CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hasil kaji selidik, Najib pilihan PM ke-9

3-3-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1603| Komen: 6

Description: ARAU: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe-ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ...



ARAU: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe-ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sentimen tersebut berdasarkan kaji selidik oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr. Mashitah Mohd. Udin dan Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia (UUM-ITS), Dr. Kamarul Azman Khamis.

Kaji selidik membabitkan 608 responden dalam kalangan orang ramai di platform media sosial itu bermula Disember 2020 hingga Februari lalu.

Mashitah berkata, menerusi kaji selidik itu, Najib memperoleh sokongan 51.5 peratus jauh mening-galkan pemimpin lain se-perti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (14.8 peratus); Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (10.2 peratus) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 9.6 peratus.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula memperoleh sokongan 9.1 peratus; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2.4 peratus); Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (0.5 peratus) manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya memperoleh sokongan 0.3 peratus dan 0.2 peratus menerusi kaji selidik tersebut.

“Ramai memberi alasan memilih Najib berdasarkan presta-sinya dan merindui peme-rintahan bekas Perdana Menteri itu yang banyak membantu rakyat.

“Ramai berpandangan, Najib juga memperjuangkan isu-isu rakyat ketika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mashitah memberitahu, sekitar 50.6 peratus para pengundi masih suka parti-parti bergabung bertanding dalam PRU membabitkan pertembungan antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).



“Menariknya, 19.7 peratus res-ponden ingin melihat pertan-dingan satu lawan satu di mana PH di satu pihak bertanding dengan kombinasi PN dan BN,” katanya.

Katanya, hasil dapatan juga mendapati 50.8 peratus menyo-kong BN menentang PN dan PH manakala 19.5 peratus menyokong BN dan PN menentang PH.

“Sekitar 7.1 peratus menyokong BN dengan kerjasama PH menentang PN,” katanya. 



Sumber – UTUSAN

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 3-3-2021 12:26 PM
Rambut Datin Sri boleh kembang balik tak..skrg rambut kemek x cantik..
Quote Tinot7 3-3-2021 12:28 PM
vodonya.. nnt undi melayu yg pecah lagi.

Mashitah memberitahu, sekitar 50.6 peratus para pengundi masih suka parti-parti bergabung bertanding dalam PRU membabitkan pertembungan antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Quote Orix 3-3-2021 12:43 PM
verangan.... 50% dari kalangan ummah melayu rempit dan kampung felda boleh la dibodoh2kan utk sokong najib......
Quote Redmyvi 3-3-2021 02:58 PM
najib lagi... hurm.. susah2 turun kn dia pastu angkat balik.. hahaha
Quote darkness 3-3-2021 03:05 PM
Ueeww xmo dah
Quote irish_ieka 4-3-2021 12:20 AM
uwek syok sendiri

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.072892 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top