lain, Mawar Karim Dituduh Cemburu

3-3-2021 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8957| Komen: 26

Description: Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim meminta netizen tidak menjatuhkan hukum dengan menuduhnya cemburu selepas melarang mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan pelakon itu meng ...
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim meminta netizen tidak menjatuhkan hukum dengan menuduhnya cemburu selepas melarang mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan pelakon itu menggunakan perkataan mummy atau mama kepada anak tunggal mereka, Maryam.


Menyedari pelbagai komen kritikan yang diterima di media sosial, Mawar tampil menjelaskan maksud sebenar yang cuba disampaikan berhubung kenyataannya itu.


Foto: IG

"Cuba faham betul-betul apa yang saya kata ini sangat ringkas dan mudah difahami, juga jelas perkataan mummy atau mama.

"Dua panggilan ini khas buat Maryam untuk saya. Selain itu ibu, umi, bonda kawasan, sewaktu dengannya terpulang satu hari kalau Maryam ditakdirkan dapat mak baru.


"Saya masih waras dan boleh berfikir secara logik kakak-kakak sayang semua, jangan cepat menghukum kata saya cemburu," katanya menerusi Instastory.

Pada Isnin, Mawar menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.


Foto: Via mStar

Dalam jawapannya itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

Meskipun kenyataan itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen, Mawar berkata dia menerima komen tersebut dengan hati terbuka.

"Saya bukan jenis cepat melenting mahupun melatah kakak-kakak sekalian, saya tidak ambil hati mahupun terasa hati dengan komen-komen yang kelakar. Sekali imbas sahaja saya baca terlalu banyak respon saya terima.

"Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri tidak perlu iri hati siapa lebih siapa kurang, yang pasti fokus utama saya untuk Maryam. Tiada masa nak jealous kehidupan sesiapa.

"Chill saja kakak-kakak sayang, banyak benda lagi saya nak fikir untuk masa depan, jangan risau ya," ujarnya.


Foto: Via mStar

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-3-2021 12:07 PM
Tak yah jeles kat jantan sengkek perasan kaya anak mak.
Quote newyork 3-3-2021 12:40 PM
Bukan jeles kat pijo.. jeles kat anak kalau panggil mummu or mak.. btul panggil aunty ja lah ..
Quote Buritan 3-3-2021 12:48 PM
sharlenetexas replied at 3-3-2021 12:07 PM
Tak yah jeles kat jantan sengkek perasan kaya anak mak.

Gambo atas tuuu.. warna tudung tuu merohingyakan mawar.. koh koh
Quote Redmyvi 3-3-2021 01:16 PM
mana pi fesyen tudung fareeda yg ada batu kt tgh dgn hrga beratus2 tu ?? hilang di telan batu belah batu bertangkup ka
Quote ladyzens 3-3-2021 01:19 PM
takdenye mawar tu jeles aih..
siap support lagi
Quote minguk 3-3-2021 01:21 PM
kenapa sampai 2 panggilan? mummy mama? haha kelakarlah.
Quote AmandaRollins 3-3-2021 01:47 PM
Kelakar tgk dia pakai sunnies kecik tu...x sesuai..
Quote sleepandream 3-3-2021 02:00 PM
iols sekali baca pun dah tau apa maksud sheols takleh panggil mummy tu. apooo
Quote Incanto 3-3-2021 02:04 PM
huhuhu...  toksah perasan lah

mawar tu tak hingin nak u turn kat sskjp yg  opportunist



Quote AshkieLa 3-3-2021 02:38 PM
dia yang nak bercerai takkan la dia yang jeles? kamon laa sskjp...
jangan verangan laa duda ketiak mak perabih beras tu yummy sgt
Quote namieamuro 3-3-2021 07:39 PM
mawar yg nekad tglkan pijo kan. watpe die nk jeles. tobat dh kot die nak kembali kt family sskjp

ape rumit sgt ayat die yg netizen tak paham. die cume nk panggilan tu hanye utk die je la. takde kaitan dgn apak nye pun.
Quote Acikgomen 3-3-2021 08:15 PM
Mawar yg buang pijo kerana kebewakan jantan tuh
Ape motip dia nak jeles pompuan dungu lain yg nak dgn bewak tu
Quote little_sis 3-3-2021 08:22 PM
Comelnya anak diaaaaa...
Quote fadz84 3-3-2021 08:23 PM
Redmyvi replied at 3-3-2021 01:16 PM
mana pi fesyen tudung fareeda yg ada batu kt tgh dgn hrga beratus2 tu ?? hilang di telan batu belah  ...

Euwwww mokcik2 sgt pesen tu.. I x pernah berkenan tgk tudung tu masa zmn2 viral dulu..
Quote mesmerize 3-3-2021 08:25 PM
dia tak bagi panggil mama atau mummy je.. ok mak tiri mariam nanti panggil mak uda sudah.
Quote fadz84 3-3-2021 08:26 PM
Betullah mawar ckp tu.. mak betul dia tercegat lagi tuha.. Klu nk dipanggil mummy, mama yg sewaktu dgnnya pijo kawen baru nnti cepat2 suh bini baru tu beranak, xyah hadap anak org..
Quote TomyamPuteh 3-3-2021 08:52 PM
Drpd mawar jeles kt fizo, baik dia kt jeles kt biawak. Ada gak pekdahnya.
Quote totokreturn. 3-3-2021 11:40 PM
Mawar tak rasa rugi ka lepas fizo yg hensem tu kawin lain
Quote dudaberhias 3-3-2021 11:41 PM
apaa motippp dia nak jeles dekat sskjp bewok takde job tuuuu???

sape tag sskjp bewok tu dapat 10k... tc appliess....

giturhhhhhh....

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.066721 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top