CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selagi Tak Hitam Selagi Tu Tak Buang, Awas Risiko Penyakit Guna Minyak Masak Ulang Kali

3-3-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3457| Komen: 19

Description: Selain beras dan rencah masakan, antara barang keperluan lain yang paling penting di dapur sudah tentunya minyak masak.
Selain beras dan rencah masakan, antara barang keperluan lain yang paling penting di dapur sudah tentunya minyak masak.

Namun tanpa disedari, ada segelintir dalam kalangan kita yang mempunyai satu tabiat iaitu gemar menggunakan minyak masak berulang kali.


Pendek kata, selagi warna minyak masak tidak berubah menjadi kehitaman, selagi itulah ia disimpan dan digunakan beberapa kali.

Mungkin tidak ramai yang tahu, tabiat ini sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.


Dr Ahmad Samhan, Kredit foto: mStar Online

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samhan di bebenang Twitter, beliau menerangkan risiko akibat penggunaan minyak masak berulang kali, antaranya boleh menjadi punca penyakit barah!


"Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah.

"Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

"Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut," demikian kongsi doktor tersebut.

Menurut Dr Ahmad Samhan, sebaiknya minyak masak diguna maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja dan sekiranya ia telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.

"Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

"Hati-hati menggunakan minyak masak dalam paket 1kg. Kajian menunjukkan minyak dalam paket 1kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

"Elakkan dari beli minyak yang tak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah," pesannya.


Gambar Hiasan

Tambah doktor ini, orang ramai juga sebaik-baiknya dinasihatkan untuk mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula bertujuan mengurangkan kos.

"Di rumah, saya memang melarang isteri untuk guna minyak yang sama. Cukup hanya sekali.

"Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodiesel untuk bahan bakar bukan untuk masak makanan," kongsinya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raihaneem 3-3-2021 01:17 PM
Sampai hitam ?.. tu dahsyat..

Quote Artemesiaa 3-3-2021 01:24 PM
Ramai dah tahu akibatnya tapi kalau orang perseorangan bolehlah ikut nasihat tu.  Tapi kalau peniaga mana nak ikut nasihat tu selagi tak hitam pasti mereka akan terus guna.
Quote Redmyvi 3-3-2021 01:39 PM
bayangkan la kt kedai2 mamak yg jual ayam grg tu berapa kali ulang guna minyak yg sama..
Quote aotearoa 3-3-2021 02:17 PM
Redmyvi replied at 3-3-2021 01:39 PM
bayangkan la kt kedai2 mamak yg jual ayam grg tu berapa kali ulang guna minyak yg sama..

Yalah. Kadang-kadang makcik kiah yang goreng pisang pun guna minyak berulang-ulang sbb selalu juga duk perati macik-makcik yang meniaga kopok, goreng pisang dan ayam goreng tu. Derang tapis serdak-serdak je, pastu tetap guna minyak tu. Ada setengah aku tengok deme ni top up je dengan minyak baru..
Quote She-Ra 3-3-2021 02:26 PM
minyak terpakai tu boleh buat sabun
boleh belajar dari you tube atau tanya mana2 org yg pakar/pernah buat
kazen meols dh buat byk kali
Quote Redmyvi 3-3-2021 03:02 PM
She-Ra replied at 3-3-2021 02:26 PM
minyak terpakai tu boleh buat sabun
boleh belajar dari you tube atau tanya mana2 org yg pakar/perna ...

kalau minyak bekas grg ayam jadi sabun bau ayam tak.. hehe
Quote Redmyvi 3-3-2021 03:03 PM
aotearoa replied at 3-3-2021 02:17 PM
Yalah. Kadang-kadang makcik kiah yang goreng pisang pun guna minyak berulang-ulang sbb selalu juga ...

itulah aku pun perhatikan jugak.. tapi kalau kedai mamak ni paham2 jela tahap kebersihannya cmna..
Quote jazaa100 3-3-2021 03:40 PM
raihaneem replied at 3-3-2021 01:17 PM
Sampai hitam ?.. tu dahsyat..

org menjual le tu
Quote She-Ra 3-3-2021 03:49 PM
Redmyvi replied at 3-3-2021 03:02 PM
kalau minyak bekas grg ayam jadi sabun bau ayam tak.. hehe

kalau cenggini idokle mau orang buat sabun heheee
ada caranya, siap boleh letak bau yg anda suka kekdahnya..
takde dh bau2 ayam ka, ikan ka...
Quote Jitu 3-3-2021 04:17 PM
rasa sayang nak tukar sbb tengok elok kuning lg
mcm aku lepas goreng ikan pekasam aku tapis pastu guna semula
nampaknya kena ubah tabiat ni
tp kalau hitam buang teruslah
Quote juruterra 3-3-2021 04:24 PM
aotearoa replied at 3-3-2021 02:17 PM
Yalah. Kadang-kadang makcik kiah yang goreng pisang pun guna minyak berulang-ulang sbb selalu juga ...

betul sgt...oleh itu gorengla pisang atau cokodok dirumah je, terjamin selamat sbb kita tak recycle minyak berkali2. akak sekali paling byk 2 kali je, pg guna utk goreng cokdok, lunch guna utk goreng ayam. maybe kena tukar airfryer jahhh tp akak org kg, x reti mkn benda x berminyak hiksss
Quote Bholatchomel 3-3-2021 04:32 PM
aotearoa replied at 3-3-2021 02:17 PM
Yalah. Kadang-kadang makcik kiah yang goreng pisang pun guna minyak berulang-ulang sbb selalu juga ...

betul2 aku pun selalu tgk diorg top up jer minyak baru..
dulu lah ada satu indon ni jual goreng pisang dekat dengan opis aku. pernah tgk lepas tudia top up minyak tu top up minyak plastik minyak tu dia pusing dalam kuali minyak dia pastu baru dia buang plastik tu pun dah kecut kena minyak panas.. apa motif dia buat camtu aku pun tak tahu
nasib baik aku tak pernh beli kat dia.
Quote rajamoney 3-3-2021 05:18 PM
Redmyvi replied at 3-3-2021 01:39 PM
bayangkan la kt kedai2 mamak yg jual ayam grg tu berapa kali ulang guna minyak yg sama..

sampai ayam goreng tu pun nk hitam

padahal bukan hangus

bau mcm hangus
Quote aotearoa 3-3-2021 05:23 PM
Bholatchomel replied at 3-3-2021 04:32 PM
betul2 aku pun selalu tgk diorg top up jer minyak baru..
dulu lah ada satu indon ni jual goreng  ...

Betul-betul..Katanya petua untuk ranggup. Yang mana aku nampak logiknya di situ. Mmg tak belilaaaa
Quote nowhite 4-3-2021 02:34 PM
Aku max guna 2x ja minyak yg sama..selalunya sekali ja..tak selera nak makan guna minyak yg sama byk kali
Quote kepingbewok 25-4-2021 11:10 PM
ni lahhh punca nasi tak cukup kat rmh..biasanya cukup je.hari try buat resipi nie,tiba2 tak cukup
Quote any42 25-4-2021 11:46 PM
Klau greng ayam/ikan biasa guna mnyak sama utk keesokkan hri lps tu trus buang. Klau dging mmg trus buang sbb lemak dr dging jd ketul2 geli nk guna minyak sama.
Quote mijot 26-4-2021 11:52 AM
gerai pisang goreng, selalunya diorg topup jer minyak baru ke dalam minyak lama...
Quote missorange 28-4-2021 08:32 AM
minyak nk sama hitam ngan bontot kuali...hihihi...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.249863 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top